Saya rasa seronok sangat dengan perkembangan Alisha sekarang ni.. makin hampir saya nak bersalin, makin hampir Alisha nak jadi kakak makin cepat dia tunjuk kemajuan.. (",) Yang terbaru.. alisha dah pandai berkumur... dia masukkan air dalam mulut tapi lepas tu dia buang.. kiranya dia tau lah tu air paip.. sekadar untuk kumur2 je.. bukan untuk ditelan... hihii
Selama ni saya tak pernah pun perasan yang alisha dah tahu pasal ni.. sehinggalah seminggu dua ni, saya terpandang alisha yang masukkan air paip dalam mulut dia.. time tu, saya tak cepat2 suruh alisha buang pun air paip dalam mulut dia tu, tapi sebaliknya saya perhatikan apa tindakan alisha lepas tu... rupa2nya dia memang buang semula air paip dalam mulut dia tu... hihii
So, disebabkan Alisha dah pandai berkumur, saya pun apa lagi, baru2 ni keluar pergi Tesco, so, terus belikan dia ubat gigi MUKMIN JUNIOR PERISA STRAWBERRY.. bau dia wangi je.. hihii... Actually gigi alisha ni bukannya cantik pun, dah siap patah secoet... reput.. adehhh... tu yang lebih lagi nak kene jaga.. (",)
Ohya, untuk pengetahuan u all, alisha tak berapa suka guna ubat gigi.. ahahha.. maybe dia rasa pelik kot.. yela, selama ni dia just berus gigi tanpa guna ubat gigi (sebab takut alisha telan + saya tak tahu ada ubat gigi yang tak beri kesan jika tertelan)... Emmm takpa, nanti lama2 dia dah biasalah kan.. (",).. Setakat ni alisha ok lagilah.. lepas gosok gigi, dia terus kumur nak hilangkan ubat gigi dalam mulut dia tu... Ohya, kalau tertelan pun takpa tau u all.. sebab dekat ubat gigi tu dah tertulis.. SELAMAT JIKA TERTELAN.. U all boleh tengok dalam gambar dekat atas tu (",)