Keberanian si budak Kecik (",)

Saya nak cerita dekat u all ni pasal Alisha.. Bukan cerita mengerikan or menakutkan or apa2 je lah yang sewaktu dengannya.. Cuma saya rasa terkejut macam tak percaya yang anak saya seberani itu!.. (",) Kejadian ni berlaku semalam.. Ketika kami dah nak masuk tidur.. time tu dah pukul 12 lebih.. Alisha & my dear dah masuk bilik.. saya dekat luar nak tutup lampu rumah..

Thanks to Mr Google

Sekali saya ternampak Alisha nak keluar bilik datang dekat saya.. saya pun cepat2 tutup semua lampu dengan niat tak nak bagi alisha keluar bilik.. Yela, pada pendapat saya, budak2 macam Alisha takut pada kegelapan..!! Tapi rupa2nya tidak.. jangkaan saya tu meleset sama sekali.. Alisha keluar & berdiri depan pintu bilik manakala saya memerhati dari suis lampu yang saya dah tutup tadi..

Thanks to Mr Google

Ohya, lampu bilik mandi dalam bilik tidur saya menyala tapi tu pun hanyalah samar2.. lampu luar bilik memang dah semua padam.. Dari pintu bilik Alisha berdiri intai saya tapi tak jumpa saya.. Tanpa disangka2.. Alisha berjalan dalam keadaan yang gelap gelita tu pergi ke arah bilik yang paling hujung.. bilik sebelah dapur.. Actually, bilik tu adalah bilik saya sidai baju.. memang selalunya kalau alisha tak jumpa saya, dia suka cari saya dekat bilik tersebut..

Tapi masalahnya.. malam semalam tu gelap gelita.. saya sendiri tak berapa nak nampak jalan.. teraba2 tapi dia boleh jalan selamba je.. MEMANG TAK TAKUT GELAP LAH ANAK SAYA NIH!!.. Saya & my dear pun cepat2 pergi dekat Alisha.. sekali saya tengok dia tengah berdiri tepi pintu dalam bilik tersebut.. Alisha nampak saya & terus dia berlari peluk saya.. So sweet... (",)..

Saya terus peluk & cium Alisha.. Sebab memang tak percaya sangat yang alisha seberani itu berjalan dalam gelap semata2 nak cari IBU dia.. Alahaii sayang... kamu buat ibu merasa terharu & bangga mempunyai anak seperti kamu.. Love you sayang... (",)

{ 20 comments.. read them below or add one }

Bui Junaidi Bui Junaidi November 15, 2011
memang berani betul alisha..anak2 bui yg dh besar ni pun masih takut gelap
wan nurul hezrina wan nurul hezrina November 15, 2011
berani betul.kalau merah mesti jerit mummy bukak lampu..gelap=)sanggup nak carik ibu dier
fieda fieda November 15, 2011
separuh budak kecik takut dgn kegelapan ni..separuh tak..mcm maira dia pun berani...sbb tu awal2 dah berani tido sendiri..kalau malam pun dia nak ambik ape2 dari bilik dia selamba jer dia masuk dlm bilik yg gelap takyah bukak lampu tp beza dgn abg2 dia ..penakut semuanya...hihi
Cik Puan Zura Cik Puan Zura November 15, 2011
beraninya anak dara mu itu...
kalau anak dara saya, dah meraung kalau gelap x nampak mummynya... gelap dengar suara dia ok lagi...
aimaniman aimaniman November 15, 2011
salam kenal... anak2 akak memang takut glap.. pantang akak keluar bilik, masing2 ikut kluar jugak sambil nangis..padahal sikakak dah 5 tahun abang plak dah 3 tapi lebih2 takut banding baby setahun...
fiza fiza November 15, 2011
Bagus alisha, tak takut gelap. Anak saya pon mcm tu gak intan, yg 2nd nih nampak aggressive dan berani, tapi si abg agak penakut sket. Beza perangai anak no. 1 & no. 2 ☺☺. Tapi kasih syg kat budak berdua tu tak der beza, sama rata.

Entry baru:

DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA
Zefa NorAsmara Zefa NorAsmara November 15, 2011
Alahai.. sweet je baca n3 ni. Alisya yg berani!!
Cik Rose Cute Cik Rose Cute November 15, 2011
Kalau anak cik rose si haziq fobia....kalau tidur lampu tidur di matikan dia menjerit ketakutan......hihihi
Rtp Farra Arisha Rtp Farra Arisha November 15, 2011
what's a brave girl she's..if so, it's very good! :))
Ros Ros November 15, 2011
Salam IntaNBerliaN,
beraninya Alisha ni....
~diAhOntHeblOg~ ~diAhOntHeblOg~ November 15, 2011
alololo..tomey..pandai ni..nnt da beso gudgirl..hehe tabah hadapi ujian
tiefazatie tiefazatie November 15, 2011
wah..beraninya alisha nie sis..good gurl..=)
aimi aimi November 15, 2011
hebat alisya =) muuah tok alisya ahahahahha

sy pon x brani cm dye =)
♥♥azatiesayang ♥♥ ♥♥azatiesayang ♥♥ November 15, 2011
salam Ina..good gurl Alisha!.mmg susah nk jumpa budak2 yg berani ni...anka k.atie dah bsr pjg pon klu nk g bilik air suh temankn..hadoiiii!!
Ala Ina..pakai/tak cermin mata bkn mengukur kepandaian seseorg..dulu2 blh la.Dh rabun nk buat camna..hihi
ummu muhammad ummu muhammad November 16, 2011
beraninye alisha!!! tahniah cantek!
Puan Kutu Puan Kutu November 16, 2011
hebatnya alisha, abg Aiman tu drkecik takut gelap.even dah besar nak pegi dapur pun bukak lampu,walhal lampu ruang tamu cerah smp ke dapur...

Kasih alisya utk ibu tiada tandingan.sanggup meredah kegelapan gitu.hehe..
Thania Thania November 16, 2011
dia daa biasa daa..heheh.. tu yg x tkt tuh.. sooo sweet...
MamaEma MamaEma November 16, 2011
baguslah dia tak takut gelap...