Malam pertama yang akhirnya berjaya..!!

Malam tadi adalah malam pertama saya berjaya bagi Alisha tidur awal... pukul 9:30 dah tido..!! U all tahu tak, actually selama ni Alisha tido lambat tau... U all bayanglah, kalau pukul 12 malam, kami semua dah masuk bilik tido tapi si Alisha ni, boleh pulak dia duk main sorang2 atas katil tu.. kadang2 dia duk melayan tab.. sekali tengok jam kol 2 lebih pagi.. kol 3 lebih pagi baru dia nak tido... Pening kepala tengok dia tido lambat2 camtu... Saya pun teruslah cari jalan penyelesaian...

So, hari Selasa baru ni, saya "paksa" Alisha tido pukul 10 malam... tapi tak berjaya tau...!! Dia tak nak tido... kalau tak silap saya, pukul 2 lebih baru dia tido.. Time tu saya terpikir takut2 anak saya ni ada penyakit susah tido malam... Haihhh haru.... Last2, saya dah niat yang strategi saya untuk didik alisha tidur awal bermula esok pagi @ pagi rabu.. TAKDA BELAS KASIHAN!!

Pagi Rabu, saya kejutkan dia pukul 7 pagi & terus mandi walaupun mata dia terpejam lagi... Tak kisah pukul berapa dia tido semalam, dia tetap kena bangun mandi awal... Lepas mandi, saya temankan alisha tengok tv & breakfast, kononnya tak nak bagi Alisha tido la... Memang dia tak tido pun, cuma pukul 11 pagi je baru tertidur... tu pun sekejap je la... 

Petangnya pulak, hampir pukul 7 malam dia terlena, saya nampak... terus kejut Alisha & sembang2.. dukung2 dia semata2 tak nak bagi dia tido... Siap saya basuh lagi muka dia... Alisha duk la cakap "Kakak nak tido"... *kesian tengok mata dia, layu je.. yela, tido 4jam je... Tapi ibu dia boo layan yer... Kejam tak??.. Untuk didik anak, kita harus ada sifat KERAS HATI...!!!

Saya cakap, "kakak tak boleh tido sekarang, kene tido lewat sikit (maksud saya tu paling awal pukul 9 malam ).. nanti terus bangun pagi takyah terjaga dah.." Yela, risau gak saya, kalau saya layan kehendak dia nak tido time tu, tak mustahil nanti dia akan terjaga semula.. lagilah susah dia nak tido kembali... Last2 saya tengok Alisha dah terlena depan TV, time tu dah pulkul 9:30 malam... Saya terus angkat Alisha masuk bilik & terus terlena sampai pagi.. (",)

Alhamdulillah... Saya dah jumpa strategi nak bagi anak saya tidur awal... Kiranya cara saya ni untuk melatih or membiasakan diri dia tido awal.. dengan kata lain, tengah "menjadualkan" kembali "jadual" yang sedia ada dalam diri dia tu.. Sekarang ni, saya sedang mencari strategi untuk anak2 saya ni takda nak gaduh2.. berkongsi barang.. kalau berjaya baru saya share yer (",) Btw, ingat pesan saya selama ni tau.. Untuk berjaya, JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN.. termasuk soal berkaitan anak2...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 24 comments.. read them below or add one }

haryati haryati October 03, 2013
anak yati yg 2nd pun cam alisha jugak...suka tido lewat...sebab petang nak maghrib tu dia lena, pastu area pukul 9mlm dia bangun balik tu yg payah nak tido balik....nk kena try jugak tips ni...
ida =) ida =) October 03, 2013
Macam tu la saya buat kt adam dulu. Tp, skrg x berkesan sbb kasihan pulak. Papa dia tgh malam baru balik. Kalau tido awal, weekend je la baru dapat main dgn papa.
Miss N™ Miss N™ October 03, 2013
Betul apa yg akak buat tu, jgn bagi dia tidur sinag sangat kalau nak dia tido awal...

kawan nur pun , anak dia mlm2 mmg berjaga. almaklumlah duk kat taska, yg budak2 mmg diorg bagi tidur je...
Masya Masya October 03, 2013
tips saya kalau nak bagi anak tido awal, siang jangan bagi tdo.. bagi dia buat mcm² aktiviti... nnt dia penat, malam dia tidoo awal... hihihihi ...
Unknown Unknown October 03, 2013
tunggu saya benti keje..mmg nak buat tips ni utk anak2..skang duduk kat umah pengasuh ptg2 diaorg ajar tido..so, malam tido lambat la jawbnya..huhu..
fieda fieda October 03, 2013
maira dlu gitu gak ina...asal kul 7 je pas mandi dia terlena...pastu kul 9 bgun dan susah nk tido..kfieda pun wat gitu jgn kasi dia tido kejutkan dia..tp skrg dh sekolah ok doh...kul 9 mmg automatik dia masuk tido..
Mrs Velentine Mrs Velentine October 03, 2013
anak2 MV mmg MV dah biasakan tidur berjadual...mcm umur 1- 4 tahun MV bagi depa tidur 3 kali sehari(Waktu MV tak keja)...pagi tengah hari malam..itupun bergantung jam berapa dorang bagun pagi..biasanya anak MV jam 7.00 pagi dah celik...

Jadi MV akan bagi tidur jam 9 pagi,1.00 petang dan 8.00 malam...

MV buat dr dorang kecik...so sampai sekarang memang waktu tidur anak2 berdisplin..jam 8.30 semua dah lelap...

Yang bestnya dorang tak terjaga pun..kalau terjaga just g tandas then tidur semula...

**kunci yang penting jangan bagi anak tidur lepas jam 5.00 petang.....

alamak terpanjang pulak komen
Mimie Mimie October 03, 2013
samalah ngan anak anak sy kak..de mse tido awal de mse tido lewat
Maria Firdz Maria Firdz October 03, 2013
Alhamdulillah... bab tido ni saya xde maslh sgt... sbb ank sy kaki tido.. dia ngntuk tido lah sndiri nnt... Alhamdulillah... skrg ni dia suka dh mndi pagi.. klu tak susah gak nk mndikan dia wktu pgi..
JunAina JunAina October 03, 2013
Mak kena kuatkan hati lah ye...kena rajin jugak layan anak2. Lama2 dah terbiasa oklah tu.
Syamimi Saad Syamimi Saad October 03, 2013
memang kena latih ank2 tido awl kak.. lgpun nti dia dah terbiasa susah.. nak2 smpai nak masuk sekolah..
DYatie ABakar DYatie ABakar October 03, 2013
Setuju sangat. Dalam mendidik anak nih kita kena tegas dan keras hati. As long as it is for their best n tak memudaratkan diorang.
zmarl (ibu) zmarl (ibu) October 03, 2013
bagus la dah start ajar dari sekarang..takut nanti dier dah masuk sekolah lagi susah..
ramai jer budak2 yang time tido cam alisha ni..suka benar berjaga malam..
cam anak2 zee,dorang tak tido siang so malam memang akan tido awal..kalo hari minggu tu lambat la sikit..
Unknown Unknown October 03, 2013
mmg kalo tdo siang byk sgt pun, mlm ssh nk tdo.. mcm hubby deqla la sejak dia bercuti pjg ni.. haha..
emarieys emarieys October 03, 2013
anak kalau tidur siang..malam agak lewat dia nak tidur..kadang-kadang ibu yg tidur dulu dari anak...hehehe
Ainim Rashihah Ainim Rashihah October 03, 2013
Baguslah akak dah jumpa cara nak bagi Alisha tidur awal :)
syawalsimpsons syawalsimpsons October 03, 2013
baguih la dah berjaya buat alisha,,,si syawal ni pon mmg kalo hari keje ni dier tau mmg kena tido awal..tapi hari jumaat n sabtu dier mmg tido lambat...sebab dier tau cuti..ahad baru tido awal..ibu dier yg suruuh tido awal..alhamdulillah nak jugak dier tido kan...benda dah jadi rutin
Unknown Unknown October 03, 2013
berjaya! cabaran sorg ibu..
Unknown Unknown October 03, 2013
Alhamdulillah. Anak2 shima pulak mmg senang tido malam. Afiq kul 9-10 mmg time dia tido. Aqil pulak klu ptg dah tido lama mmg ada chances utk tido lewat tp bila kami semua tido, aqil tetap tido jugak paling lewat jam 12. Biras shima alami masalah ni utk kedua2 anaknya...
Puan Kutu Puan Kutu October 04, 2013
nak bagi anak tido awal senang je,kita kena tido sekali dengan depa..tak pun pura2 tido smp depa tido.klu sy mmg buat cmtu..kena biasakan tido awal,klu dh biasa Insyaallah takkan jadi halangan dah
IntaNBerliaN IntaNBerliaN October 04, 2013
@Puan Kutu

saya takdanya pura2 tido ni.. mmg terus tido.. hihii

eh, kat entry tu mmg dah tulis kan yg kami dah tido tp alisha duk main sorg2.. :-)
Si Matatajam Si Matatajam October 07, 2013
Khalish dulu pun camtu gak Ina, tapi bila dah start sekolah ni, bleh ja dia tido awal dan bangun awal esok pg tu.