Pagi2 ni, jom relax2kan diri u all tengok gelagat anak saya ni dulu yer.. (^_^).. Hari ni, Alisha ingin mengajar anak2 auntie tentang cara2 untuk berdiri di atas kaki sendiri kerusi hihi... Anak saya ni, bukan setakat dia nak memanjat meja & katil je.. kerusi plastik yang kecik tu pun.. dia ON saja.. hahahh
Mula2 letakkan kaki kiri di atas kerusi sambil kedua2 belah tangan memegang kerusi supaya kerusi tak terjongket & kawan2 tak terbalik ke belakang..
Selepas itu, buat cara yang sama jugak untuk kaki kanan pulak.. Ingat tau kawan2 pegang kerusi tu kuat2 tau.. perhatikan punggung saya yang dah keluar dari "landasan".. thats y kawan2 kena berhati2.. hahha
Bila terasa dah seimbang, kawan2 berdiri slow2 yer... jaga2 sebab lutut kawan2 pun maybe boleh menggeletar jugak masa ni.. sebabnya, kalau kawan2 perasan, tengoklah kaki saya tu yang dah terlebih dari port.. hahha.. tapi takpa sebab ibu saya cakap saya ni "pakar" memanjat... (^_^)
Akhirnya..!! Sama2lah kita nyanyi lagu NEGARAKU sambil berdiri di atas kerusi ini.. hahhahha.. "Ibu, Alisha dah tinggikan ibu.." muahhahhah