Entry ni ditulis bukan untuk menakutkan tapi untuk berkongsi pengalaman.. sekurang2nya mereka yang baru first time nak bersalin boleh bersedia dari segi mental.. (",)
Kalau sebelum ni saya pernah berkongsi dengan u all pasal teknik meneran ketika nak bersalin kan..Hari ni nak berkongsi pulak pasal kena jahit lepas bersalin.. hihii Tapi sebelum tu, saya nak tambah sikit pasal meneran tu.. nak bagitahu pada mereka yang belum pernah bersalin.. Rasa baby nak keluar sangat2 dah tu ibaratnya kita rasa nak terberak yang dah tak boleh tahan sangat2 dah... sebab tu orang kata, masa nak teran, teran gaya kita nak berak tahik keras.. hihii.. Ohya, u all nak tahu tak, masa saya nak bersalinkan alisha kan, saya siap cakap dekat bidan.. "Nurse... saya rasa nak berak sangat2 dah ni..." hahhahha.. nurse pun apa lagi, check laluan terus dia cakap, dah boleh teran.. hihii
Pasal jahit pulak, bagi saya.. Ya Allah... sakit yang amat.. lebih sakit dari nak keluarkan Alisha dari rahim ni haa.... Bayangkan, Alisha bersalin pukul 11:24 malam, tapi pukul 2 lebih pagi baru saya keluar dari labour room sebab nak jahit bawah kita tu.. Berapa kali saya menjerit tak tahu nak cakaplah... Sampai orang datang tengok... Adoiii la...
Sebelum bidan jahit, dia ada bagitahu saya.. "Letak bius sikit yer... " so, dia akan cucuk dekat bawah kita tu @ letak bius.. tapi sayangnya, walaupun dibius, saya masih terasa jahitan tu hokay..!! Terasa jarum tu dicucuk & ditarik... adehhh.. Nurse bagitahu, nak jahit tu ada 3 lapisan.. kene jahit elok.. sebab itu aset kita.. Oklah kan.. saya tak kisahlah, tapi disebabkan saya tak mampu nak tahan kesakitan, sampai 2 kali jahitan tu kena tetas semula & jahit hokay!! Saya bertahan je tanggung sakit ni, sebab nurse dah pesan awai2 tu aset kita, kena jahit betoi2... so, untuk kebahagiaan kami suami isteri, saya tahan je la.. hihi
Ohya, bidan jahit 3 lapisan kan.. 2 lapisan bahagian dalam tu sakit jugak tau tapi tak sesakit lapisan paling atas iaitu kulit kita...!! U all bayanglah, kulit semata2... adehhhh.... Pulak tu, akibat saya terangkat punggung, ada 3 tempat jahitan.. lagilah tak tahan... Saya memang kena jaga betoi2 la kan.. sebab nanti kalau jahitan tu terbukak, tak pasal2 kene jahit lagi.. oh tidakkkk..!! Anak kedua ni, tunggu bulan 11 nanti baru tau macamana pulak...hihi Opstt lain orang lain pengalaman tau (",)
P/s : Nanti2 saya ceritakan macamana saya jaga jahitan tu pulak yer.. (",)