Hari Selasa baru ni @ 22/10/2013 abah saya pergi ke Istana dekat KL tu haa.. Abah saya g sebab nak ambik pingat dari Yang di-Pertuan Agong.. Actually beberapa bulan sebelum hari kejadian abah saya dah tahu.. Yela, nak g ambik pingat ni kan kene buat persediaan apa yang perlu..
Persediaan bukan setakat baju abah saya.. Tapi mak saya pun tak kalah.. beli baju baru jugak.. hahhahha.. Masuk istana nak jumpa orang kenamaan la katakan,... kikikiii
Tu diaaa Datin Napisah.. hihi.. Opsttt jangan salah paham.. abah saya bukan dapat pingat pangkat Dato'.. Pangkat Datuk tu dah lama dapat.. Datuk kepada Alisha & Aqilah.. Saje je gurau2 dengan mak, panggil mak saya tu datin (^_^)
Abah saya dapat pingat DARJAH PANGLIMA SETIA.. sebab dapat pingat ni, saya tak pastila plak kenapa... saya tanya abah, berdebar2 tak nak ambik pingat.. abah saya cakap "Tak berdebar2 tapi abah risau takut nak buang air je"..hihii.. Ohya, untuk pengetahuan u all, bila kita dah ada dalam istana masa majlis berlangsung... Kita tak leh main redah camtu je nak g tandas.. Tapi kene bagi hormat macam biasa depan agong or sultan tu la... tangan kita kat muka tu.. tak tau nak panggil apa...
Apa2 pun, TAHNIAH untuk abah saya.. Saya sebagai anak bangga dengan abah saya... (",) Bermula dari susah.. merangkak perlahan2 untuk capai tahap sekarang..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.