Terus terang saya cakap, ketika saya mengandungkan Aqilah, saya selalu dengar orang cakap yang anak pertama akan jeles dengan adik dia.. Time tu dalam hati saya berdoa moga alisha tak macam tu.. yela, alisha kan 24 jam berkepit dengan saya je.. takut dia terasa bila tengok saya melayan adik dia... So, saya sebagai ibu, dah tentulah dari awal, sebelum aqilah lahir, saya dah cari inisiatif supaya alisha jadi kakak yang penyayang.. takda nak jeles2... (",)
Ketika saya mengandungkan aqilah, saya memang sentiasa bercerita tentang 'baby' dengan alisha.. tunjuk gambar baby lah... bila kami jumpa baby, mesti saya akan bagi alisha sentuh2 manja baby.. bagi dia rasa excited sikit... hihii.. bab kiss perut saya time mengandung tu, jangan cakaplah.. selalu je dia buat. (^_^).. Alhamdulillah jugak, ketika sebelum aqilah lahir lagi, memang dah nampak yang alisha ni suka baby & takdanya nak jeles2 bila saya or my dear pegang baby lain.. (",)
Bila lahir je Aqilah, alisha langsung tak nampak jeles.. masa pertemuan pertama 2 beradik ni.. alisha bukan main excited.. duk peganglah, ciumlah dekat adik dia tu... (",) Bila dalam tempoh berpantang ni pulak, saya tak pernah membeza2kan alisha & adik dia.. semua kasih sayang tu sama rata je.. takda saya nak tunjuk dekat alisha yang seolah2 saya lebih2kan aqilah...
Antara yang saya buat...
Antara yang saya buat...
1) Kalau sebelum ni, saya yang siapkan alisha mandi, pakai baju, sapu bedak, letak minyak sikat rambut.. saya masih lakukannya jugak sekarang ni.. kiranya, bila saya siapkan aqilah wangi2 lepas mandi, macam tu jugaklah alisha.. (",)
2) Saya akan selalu suruh alisha kiss aqilah.. apatah lagi alisha pun memang suka kiss aqilah.. tak suruh pun dia buat.. hihiii..
3) Saya tak pernah halang alisha bila dia seolah2 macam nak main2 dengan adik dia.. dia sentuh tangan lah kakilah muka lah.. tapi saya akan memerhati apa yang dia buat.. emmm, saya tengok, ada jugak ibu2 yang tak bagi kakak2 or abang2 yang kacau adik dia kan.. risaulah sebab adik masih kecik.. yap, saya tahu, thats y saya kata, saya memerhati.. (",)
4) Bila alisha seolah2 nak angkat adik dia, saya akan cepat2 ambik aqilah & letak atas riba dia... sambil saya masih pegang aqilah lah kan.. alisha bukan main seronok.. hihii
5) Saya suka ajak alisha join sekali aktiviti bersama adik.. contohnya, ketika saya siapkan aqilah selepas mandi, saya ajaklah dia duduk tepi.. tengok apa yang saya buat..
5) Saya suka ajak alisha join sekali aktiviti bersama adik.. contohnya, ketika saya siapkan aqilah selepas mandi, saya ajaklah dia duduk tepi.. tengok apa yang saya buat..
Pada pendapat saya, jika kita menghalang kakak2 or abang2 main dengan adik dia (maksud kakak2 or abang2 adalah kanak2 seusia alisha)... nanti pada pemikiran mereka yang kita ni tak sayang mereka.. lebihkan adik.. yela, sampai dia nak sentuh sikit or main2 pun tak bagi.. sedikit sebanyak hati anak akan rasa tersisih & mula rasa jauh hati... (",) Ini hanya pendapat saya & cara saya.. orang lain maybe berbeza (^_^)