Saya tak tahu nak buat camne.. benang jahit bawah saya tu tetap lagi mencucuk2.. asyik cucuk tempat sama je, ada kemungkinan akan luka lah nampaknya ni.. Dugaan.. emmmm pengorbanan seorang ibu selepas melahirkan anak.. (",)
Saya nak story dekat u all pasal pengalaman saya kena jahit ketika bersalinkan Aqilah... Kali ni alhamdulillah, tempat yang nak kena jahit tu sikit je.. dengan kata lain, tempat kena potong tu pendek je lah kan... (",)
Macam biasa, sebelum jahit, dia bius dulu bawah saya tu.. dia cakap, "Walaupun bius, apabila nak jahit kulit, pasti akan terasa sakit"... lepas dia cakap camtu memang seriaulah saya rasa... TAPI kali ni, saya tak menjerit kesakitan lagi tau ketika time nak jahit kulit tu, sebabnya, dia ada bagi saya satu alat yang ala2 macam 'tempat sedut oksigen' tu.. dia cakap kalau sakit sedut alat tu kuat2 & hembus... kiranya benda alah tu macam alat untuk tahan sakitlah kan... so, kuranglah sikit sakitnya tapi lepas tu saya jadi khayal sesaat dua saat.. (",)
Kalau time alisha dulu, saya ada cerita dekat u all yang mereka tetas balik jahitan & jahit balik.. tapi kali ni, lepas dia siap jahit, boleh pulak datang sorang lagi nurse check sebab nak tengok ada pendarahan lagi or tak... bila dah namanya check pendarahan, mestilah nurse tu pergi korek2 dekat bawah tu kan.. memang ada lagi darah.. so, dia keluarkan darah tu & kembali bersihkannya... tau tak apa yang jadi lepas tu???
Jahitan terbukak balik..!!! yela, dah kena korek.. dah sah2 la terbukak semula walaupun sikit tapi tetap jugak kena jahit kembali...!!! Nak pengsan saya dengar nak kena jahit lagi... adehhhh... tapi tetap redha.. cuma tu lah, tanpa disangka2 saya terpaksa tanggung masalah benang terlebih panjang pulak... Napelah dia tak pendekkan lebihan benang tu yer... sian dekat diri sendiri.. hihii.. Nak gunting sendiri risau bahaya.. yela, gunting saya ni ntah2 ada kuman terlekat ke, kang tak pasal2 jangkitan pulak... berbanding dekat hospital tu memang dah bersih...
Nurse yang datang melawat dekat rumah ada bagitahu, kesakitan benang tercucuk tu akan makin sakit bila makin bennag tu nak mereput... dengan kata lain, kesakitan tu akan hilang bila benang dah reput sepenuhnya... huwaaaaa.... bila nak reput sepenuhnya tu..
Nurse yang datang melawat dekat rumah ada bagitahu, kesakitan benang tercucuk tu akan makin sakit bila makin bennag tu nak mereput... dengan kata lain, kesakitan tu akan hilang bila benang dah reput sepenuhnya... huwaaaaa.... bila nak reput sepenuhnya tu..
mcm2 dengar pengalaman ibu bersalin..makin berdebar saya rasa...
Nampaknya...
kita kena tempuhla segalnaya kan,
itulah pengorbanan...