Terlalu cepat pemikiran Aqilah berkembang..

Ya Allah Ya Tuhanku.. cepatnya anak solehah saya si Aqilah ni membesar.. pemikiran dia pun saya rasa macam terlalu pantas.. Saya masih rindukan sifat baby yang "nakal2" tu tapi Aqilah ni buat saya rasa nak kene dapatkan baby baru pulak... muahahhahha.. Bayanglah u all, di umur dia setahun, dia pandai nak menolong saya.. Kalau sebelum ni saya bagitahu u all yang Aqilah suka sepahkan pakaian Alisha dalam almari kan, sekarang dah tak buat camtu.. dah lama dia tak buat.. sampai saya pulak duk rindu dia sepahkan baju.. hihihiii

Biasa kalau lepas saya lipat baju, saya mesti akan panggil Alisha angkat semua hasil lipatan saya tu letak atas katil dalam bilik.. bukan apa, kalau saya angkat, nanti Alisha mengamuk.. mengamuk sampai tahap saya kene ambik semula baju dari dalam almari letak dekat luar & bagi alisha bawak masuk bilik semula..  haaa ni pun satu lagi perangai anak solehah si Alisha ni pulak.. Tak tenang agaknya kalau tak tolong ibu dia..
 Aqilah nak angkat pakaian yang besar

Semalam, time2 Alisha duk angkat baju tu dalam bilik, Aqilah pun sama jugak nak angkat.. duk berebut 2 beradik tu nak angkat baju.. Jenuh saya pujuk Alisha bagi aqilah bawak sikit.. yang pakaian kecik2 Aqilah yang bawak, yang pakaian besar, Alisha yang bawak...


Saya rasa terharu sangat dengan Aqilah.. Rasa macam comelnya kamu ni sayang.. Angkat baju, letak atas katil lepas tu pandang saya sambil tersenyum.. siap tepuk tangan lagi tau... So sweet... macamana saya tak bahagia duk umah.. menjadi suri rumah adalah the best dalam hidup saya walau hakikatnya sebelum kawen saya pernah terfikir takkan jadi suri rumah.. 
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 22 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons October 25, 2013
seronok N bahagia je rasa hati bila tgk anak2 seronok tersenyum gembira kan
Mama Adam Mama Adam October 25, 2013
Seronoknya duduk rumah. Saya belum mampu nak duduk rumah.

Bagusnya aqilah. Kecik2 dh ada tanggungjawab. Kakak kena la ajar adik selalu
Joanna Yunus Joanna Yunus October 25, 2013
Alhamdulillah... ringan sikit kerja kita kan
Fiza Rahman Fiza Rahman October 25, 2013
Alololo...bijak & rajinnya aqilah.
mama_ka0ri mama_ka0ri October 25, 2013
hihi..comel..anak pompuan mmg sgt senang hati nak buat keje umah..:)
Mummydearie Mummydearie October 25, 2013
Seronokkan duduk di rumah menjaga anak. Setiap masa bila teringin boleh mengulit anak-anak kita. Sama aje perkembangan anak-anak kita at this age. Superhero saya rajin tolong saya jemur baju and selongkar pakaian dalam almari :D
Haryati Faizal Haryati Faizal October 25, 2013
alahai tomeinya dia tolong ibu ye...
azizah :) azizah :) October 25, 2013
eee geram tol aqilah ni.. nak je jumpa dia tau!
Aisy Nasiha Aisy Nasiha October 25, 2013
Pandainya aqilah tolong ibu... seronok bila macam ni.. rasa anak pandai dan cekap
Nurullai Abdullah Nurullai Abdullah October 25, 2013
Hehe dapat imagine macamn Alisha dan Aqilah tu berebut2 nak angkat Baju..mesti comel kan..

yala kak ina,memang seronok jadi fully housewife ni kan,semua tentang anak2 kita tak ada apa yg kita terlepas.kita boleh tengok sendiri perkembangan anak kita tiap2 hari tiap masa tiap saat.
Puan Kutu Puan Kutu October 26, 2013
dpt byangkan kecomelan aqilah tu..sukanya bila anak kita dh panda tunjuk sesuatu kebolehan..rajin dua2 anak dara ina,taun depan proses lg sorang.haha
Puan Kutu Puan Kutu October 26, 2013
dpt byangkan kecomelan aqilah tu..sukanya bila anak kita dh panda tunjuk sesuatu kebolehan..rajin dua2 anak dara ina,taun depan proses lg sorang.haha
Masya Masya October 26, 2013
Comel jer... Sy yg baca perkembangan dia pun terasa cptnya
Cik Nur™ Cik Nur™ October 26, 2013
pandainya aqilah...

bestkan kak, dapat tgk pkembangan ank depan mata...
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha October 27, 2013
seriously akak..u made my mind change..rasa nak duk ruma je pas kawen, tapi tak mungkin kot..haha :D
Nora Karim Nora Karim October 27, 2013
pandainya dua beradik ni... mudah la kerja2 ibu lepas ni.. hehehe
QasehnyaRania QasehnyaRania October 27, 2013
alolo.comeynya dia.
cepat ibu aqilah nak adik ..hihi
Shida Radzuan Shida Radzuan October 28, 2013
alhamdulillah bagus aqilah...

kak punya lama xmai sini..aqilah dah boleh jln dah ke ya allah cepatnya masih blalu suka tgk aqilah kak :)