Tips anak bijak guna OTAK KANAN

Entry ni saya dah buat sebelum ni.. tahun 2011.. untuk join contest.. *tiba2 baru tingat, apa cite dengan contest ni yer.. tergantung tak bertali.. (",).. kiranya saya copy paste je la semula.. hihii... Malas sungguh rasa harini... malas nak taip.. Saya up balik sebab saya nak praktikkan dekat Aqilah.. lagi satu memandangkan Alisha pun dah pandai cakap.. so, senanglah untuk saya teruskan usaha ni.. Dah alang2 saya nak ajar anak saya, teruslah saya share nak bagi u all praktik dekat anak u all jugak.. (",)

______________________________________________________________

Sebelum ni saya pernah terbaca yang kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.. Selama ni saya main ajar je alisha.. tak tau la otak kanan ke kiri tapi sekarang ni tiba2 saya rasa macam best pulak untuk seimbangkan dengan otak kanan jugak..

Tak kisahlah tu apa2 pun, yang penting hari ni saya nak berkongsi dengan u all apa yang saya dah baca tentang Tips Anak Bijak guna Otak Kanan.. Bolehlah kita sama2 mempraktikkannya.. (",)


1. Ketika anak2 kita tengah tidur2 ayam, kita bercakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati & sejujurnya bahawa kita amat2 menyayanginya.. Contohnya.. "Alisha.. ibu terlalu sayangkan alisha.. kasih sayang ibu terhadap alisha tiada tandingannya.. semoga alisha membesar sebagai anak yang baik, bijak, solehah & taat pada perintah Allah"... Untuk pengetahuan u all, ketika anak2 kita tidur2 ayam, OTAK KANAN SEDANG BEKERJA MANAKALA OTAK KIRI DAH PUN TIDUR dengan lenanya... (",).. Saya selalu buat macam ni... terlebih feeling mulalah mengalir air mata...

2. Guna flash card sebagai bahan untuk mengajar anak kita.. TAPI TUNJUK LAJU2 tau.. supaya otak kanan anak kita tu bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjuk... Alaaa flash card ni, kalau kita tak nak beli, buat sendiri pun boleh.. Kita tulis je perkataan2 pendek or ABC or 1 2 3 or gambar2 & sebagainya..

3. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas & sebagainya kerana GERAK KERJA TANGAN adalah HASIL DARI OTAK KANAN. Sebenarnya kita boleh jugak menguji otak kanan anak2 kita ni.. contohnya, u all lukis gambar rama2 sebelah je, sebelah lagi suruh anak u all yang lukis (",) Bab melukis ni rasanya abah alisha yang lebih elok mengajar kot sebab ibu alisha ni bila lukis rama2 silap haribulan, alisha gelakkan saya pulak.. hahahhah Ibu alisha memang tak reti bab2 melukis.. muahhaha

4. Kita jangan marah or tengking anak2 kita. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Tapi kalau kita dah terlanjur, kita minta maaf pada mereka. & kita buatlah yang no 1 dekat atas tu... bercakap dengan anak2 ketika mereka tidur2 ayam.. contohnya "Alisha.. ibu mintak maaf sebab ibu tengking alisha tadi.. ibu sayangkan alisha.. ibu nak alisha jadi anak yang baik..".. Haa yang ni saya pernah termarah alisha sekali.. lepas tu mulalah bercakap dengan dia ketika tidur2 ayam tu.. siap mengalir air mata penyesalan.. 

5. Lagi satu, cuba kita bercerita sesuatu dengan anak2 kita TAPI kita JANGAN HABISKAN CERITA TU.. suruh anak2 kita pulak yang sambung... tak kisahlah walaupun mereka merapu... hahahaa.. *tiba2 saya terbayang Aiman Anak muni @ Puan Kutu yang suka loyar buruk hihii... Alisha memang pakar menyambung cerita saya siap dengan tangan lagi gerak tapi masalahnya bahasa German.. muahhahha

6. Kita jugak boleh bermain teka-teki dengan anak2.. Antaranya, kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding. Bab gambar dekat cadar tu memang saya selalu buat... Sampai sekarang alisha pulak yang menegur saya bila saya tunjuk pooh tu adalah tiger.. si kecik alisha ni cepat2 tunjuk tigger tu adalah tiger.. hihii

7. Last sekali, kita ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya "Alisha, tolong diam.." berbanding "Alisha, jangan bising".. SEBABNYA, BILA KITA SEBUT JANGAN, ITULAH YANG ANAK2 KITA SUKA SANGAT BUAT.. Tapi tu la.. si ibu alisha ni pulak, kadang2 mulut tu terlebih ringan sebut JANGAN.. Adehhh

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 11 comments.. read them below or add one }

.:fyzz:. .:fyzz:. October 08, 2013
good info..at least dpt remind fyzz balik..kdng2 lupa..
Unknown Unknown October 08, 2013
yang no 1 tu jijah amalkan sekarang..heee
Masya Masya October 08, 2013
Anak-anak yg bijak bermula dr dlm kandungan ibu jgk, kebetulan hr ni el amir demam tdi tgk whi ada topik psl ank bjak dr dlm kandungan seronok pulak dgr... Maklumlah kat opis x de masa tgk tivi... Senang ina nak ajr aqilah ajar alisha sekali... Nnt blh tgk sape yg lbh cpt tangkap/pandai
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief October 08, 2013
tu la wani rs mcm penah baca psl ni....rupanya kak ina dh penah share
Unknown Unknown October 08, 2013
baik otak kanan mahupun otak kiri masing2 ada peranan masing2.. ;)
Mrs Velentine Mrs Velentine October 09, 2013
betul tue pernah ikut kursus NLP...tukar jangan tue kepada tolong..dan bila anak buat salah..kita bagi pujian..cth nya:terima kasih kakak sebab basahkan lantai..lepas ni tolong hati2 yea
Puan Kutu Puan Kutu October 10, 2013
patut la macam ku kenal entry ni..kemain sy share kt semua media sosial,tgok2 kontestnya senyap je kan..entah apa cerita?huhu..
Mimie Mimie October 15, 2013
Dah pnh bace tp bace lagik as reminder...