Jangan marah tapi tegas

Ingatan untuk diri saya jugak ni.. JANGAN MARAH ANAK TAPI TEGAS.. saya pun manusia biasa, ada masa, naik grrrrr jugak kat anak ni... mulalah nak tinggi suara.. hebat sikit, kene pukul kaki dia tu... tapi normally kalau saya rasa macam saya dah mula nak hangin.. saya akan cepat2 set otak saya dengan "SABAR..."

Tegas yang saya maksudkan camni.. saya nak bagi contoh Alisha.. Petang semalam, dia duk sibuk nak main TAB dia tu.. Sambil dia minum air.. lepas minum, dia suruh saya simpan cawan dia tu atas meja... Sebenarnya takda apa pun jika kita ambik je cawan tu & terus letak atas meja kan.. TAPI saya pikir dari aspek lain pulak...

SAYA NAK ANAK SAYA PANDAI BERDIKARI.. JANGAN PANDAI MENYURUH JE.. *Saya tak nak nanti sampai ke besar asyik menyuruh je.. takut dia "terlupa" yang dia suruh adalah ibu dia.. So, saya cakap dekat Alisha.. "Kakak, ambik cawan tu, simpan sendiri atas meja.." Alisha mengamuk2 tak nak simpan.. tetap jugak suruh saya... Saya pun apa lagi.. terus rampas TAB... *Nampak tak kekurangan kesabaran saya disitu.. saya merampas barang anak saya...

Bila saya rampas TAB, alisha makin mengamuk... tiba2 saya tersedar yang tindakan saya salah...!! terus saya ambik alisha & peluk dia sambil cakap "Kakak anak yang baik kan... kakak ambik cawan tu, simpan atas meja.. lepas tu baru kakak main tab..".. Habis je saya cakap camtu, Alisha cakap nak minum air.. saya bagi dia cawan tadi & saya cakap "Lepas minum, terus simpan atas meja tau.. nanti baru main TAB".. Yap, lepas minum, MEMANG ALISHA TERUS SIMPAN ATAS MEJA... Saya depa tangan saya & cakap.. "macam ni lah anak ibu.. meh sini ibu nak kiss"... Berlakulah adegan ibu kiss anak & anak kiss ibu... & Alisha terus sambung main TAB (^_^)

P/s : Andaikata Alisha tak simpan sendiri cawan tu, memang saya tetap bertegas tak nak bagi main TAB & akan terus pysko Alisha..

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


{ 21 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons August 20, 2013
alisha mmg sama dengan syawal..dengan syawal pon tak boleh nak di rampas Hp lagi2 tgh main..kena psyko habis-habisan...mmg menguji jugak tu
QasehnyaRania QasehnyaRania August 20, 2013
So sweet la saat depakan tangan anak dtg peluk n kiss ;)

Tak sabarnya nk rasa semua tu
Mrs Velentine Mrs Velentine August 20, 2013
betul tue..MV pun selalu tegas dgn anak2..selagi dia tak buat jangan bagi dia main..sebab takut nnt bila besar dia berani suruh mak pulak ..done digi
Unknown Unknown August 20, 2013
bagus akak buat camtu kak..

jijah terbaca kat page fb wardina safiyyah..

"Sebenarnya memang penat melayan anak-anak yang tak diberi i-pad. SANGAT penat. Bagi i-pad semua diam. Tak kacau kita, tak bising. Senang bukan? Namun melihat anak-anak tidak lagi menggunakan deria dan berinteraksi amat merisaukan. Tangan-memegang, hidung-mencium, mata-melihat, telinga-mendengar tidak lagi digunakan maka hilanglah banyak pengalaman hidup kerana menghadap skrin i-pad. Buat para ibu, mari berusaha memberikan anak-anak pengalaman sebenar kehidupan. Biarkan mereka kotor, bising, bercakap, bergaduh, bermain... Berikan mereka kertas kosong dan melukis menggunakan pensil dan kertas. Berikan mereka buku mewarna. Ajar mereka berinteraksi, lihat sikap mereka, betulkan jika mereka tersalah kata dan betulkan sikap mereka yang tidak kena. Kerana pengalaman inilah yang menjadikan mereka "manusia" .....Walahualam. Sekadar pandangan."

emarieys emarieys August 20, 2013
perlu kesabaraan yg tinggi dgn anak-anak..selalu terjadi juga dgn anak-anak..rampas benda yang buat dia leka utk minta dia lakukan sesuatu...
Unknown Unknown August 20, 2013
pernah jugak jd kat Hakim.
Lepas minum susu kotak takmo buang sendiri. Bila babah suruh, dia bg mama pulak. So babah cakap, kalau takmo buang, jangan duk dekat mama.. pandai lak tu bebel2 gi buang dalam tong sampah! Adeh anak2 skang ni..
AnonymousAnonymous August 20, 2013
Bagus Alisha ni, mudah faham.. :)
eija_sweetmama eija_sweetmama August 20, 2013
itulah mmg kerenah anak ni cepat je buat kita naik angin.., mmg menguji kesabaran kita, nak jd mak yg sgt penyabar ni yg susah..
AnonymousAnonymous August 20, 2013
bukan mudah nak jadi ibu terbaik kan !
Puan Kutu Puan Kutu August 20, 2013
tak boleh marah ekk?sy marah jugak.klu tak marah dia melampau..alisha anak yg baik takpe la
Mimie Mimie August 20, 2013
Sy slalu buat mcm tuh kat aina kak ina
Miss N™ Miss N™ August 21, 2013
cara mcm ni lebih baik daripada marah anak tak tentu pasalkan....
DYatie ABakar DYatie ABakar August 21, 2013
betul! n budak2 pun lain peel nyer. ad yg soft spoken tak lepaih. nak kena marah baru angkat biontot. huuu. tp apa pun. kta as parents mmg kena sabar..

sy ad buat contest raya. mana tau dapat duit raya ke. :))
Fifi Nadhrah Fifi Nadhrah August 21, 2013
kadang2 fifi pon terlepas marah.. bile da sedar cepat2 pujuk minta maaf..
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ August 21, 2013
Salam K.Ina..

huhuh.. CMa dulu agak pemarah..asik nk marah anak2 je.. bila baca cara penekanan pysco akak kat anak2 terus jadi seronok sbb anak2 dah mula dgr kata..

good girl alisha :0
Maria Firdz Maria Firdz August 21, 2013
dua2 situasi tu buat... cuma kdg2 bila berksar dia tak nak buat, tapi berlmbut dgn mudah dia buat... betul tu... biar garang dan tegas, bukan marah dan garang...
Maria Firdz Maria Firdz August 21, 2013
dua2 situasi tu buat... cuma kdg2 bila berksar dia tak nak buat, tapi berlmbut dgn mudah dia buat... betul tu... biar garang dan tegas, bukan marah dan garang...
haryati haryati August 21, 2013
sama tindakan ina ngan yati... apa2 pun pas mkn or minum letak balik atas meja atau buh kat dalam sinki.
Unknown Unknown August 21, 2013
yup.. kena ckp baik2 kan.. baru la ank nak dgr kata.. hihi.. tp deqla buat mcm tu kat ank buah je.. alhamdulillah dorg dgr kata.. ;)
Fiza Rahman Fiza Rahman August 23, 2013
Dgn anak2 ni memang kena banyak main dgn psychology. Kesabaran yg tinggi adalah sgt penting.
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief September 08, 2013
anak2 ni mmg kita kena sabar banyak2 kan....