Hari ni tiba2 terfikir nak buat entry pasal kenangan saya dengan SAMBAL BELACAN.. hihii Ohya, kalau nak baca cerita Alisha dengan sambal Belacan, klik SINI yer.. heheh..
Kalau u all nak tahu, saya pernah rasa sakit hati kerana sambal belacan..!! Setiap orang ada cara tersendiri buat sambal belacan kan.. termasuklah saya.. Masa mula2 kahwin dulu, saya buatlah sambal belacan tapi mengikut cara my MIL..
Yang menjadi masalah tu adalah my dear komplen tak sama macam my MIL & ADIK dia yang buat.. Adusss!! Bayangkan 10 kali saya buat tapi tetap tak menjadi & 10 kali tu jugak my dear komplen.. sedangkan bahan2nya sama je...
Siap gaduh kerana sambal belacan... hahahhah.. Saya cakap, "Kalau nak makan sambal belacan, balik je kampung, Ina taknak buat dah sambal belacan!"... Sedih ooo apa yang kita buat dibanding2kan.. dah lah mula2 kahwin saya tak pandai masak.. lagi sedih, huwaaaaaaaaaaaa...
Menangis sorang2 lah saya kerana sambal belacan ni.... Satu hari tu, saya berfikir kenapa sambal belacan saya tak menjadi seperti yang my MIL or ADIK my dear buat... Tiba2 saya terfikir maybe air asam jawa saya yang menjadi punca.. sebabnya saya bukan letak air asam jawa yang pekat2 tu tapi sekadar yang pucat lesi tu.. hahhahhaha
Lepas tu, saya try lagi buat.. FINALLY.. MENJADI.. Terus my dear puji.. hahahahhah.. My dear cakaplah, "selama ni dia sengaja mengkritik sambal belacan saya tu setiap kali saya buat sebabnya dia tahu saya tetap akan berusaha buat sampai menjadi".. hihiii.. Tapi memang betoi pun, salah satu perangai saya, kalau saya buat sesuatu, selagi tak menjadi selagi tu saya akan buat... hehheh
Saya happy sangat sebab sambal belacan saya dah menjadi seperti yang my dear nak.. hihii Saya taknak lagi menanggung rasa sakit hati & menangis kerana sambal belacan.. muahhahahha.. Apa2 pun, kritikan2 my dear tu lah yang membuatkan saya reti masak dari tak reti langsung... (",)
P/s : NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH..