Motivasi untuk parent yang CEPAT MARAH pada anak2...

Saya taknak cakap lebih2.. sebab saya pun masih baru bergelar ibu & anak baru sorang.. Walaupun macam tu, saya suka berkongsi @ buat entry cara saya didik alisha.. dengan kata lain cara psiko la kan... Kat sini saya tak nak cerita pasal cara psikologi tu, sebab takut ada orang tak suka.. yela, cara didikan kita dekat anak2 tak sama kan... (^_^)... 

Walaupun hakikatnya, saya bercerita saya guna cara psikologi tu, untuk anak saya yang berusia baru 2 TAHUN, bukannya untuk anak yang berusia 20 TAHUN... Budak 2 Tahun masih belum tahu baik buruk berbanding mereka yang dah besar.. Kalau dah besar, dah 20 tahun baru start nak guna cara psiko, maybe ianya sedikit sukar berbanding umur 2 tahun.. (^_^)

Apa2 pun, SAYA NAK SANGAT2 U ALL RENUNG2KAN KATA2 DEKAT BAWAH NI... KALAU BOLEH, BACA DARI AWAL SAMPAI AKHIR.... (",)

OHYA, IANYA SAYA COPY DARI FACEBOOK TAU... 

Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.


P/s : Renungan untuk diri saya jugak...


Motivasi untuk parent yang CEPAT MARAH pada anak2...

{ 54 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous October 11, 2012
Nice entry ni kak...husna pun kena tau ni.. :)
emarieys emarieys October 11, 2012
bagus..memang berguna utk akak juga..
Mrs Velentine Mrs Velentine October 11, 2012
tq..renungan utk sya juga...
ayut ayut October 11, 2012
Bace yang 1st jer dh leh tangkap.btul jugak..hehe.yg blom ada anak pon leh praktik utk dak kecik ^^ npe nak mrah2..ckp bek2 pon boleh...
iietamalek iietamalek October 11, 2012
betulla..setuju dengan ape yg awak share ni..renungan untuk saya juga
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ October 11, 2012
mmg mberi motivasi...
cma bce smpai habes..bermanfaat :)
 Aisy Nasiha Aisy Nasiha October 11, 2012
bagus ni dpt jdikan panduan nk didik diri sdiri n ank2..
mama_umar_maryam mama_umar_maryam October 11, 2012
zt kene bace selalu nih U__U
inazamri inazamri October 11, 2012
akak copy paste dan siap print ni.mmg info yg sgt bagus .rasa terkena kt batang idung gak ni coz akhir2 ni suka benor akak marah2 anak hihi.
AnonymousAnonymous October 11, 2012
tq share ini ye , sgt2 berguna & bermanafaat
Umialya Umialya October 11, 2012
renungan untuk akak juga, terima kasih diatas info ini
Unknown Unknown October 11, 2012
like!like!like!baru sy tersedar..huhu..bgs sgt2 info ni..
Mimie Mimie October 11, 2012
terima kasih kak ina share info nih...sgt bagus utk sy jugak..
Unknown Unknown October 11, 2012
untuk renungan kita bersama
lizz lizz October 11, 2012
tu la kadang emosi ni kalau dah penat...asyik nak marah jer....marah sikit2 jer...tapi akan cuber bersabar lepas ni....
lizz lizz October 11, 2012
tapi tu lakan biler penat kerja mulala emosi nak marah jer kan...tapi akan cuba bersabar...tq sharing sekurangnyer kita sesama ingatmengingati
- AZIE - - AZIE - October 11, 2012
selalu ingat pesan nie dr sorg ustaz, kita jgn terlalu marah pd anak kita bila dia wat salah, muhasabah dulu diri kita, mungkin anak itu mewarisi sikap kita ketika kita seusia dgn dia masa dulu..mungkin jg dulu, kita selalu wat salah pd mak kita masa kecil2..
Umialya Umialya October 11, 2012
hpv

http://mimialya.blogspot.com/2012/08/program-vaksinasi-hpv-untuk-wanita.html

keja apa? rasanya IB dah temui byk klukan...
ajumohit ajumohit October 11, 2012
tq foe sharing ina, mmg kalau balik keje penat mmg mudah nk marah, tp bila anak dah besar diorg pon boleh paham, tolong kemas dsb, hihi syukur
.:fyzz:. .:fyzz:. October 11, 2012
Tq ina 4 sharing.kdg

2 kita lupa ank kita msih kecil
SumeSakan SumeSakan October 11, 2012
renungan yg baik...slg ingat mengingati...anak2 trbntuk dgn didikan kita...sbab tu kena alert bnda2 cam nih...
✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ October 11, 2012
Thanks intan tuk entry ni..muhasabah diri patut ada setiap hari..tetap berusaha yang terbaik untuk anak-anak..
Unknown Unknown October 11, 2012
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilaiDISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWANdengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
eita eita October 11, 2012
kalau selalu marah2 kat anak...nanti anak jadi degil..susah nak terima nasihat...

kalau nak marah anak..marah dengan penuh kasih sayang....
volume mesti slow....
adianiez AIDA adianiez AIDA October 11, 2012
Tq. A good reminder...
Bila anak2 da ramai, angin pun cepat naik hi hi hi...
UniMeOw UniMeOw October 11, 2012
betul3!!! (ngn nada yg x sabar2 nk jd ibu..eheh?)
insan_marhaen insan_marhaen October 11, 2012
Untuk ingatan diri akak..ada waktu dan ketika terlepas juga perasaan tu...
Unknown Unknown October 11, 2012
InsyaAllah jijah nak jadi mama yg boleh jadi kawan karib dengan anak2..

renungan buat jijah juga nanti... tq kak
zachflazz zachflazz October 12, 2012
nasihat yang elok, Intan. menjadi renungan yang baik bagi kita sebagai orang tua.
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- October 12, 2012
sbg ibu bapa mmg esar tggjwb .. nak kne ajar ank semua utk jd baik ... yg pnting siapkan dri dulu utk jd ibubapa. tunjuk cnth yg baik .. baru lah ank pon baik .. hehe
ida =) ida =) October 12, 2012
Alhamdulillah. Saya pun, kalo nk citer lebih2, takut gak. Takut org mengata. Anak sorang je kan.... Pengalaman x cukup. Tapi, so far, yang sorang tu, mmg senang nk didik. Saya guna cara psikology juga.

Doakan kami juga... Semoga adam kekal baik sehingga bila2
mama lynn mama lynn October 12, 2012
tq ina, even tak dapat nak mdidik anak2 directly sy akan guna pakai bila bersama mereka. betul tu.. kena stop shout to them
maya amir maya amir October 12, 2012
bile sebut pasal anak, sebenarnya besar sgt2 t'jawab kita nak didik anak2 tu kan.. budak2 skang tak mcm dulu..cabaran lebih besar:)
wakgelas wakgelas October 12, 2012
wak pon sayang anak wak jugakk.. ahhaaKs
Unknown Unknown October 12, 2012
selalu menyesal lepas jadi monster.. lagi2 bila tengok diorang tido.
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief October 12, 2012
info yg bagus ni utk panduan wani :-)
Shida Radzuan Shida Radzuan October 12, 2012
nice sharing akak..insyallah shida praktikkn nnt 1day :)
Cikrosecute Cikrosecute October 12, 2012
renungan untuk cr jugak..thanks sharing ina..
emma emma October 12, 2012
byk kali TERTINGGIKAN SUARA ngan syirah, bile dah sedar baru menyesal :(
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda October 13, 2012
owh.. nice la tips tue, hehe..
so kne marah ngan nada baik la, xmau jerit2 lak..
Si Matatajam Si Matatajam October 13, 2012
Nice tips Ina.tq for sharing...
Done Nuff here..
Miss N™ Miss N™ October 13, 2012
sesuai untuk nur di masa akan datang..Heee.. :)
haryati haryati October 13, 2012
tq, tips yang ina share tu...sgt2 berguna tuk dipraktikkan...
Nora Karim Nora Karim October 15, 2012
sebagai ibu bapa, kita kena sentiasa sabar... kerana anak akan sentiasa menguji kita...
mummyrinazone beauty mummyrinazone beauty October 17, 2012
kena kawal rasa marah n banyak gunakan otak dlm didikankan?erm untuk renungan nurul juga
9n0L4 9n0L4 November 03, 2012
sangat betul ina. marah ni kesan die bile besar nnt pade anak anak. mungkin jadi jauh dan lebih sayang kawan dari family.