Pagi ni, saya nak tunjuk pulak dekat u all lagi satu aktiviti Alisha dekat rumah.. Selain dia suka membelek buku dia jugak sangatlah suka mengadap puzzle mat dekat dinding rumah saya ni ha.. Bukan suka apa pun.. suka mencabut ABC tu.. dah berapa kali dia cabut, dah berapa kali saya lekat.. macam2 dah saya guna.. double tape kecik la double tape besar la salotape la.. tapi dia tetap jugak nak cabut... hihii
Ni puzzle mat yang sebelum di cabut oleh alisha la lebih kurang.. walaupun sebenarnya dah banyak kali cabut & banyak kali lekat balik..
Tengoklah gelagat anak saya ni.. pergi cabut semuanya.. si alisha ni, sejak2 dah pandai guna kerusi, nak main puzzle mat yang rendah tu pun beria nak guna kerusi.. hahhahha
Agak2nya ketika alisha main cabut2 ABC ni, apa yang dia study yer.. hihii.. Tapi saya tak kisah sangatlah dia mencabut benda alah ni sebab saya tahu alisha tengah menyambung jaringan2 (connection tot) yang belum tersambung lagi tu.. hihii
Lagipun bagi saya ketika kecik nilah dia nak buat apa kita bagi je.. tak yah nak halang2.. dia tengah nak belajar.. kalu kita halang nanti, kita pun rugi jugak sebab kita nak yang terbaik untuk anak kita tapi kita pulak pergi halang pembelajaran dia..
Larikkkkk siap bawak kerusi lagi.. hahhahah konon takut kena marah sebab cabut ABC la tu.. so, lebih baik lari awai2.. siap bawak kerusi yang menjadi "saksi" utama lagi.. muahhahhah