Kad raya dari rakan blogger

Mood raya dah mai... tapi tu time dengar lagu raya la.. malam raya nanti dengar takbir raya.. maunya bersedih.. sedih tingat kat adik lelaki saya tu + tingat kat parent.. maklumla, tahun ni raya dekat parit buntar @ umah MIL dulu.. (^_^).. Petang ni saya dah balik umah MIL.. So, ni entry terakhir la rasanya.. kita jumpa lagi minggu depan.. (",)

Sebelum tu, nak bagitahu pasal kad raya yang saya dah dapat dari rakan blogger... tahun ni tak semeriah tahun lepas.. (",)

Kad raya atas dari CMA, kad raya bawah dari ECA 

Kad raya yang first sekali saya terima adalah dari ECA .. handmade okay..!! Kreatif betoi budak ni sorang... Bookmarks raya saya, Eca yang design tapi kad raya dia, dia buat sendiri.. betapa dia hargainya pembaca blog dia kan.. (",).. Kad raya dari CMA ni menarik.. ada pulak gambar peta Malaysia dekat kad tu.. Ohya, thanks untuk ECA & CMA sebab bagi duit raya dekat Alisha & Aqilah! (^_^)

Kad raya atas dari NISA, kad raya bawah dari YUI

Kad raya Nisa tu jadi favorite Alisha.. tak nampak punya cute gambar kartun dekat kad tu.. tak habis2 mulut Alisha duk cakap cantik.. hihii.. Kad raya dari Yui tu pun cantik.. design dia dah macam kad kawen.. sampai masa mula2 dapat, saya tak tahu nak bukak camne.. rupa2nya kene tarik kertas putih tu.. muahhaha

Kad raya atas dari YANA, kad raya bawah dari IBU LALA

Rasa macam dah lama sangat tak dapat kad raya macam yang Yana & Ibu Lala ni bagi.. klasik... menggamit nostalgia zaman sekolah dulu2.. (",) Apa2 pun thanks tau untuk semua yang bagi kad & wish selamat hari raya dekat saya..

SAYA PUN NAK UCAP SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK U ALL.. MINTAK MAAF SALAH SILAP.. MINTAK MAAF JIKA ADA ENTRY SAYA OR KOMEN2 SAYA OR KATA2 SAYA YANG MENGGURIS PERASAAN.. MINTAK MAAF JUGAK SEBAB SAYA TAK BALAS JEJAK U ALL WALAUPUN CAMTU, U ALL TETAP DATANG BLOG SAYA.. MOGA TUHAN MEMBALAS SEGALANYA... PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, KITA JUMPA LAGI MINGGU DEPAN YER (",)

Salam Sayang dari Ibu Alisha & Aqilah

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 43 comments.. read them below or add one }

umiawadah umiawadah August 05, 2013
selamat hari raya ye ina...tak kisahlah kat mana pun kita bakal beraya,semoga bersederhana ye...maafkan saya jugak ye..
syawalsimpsons syawalsimpsons August 05, 2013
selamat hari raya ina..moa syawal yang bakal tiba memberi sinar baru buat ina sekelurga..nnt sue nak P umah ina...sue roger tau
Unknown Unknown August 05, 2013
byknye dpt kad raya!! gantung cantik2 tau.. ;)
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI August 05, 2013
alhamdulillah slmt smpai..hihi..

byk kad akk tahun ni..
aizamia3 aizamia3 August 05, 2013
kad-kad yang diterima mengingatkan dulu rajin bagi kad raya kat kengkawan.. ;)
Unknown Unknown August 05, 2013
wahh..banyaknya dapat kad raya!!

Selamat hari raya juga utk ina sekeluarga..maaf zahir dan batin..nanti datangla raya ke umah..hihi..
lynndamya lynndamya August 05, 2013
salam, wah mmg cantik2 kad raya nya, paling cun yg ade snow white tu, haha selamat hari raya kak, maaf zahir batin..take care :D
pena rozie pena rozie August 05, 2013
Untung masih dapat kad....
Dak-eiza Dak-eiza August 05, 2013
Selamat hari raya untuk dia sekeluarga
mohon maaf zahir dan batin
semoga ukhwah kita berpanjangan
take care and safe journey yek
:)
zety zety August 05, 2013
wah Ina bykk tuu kd raya ;)..slmt ari raye dear, maaf zahir batin!
Unknown Unknown August 05, 2013
banyaknya kad raya akak.. best2..

kak ina,

jijah mohon maaf jika penulisan jijah dalam blog ni ada menguris hati akak yer..
doakan jijah sihat, selamat dan kuat untuk mengharungi proses bersalin nanti...

selamat hari raya yer kak sefamily :)
emarieys emarieys August 05, 2013
Selamat hari raya utk ina sekeluarga
Rozie Rozie August 05, 2013
ina selamat hari raya,... tq bagi akak kad comel haritu... wah banyak kad yg ina dapat...

ecadwinkyasha ecadwinkyasha August 05, 2013
eh eh...napa ada duit raya tu?...xadil a...hehehe :D

bookmark akak eca xdpt lagi.pemalas la abg posmen ne.xsuke.
Ainim Rashihah Ainim Rashihah August 05, 2013
Selamat Hari Raya Kak Ina. Maaf Zahir dan Batin ya
AnonymousAnonymous August 05, 2013
Best dapat kad raya ;D
Nida Mohd Nida Mohd August 05, 2013
bestnya dpt kad raya..cantik2 semuanya..
nurains nurains August 06, 2013
bestnyaa dapat banyak kad raya :)
Si Matatajam Si Matatajam August 06, 2013
Bestnya dapat kad raya...Tq untuk Bookmark raya tu yek Ina..Salam Aidilfitri maaf zahir batin..
Myra Jay Myra Jay August 06, 2013
Selamat Hari Raya Ina, banyak kad raya diterima, myra tahun ni 2 je :)


p/s : Ina, myra turut merasai kesedihan Ina, adik Myra jugak eksiden dan masih tak sedarkan diri, setakat ni dah 3 hari..sobsob
Mimie Mimie August 06, 2013
saya un de terima kak..daripada kak ana
Miss N™ Miss N™ August 07, 2013
byknya kad raya.. :)

Selamat hari raya...maaf zahir batin kak. :)
Unknown Unknown August 07, 2013
selamat ari raya buat ena sekeluarga...
nanieydotcom nanieydotcom August 09, 2013
Selamar hari raya kak ina.. Maaf zahir batin :)
Maaf jarang ke sni dan lambat ke sini lately
muja muja August 10, 2013
tahun depan kot muja rasa nak exchange :D
Dayang Deno Dayang Deno August 11, 2013
amboi banyaknya akak dapat kad raya.... hihi^^
Unknown Unknown August 12, 2013
Bestnya dapat kad raya....comelll...
Selamat hari raya...
Fiza Rahman Fiza Rahman August 14, 2013
Byk juga tu kad raya. Tahun ni saya dpt 3 terpasuk bookmark raya dari ina ☺☺
ayuzan ayuzan August 14, 2013
banyak akak dapat. :)
Unknown Unknown August 14, 2013
Selamat Hari Raya buat Ina sekeluarga :)
Maaf zahir dan batin ye sepanjang perkenalan kita. Moga ukhwah yang dijalin kekal selamanya..

Peluk cium utk anak dara 2 orang tu..!!
muja muja August 15, 2013
selamat hari raya maaf zahir batin :D
ct kektus ct kektus August 15, 2013
seronok bila dapat kad raya kan kak. :)
emarieys emarieys August 15, 2013
Selamat hari raya ina...banyaknya dapat kad raya
eija_sweetmama eija_sweetmama August 16, 2013
Selamat hari raya buat ina sekeluarga,
maaf zahir & batin,

itulah kad raya ni ada sentimental value nya yg tersendiri..srnok bila dpt :)
mimie.. mimie.. August 16, 2013
slamat hari raya maaf zahir batin kak ina :)lama tak jenguk blog ni, dah berubah dah rumah akk ni kan ;)
kurus kurus August 16, 2013
seronoknyaa dpt banyak kad raya ;)
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ August 17, 2013
salam k.ina..

alhamdulillah...dah sampai kad rayenye tuu...
byk jgk kad raye akak dpt.. hihi..
same2..

selamat hari saye jgk buat akak sekeluarga :)
ayut ayut August 17, 2013
slmt hari raya maaf zahir dan batin ye kak ina :))
Rozie Rozie August 19, 2013
wah banyak tu.. berbaloi lah sebab ina pun bagi kad kat orang kan... akak je tak balas.. huhu
Mrs Velentine Mrs Velentine August 19, 2013
selamat hari raya kak..bookmarks akak MV dah dapat
mama3heroo mama3heroo August 19, 2013
m3h dah terima bookmarks raya dr ina..mekasih ye
QasehnyaRania QasehnyaRania August 19, 2013
selamat hari raya.

alhamdulillah ada juga kan :)

tp cantik la kad raya princess tu
Fifi Nadhrah Fifi Nadhrah August 21, 2013
wah.. banyak kad raye.. fifi pon dapat jugak.. seronok.. teringat nostalgia dulu..