Alisha ni seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, hari2 dia akan cari pen & buku kan.. Kalau tak belajar menulis, dia akan mahirkan lagi aktiviti menconteng dia tu... hihii.. Kalau alisha datang mood rajin nak belajar menulis, tak payah saya suruh tapi dia yang akan ambik buku & suruh saya ajar...
Ni je lah buku belajar yang alisha ada... yang lain, buku jenis yang story.. nak kene belajar membaca.. :-) Kalau u all nak tahu, alisha akan merengek kalau saya berhenti mengajar dia bila time dia rajin.. alaaa, maksud saya, macam dalam gambar atas ni... saya ajar alisha menulis sambil saya pegang tangan dia.. bila saya dah tak pegang tangan dia.. dah stop ajar.. mulalah merengek sebab dia nak belajar lagi... hihii
Bagus jugak kan ajar anak2 menulis ikut garisan camni.. sebab saya perasan, alisha ni masa mula2 ajar, saya yang pegang + gerakkan tangan dia ikut garisan tu, tapi lama2 dia pulak yang gerakkan tangan dia sendiri ikut garisan tu sambil tangan saya pegang tangan dia... (",)
Alisha ni, bukan setakat belajar ikut garisan putus2 tu.. tapi dia jugak conteng buku ni.. hihiii.. Dahla ni je buku belajar menulis yang dia ada.. yang lain, semua jenis story.. (",) Nampaknya lepas ni kene beli lagi buku camni untuk dia...
P/s : Adik Alisha masih belum ada nama... belum dapat persetujuan big boss.. hihii.. Apa2 pun, hari Jumaat mesti dah kena ada nama sebab my dear nak pergi daftar.. (",)