Semalam saya ada publish entry pasal Alisha yang lambat pandai bercakap.. Dia duk jadikan bahasa German sebagai bahasa rasmi... hihii.. Ohya, bahasa German yang saya maksudkan adalah bahasa kanak2 @ bahasa baby.. hanya dia je yang paham.. hehhe.. Untuk pengetahuan u all jugak, saya tak pernah cakap pelat dengan alisha.. cakap macam biasa je, macamana saya sembang dengan orang lain, macam tu lah, dengan alisha (",)
Alisha ni kalau bercakap, dia suka ambik yang hujung je.. yang depan dia pergi tinggal.. kikikii... Ketika saya publish entry pasal alisha ni, saya ada dapat komen yang agak menyedapkan hati jugaklah konon2nya.. hihii.. Meh baca 4 komen yang saya tertarik tu... (",)
Komen dari Zachflazz.. blogger dari Indonesia yang selalu datang singgah blog saya... (",)
LAMBAT BERCAKAP AKAN SEBAB OTAK LAJULAH SANGAT SAAT BERFIKIR... INSYAALLAH...
Terima kasih yer zach sebab doakan Alisha... InsyaAllah moga alisha menjadi anak yang pintar (^_^)
Komen dari Saleha..
OTAK LAJU SANGAT BERFIKIR JADI MULUT TAK SEMPAT NAK KEJAR...
Komen dari Saleha & Zach memberi maksud yang sama... Dan2 ia buat saya berfikir apa yang antara contoh2 tentang alisha yang boleh saya katakan otak alisha laju sangat berfikir... Kalau dari segi kematangan tu, nampaklah macam dia terlebih advanced sikit...
Komen dari Mrs Suriz..
SAUDARA DIA LAMBAT BERCAKAP TAPI PANDAI BUKAN MAIN..
Harap2 Alisha pun macam tu jugaklah nanti... (^_^)
Komen dari C'Jai
KANAK2 YANG LAMBAT BETUL PERCAKAPANNYA TAK MUSTAHIL DEWASA NANTI MENJADI SEORANG DOKTOR.. SEJARAH TELAH MEMBUKTIKANNYA..
Ooo yeke.. baru saya tahu pasal ni... maklumlah, bab2 sejarah ni, saya kurang minat... huhuu.. Tapi apa2 pun saya harap Alisha pun macam tu lah jugak... (^_^)
So, ibu2 yang macam saya.. jika anak kita lambat bercakap berbanding rakan seusia.. janganlah kita risau sangatkan.. Kerana apa yang pasti, ianya adalah yang terbaik untuk anak kita... Dengan kata lain, DIA DAH RANCANG YANG TERBAIK UNTUK ALISHA & ANAK2 KITA SEMUA... Kalau ada yang menegur, just ignore kan je... hihii (^_^)
P/s : Broadband dah habis limit.. so, sorry jika lambat balas jejak (",)