Saya datang lagi untuk bagi idea u all masak untuk berbuka.. hihii.. Eh, tujuan saya nak bagi idea masakan yer.. bukan nak bagi u all lepas baca entry terus bukak pose tau.. jangan.. jangan...(^_^) Minggu lepas, selepas je baca entry dekat blog kak Aisy yang dia bagitahu dia nak masak ayam masak percik, terus saya dapat idea nak masak IKAN MASAK PERCIK...
So, saya terus je google resepi IKAN MASAK PERCIK... bahan2 semua ada.. terus la saya masak... sambil masak tu duk terbayang mesti sedap macam mak saya masak.. bila dah berbuka.. Aikkk.. kenapa rasa dia tak sama macam mak saya punya... kurang "kick"... padahal saya duk tengok 2 3 blog, resepi dorang sama je.. mana ada beza... Lepas tu saya terus call mak saya.. rupa2nya, resepi mak saya lain.. patutla... YANG SAYA GOOGLE NI.. RESEPI DIA TAK LETAK REMPAH + TAK BLEND SERAI.. TU YANG BEZANYA DENGAN RESEPI MAK SAYA..
So, semalam saya terus masak AYAM PERCIK GUNA RESEPI MAK SAYA... U all peminat percik harus try..!! Confirm sedap... *Uiksss resepi mak, takkan kita nak cakap resepi mak kita tak sedap.. kikikiii..
CARA2 DIA : FIRSTLY, REBUS AYAM .. KUAH : TUMIS BAHAN BLEND (BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA + SERAI).. NAIK BAU MASUKKAN CILI MESIN @ CILIBO, PASTU MASUKKAN REMPAH KARI AYAM + SERAI KETUK + ASAM KEPING.. DAH PECAH MINYAK MASUKKAN SANTAN + GARAM + GULA... MASAK SAMPAI KEPEKATAN YANG U ALL NAK...
UNTUK YANG GUNA DAPUR ARANG : AYAM YANG U ALL REBUS TADI AMBIKLAH PERGI BAKAR.. TIME BAKAR TU, JIRUS KUAH PERCIK NI ATAS AYAM...
UNTUK YANG GUNA DAPUR GAS + KUALI BIASA MACAM SAYA NI.. *kikiki : BAKAR SAMPAI KEGARINGAN YANG U ALL NAK, PASTU AMBIK JE AYAM TU TERUS LETAK DALAM KUAH AYAM PERCIK TADI.. GAUL2 BAGI RATA, MASUKKAN DALAM PINGGAN.. SIAP..!!
Kan mudah je cara dia... dalam masakan ni jangan rumitkan benda yang senang.. hihii.. Kalau u all yang kerja pun boleh buat.. Lepas subuh tu, blend siap2 @ sediakan bahan dia siap2.. simpan dalam peti ais.. nanti balik kerja, terus ambik bahan "campak2" je dalam periuk belanga tu.. hihii
P/s : kuah biar pekat baru sedap.. barulah kuah tu akan melekat2 dekat ayam tu.. (",) Boleh jugak guna resepi ni untuk ikan...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh
MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon..