Kalenjar tiroid saya yang bengkak dah nak hilang..

Pada yang dah lama follow perkembangan di blog saya ni, mesti tahu yang KALENJAR TIROID SAYA BENGKAK kan... bengkak sebesar 4cm..!! Doktor suruh operate tapi saya takut..!! 3 kali saya buat ujian darah.. ketiga2 nya menunjukkan yang HORMON TIROID SAYA NORMAL.. Doktor cakap, nak hilangkan bengkak, kene bedah.. kalau tak, ia makin membesar... YAP.. MEMANG BETOI BENGKAK SAYA TU MAKIN MEMBESAR sehingga 4cm.. kalau sebelum tu berapa cm ntah, dah lupa pulak...

Nak dijadikan cerita, ketika saya balik Terengganu akhir bulan 5 hari tu, abah saya pergi ke kedai sinsei @ klinik perubatan cina Poh Ann untuk beli ubat yang kawan dia suruh.. Abah saya pergi klinik tu sorang2 je tau.. kami keluar satu kereta tapi saya tunggu dekat parking kereta je... bila abah saya dah sampai, dah masuk dalam kereta pun.. tiba2 abah saya cakap, apa kata kalau saya pulak try pergi jumpa doktor tu.. kot2 bengkak tu boleh hilang...

Untuk pengetahuan u all, kedai tu camni.. di bahagian HADAPAN @ KALAU TENGOK DARI LUAR, IA ADALAH SEBUAH KEDAI SINSEI TAPI KALAU KITA MASUK KE DALAM, ADA TOKEY KEDAI TU BUAT MACAM BILIK @ MACAM KLINIK.. Alaa kalau dekat kedai runcit biasa, gayanya macam tempat stor tu la... Nama klinik tu kalau tak silap (malas nak tengok kad  klinik dalam handbag) nama dia KLINIK PERUBATAN CINA ACUPUTURE POH ANN.. BANGUNAN KEDAI TU WARNA KUNING BERSEBELAHAN PASAR PAYANG
Doktor tu bagi saya air akar kayu.. minum 3 kali sehari selepas 5 jam... saya tanya, bila boleh nampak kesan.. doktor tu cakap, habis 2 botol boleh nampak kesan... Saya sangat terkejut, belum habis 2 botol.. kesan dah nampak.. itupun bukan saya guna ikut arahan tau.. bila rajin minum, bila malas tak... Abang ipar saya siap tanya saya bila saya operate..!! Hakikatnya saya tak bedah langsung tapi ia boleh kecut camtu je u all.. bengkak tu memang tak nampak langsung.. tapi kalau rasa, ada lagi sikit tau.. tapi kecik je la.. saiz dia maybe separuh duit 5 sen kot...

Abah saya balik Terngganu baru ni beli lagi air akar kayu ni untuk saya.. Harap2 lepas ni hilang terus.. Lega tak payah operate.. tapi ada gak tergerak dekat hati saya nanti nak jumpa doktor.. nak tengok apa kata doktor pulak pasal kalenjar tiroid saya ni.. Kalau ada sape2 antara u all nak try, boleh la ke klinik ni yer.. ALAMAT & NO TELEFON BACA DEKAT BOTOL TU YER...

Rasa air akar kayu tu camne??.. hihii Tak tahu nak cakap camne.. Minum sambil tutup hidung lepas tu cepat2 minum air bagi rasa tu hilang.. (^_^) RM50 sebotol... Doktor ni boleh ubati yang lain2 jugak.. kawan abah saya batu karang ke apa ek.. lupa pulak.. kalau tak dah nak kene bedah tapi 2 minggu sebelum bedah, dia minum ubat yang doktor tu bagi.. bila nak g bedah.. terus tak jadi sebab dah ok.. (",).. Apa2 pun kita hanya berusaha.. Tuhan jugak yang tentukan...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 40 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons August 29, 2013
baguih kalo dah elok kan.....tak yah operate kan
Unknown Unknown August 29, 2013
alhamdulillah...berkesan:) mahal tu rm50,heeee
haryati haryati August 29, 2013
alhamdulillah ada perubahan yang baik..
Unknown Unknown August 29, 2013
alhamdulillah,kak.. :)
monalea monalea August 29, 2013
alhamdulillah...dah ok..
ain zulkarnaind ain zulkarnaind August 29, 2013
bagus betul akar kayu tu ya
Unknown Unknown August 29, 2013
alhamdulillah semoga ina terus sembuh ye...
Rozie Rozie August 29, 2013
kak nak tanya cam na ina tahu kata ina kena sakit ni... memang ina sakit atau dr yg sahkan ina sakit melalui ujian apa2? emm sorry kalau dah pernah buat entry.. mungkin terlepas pandang..
nanieydotcom nanieydotcom August 29, 2013
Alhamdulillah.. Lgi mudah mcm ni kan.. :)
Mimie Mimie August 29, 2013
Alhamdulillah ok la kak ina kalo dh elok
Cikrosecute Cikrosecute August 29, 2013
Alhamdulillah...dah hilang...rasanya cam tahu jer..kedai tue kat mana...
Masha Meisters Masha Meisters August 29, 2013
alhamdulillah...semoga tak jadi lagi la pasni...
Fiza Rahman Fiza Rahman August 29, 2013
Alhamdulillah. Tak payah operate.
Unknown Unknown August 29, 2013
Alhamdulilah kalau ok tu syukur la kak.. kita ubat cara lain pulak kan..
Puan Kutu Puan Kutu August 29, 2013
Alhamdulillah..klu berusah diiringi doa Insyaallah boleh sembuh sepenuhnya
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ August 30, 2013
Salam K.Ina..

kebanyakan ubat dari herba cina ni tak dinafikan,mujarab..

alhamdulillah..seronok baca bengkak tu dah surut.
semoga terus hilangla bengkak kalenjar tu :)
Permata Malap Permata Malap August 31, 2013
al-hamdulillah..nak kena tradisional gak ye,kak..
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief September 01, 2013
Alhamdulillah ubat tu mmg rasi n sesuai dgn kak ina
Unknown Unknown September 02, 2013
syukur alhamdulillah.. happy for u.. =)
Mrs Velentine Mrs Velentine September 04, 2013
alhamdulillah dah makin kecik...ubat tue bagus juga kan
AnonymousAnonymous March 21, 2014
Saya pun nak cuba jugalah..tp nk pergi terengganu jauh..
Azzura Pink Azzura Pink March 31, 2014
Kedai tu xde cawangan ke kt negeri lain?
Azzura Pink Azzura Pink March 31, 2014
Kedai tu xde cawangan ke kt negeri lain?
Mama Damia Mama Damia June 16, 2014
nk mnta jasa baik pn utk tlg bli ubt ni.....whatsapp 0125699667
AnonymousAnonymous August 23, 2014
Salam.kedai itu tak buat penghantaran ke kalau nak order?
AnonymousAnonymous December 16, 2014
Saya pon ade bengkak kt leher .dokter nk operate sy xnk .sy dduk johor .
AnonymousAnonymous June 19, 2015
Pn mcmne keadaan pn sekrg..adakah slps mnm air trsebut mmg trus tiriod xbgkak..apa pula kata doc...plz respons asap mess/wasap 0128511409...tq n sy doa pn sntsa sht..jazakallahukhairan khatira
Unknown Unknown July 30, 2015
Salam..mcm mana dh bemgkak tu dh total surut ke lepas minum ubat tu lgi?? Please response hehe..mcm interesting la ubat Herba ni
IntaNBerliaN IntaNBerliaN July 31, 2015
@Ema Mikhail


kalau tgk dr luaran, alhamdulillah dah hilang bgkak yg sebelum ni..
AnonymousAnonymous December 04, 2015
Salam,macam mne skrg dah sembuh ke...
AnonymousAnonymous December 09, 2015
Assalam. Sy pernah try ubat herba tu dlm 2 thn lpas. Beli rm60 sebotol..dh naik harga kot. Rasa teruk juga la air herba tu..hmpir2 x boleh minum. Beli 2 botol tp belum dpat apa2 kesan.
Ameen Ameen December 29, 2015
Salam sis. Sy berminat nak beli air herbs tu. Camne nak dpt kan ye sis? Kalau sis x keberatan, boleh x WA sy no tepon sengseh tu?

0166510129
MissBee MissBee June 27, 2017
Salam...nak tanya bengkak akak dah sembuh sepenuhnya?
Unknown Unknown September 10, 2017
Salam. Cik pun alami bengkak akibat thyroid ke? Saya pun sama. Maybe admin blog ni dh tak aktif kot.. Sy nak sgt bg hilang bengkak ni. Sbb dh besar. Sbb xnak operate, sy masih menyusu badan baby 2 org.. 😥😥
Unknown Unknown November 13, 2017
Salam, sy pun alami kes yg sama dgn akak. Hormon tiroid normal, kelenjar tiroid bengkak. Apa perkembangan akak sekrang ni? Dah ok sepenuhnya ke?
Azlina Azlina January 24, 2018
Ada yg bole feedback pasal minum ubt ni n bengkak tiroid dah berkurang..sya ada call td klinik tu cume nak try dptkan kot2 ada sesiapa yg penah pergi situ dan berjaya kurangkan bemgkak tiroid...
AnonymousAnonymous September 07, 2018
Cuba hubungi TokWan Habib 0172460967 di Bukit Katil. Rawatan ikhlas hati pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum