Actually, saya dh lama ajar Alisha kemas barang lepas dia buat main tau.. Dari awal tahun lagi.. time tu, umur dia belum pun lagi setahun setengah... TAPI untuk pengetahuan u all, pada masa tu, saya ajar Alisha,. sikit pun dia macam tak ambik port apa yang saya ajar.. dia tak nak kemas, saya jugak yang kena kemas.. takpalah, saya pikir maybe ianya terlalu awal untuk alisha memahami maksud "MENGEMAS"...
Lepas dari tu, saya dah tak ajar.. TANPA DISANGKA2... bila alisha berumur 2 tahun ni, automatik dia tahu kemas sendiri.. Saya pun terkejut.. Bila dipikir2 balik, ini maknanya, apa yang saya ajar ketika dia umur setahun lebih tu, alisha simpan maklumat tu dalam otak.. sampai masa, automatik dia tau je buat.. (^_^)..
Cara yang saya gunakan adalah first, saya bagitahu dekat Alisha.. "Lepas main, Alisha mesti simpan kembali barang yang Alisha dah main tu.. bila nak main lagi, alisha ambik la semula.. Alisha anak perempuan, mesti kena rajin.." or apa2 je lah u all boleh cakap supaya anak u all memahami apa kepentingan mengemas... (",)
Second, saya kemas barang bersama2 dengan Alisha.. tapi bukanlah kemas macam tu je tau u all.. kemas sambil buatlah sesuatu yang agak2 alisha tengok rasa macam seronok.. hihiii.. Contohnya, sambil kemas tu, sambil mengira sambil masukkan dalam bakul.. so, secara tak langsung, anak kita dah belajar mengemas + belajar mengira.. (^_^) Kalau mengemas sambil kita jalan macam kuda tu pun ok je.. alaaa pendek kata, nak bagi anak kita rasa macam seronoknya mengemas... hihii
Third, seeloknya, gunakan nada yang 'manis' ketika suruh anak kemas barang.. jangan guna nada yang keras, ala2 memaksa tu... nanti dia pun rasa tak enjoy.. cewahhhh mengemas pun nak enjoy... muahhahah
Untuk pengetahuan u all, sekarang ni, setiap kali kami nak masuk bilik untuk tidur.. Alisha lah orang yang paling kelam kabut, sebabnya, barang yang dia main belum kemas... hahhah.. so, dia pun apa lagi cepat2lah kemas.. hihii.. saya pun sambil2 tu tolong jugak dia kemas & bagi 'arahan'... ahhahhah... Ohya, Alisha paling suka part nak kene angkat tilam + tutup suis... Actually, saya ada angkat tilam bujang letak dekat depan Tv setiap malam, so, sebelum masuk bilik, saya akan ambik simpan.. time ni lah, alisha akan tolong angkat jugak sambil2 tu kami berdua cakaplaah.. "aduh... berat.."... siap dengan mimik muka lagi.. hihi.. lepas tu kami gelak2... hehhe... tak ke alisha akan rasa enjoy dengan aktiviti mengemas tu... (",).. Bab tutup suis pulak, saya akan dukung alisha & suruh dia tutup, bila dah tutup saya pun cakap "Dah gelap..".. heheh... Alisha pun tiru jugak cakap macam tu walaupun kurang jelas tapi saya paham... (^_^)