Pagi tadi kan saya ada buat entry bagitahu yang SUE & FAMILY datang rumah hari Jumaat baru ni... Menu yang saya sediakan untuk family sue, saya dah bagitahu kan.. So, untuk entry ni, nak kongsi resepi la pulak.. (^_^)
NASI TOMATO, GULAI KARI AYAM, SAMBAL BELACAN, ACAR RAMPAI MASAK & AGAR2 OREO...
NASI TOMATO : TUMIS 4 SEKAWAN GUNA MINYAK MASAK OR MARJERIN + BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA + DAUN PANDAN.. NAIK WANGI MASUKKAN TOMATO YANG DIPOTONG DADU + SOS TOMATO = KACAU SAMPAI JADI PES.. PASTU MASUKKAN BERAS + GARAM + AIR.. Lepas tu angkat periuk nasi tadi & masak dalam rice cooker elektrik tu haaa... SIAP!!
SAMBAL BELACAN : BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH SEBIJI + CILI BESAR + CILI JARUM + GARAM + GULA + BELACAN YANG DIBAKAR TERLEBIH DAHULU = BLEND PASTU CAMPUR DENGAN JUS LIMAU KASTURI
Resepi my mum
ACAR RAMPAI : TUMIS BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH YANG DIKISAR + KUNYIT DEBU SIKIT.. PASTU MASUKKAN AIR... MASUKKAN CARROT + TIMUN BATANG + CILI BESAR (yang dipotong memanjang & direndam dengan air kapur terlebih dahulu untuk lebih rangup) + BAWANG MERAH SEBIJI DIPOTONG 4 BAHAGIAN.. PASTU MASUKKAN GARAM + GULA + AIR CUKA + BIJI SAWI + LENGE (tak tahu u all panggil apa.. yang kecik2 warna putih tu..).. Kalau u all ada rasa masam manis masin tu kira orait la.. tak reti nak explain rasa dia.. tapi nak lagi senang, jika u all rasa sedap, kira menjadi la tu.. hihii
AGAR-AGAR OREO : MASAK SEPEKET AGAR-AGAR SERBUK PASTU MASUKKAN GULA PASTU MASUKKAN BAHAN YANG DIPUKUL SEKATA (TELUR SEBIJI + SETIN SUSU CAIR + PERASA VANILA).. KACAU RATA PASTU MASUKKAN BISKUT OREO YANG TELAH DIKISAR.. SIAP..!!
Saya dah bagi menu.. jika berkenan, bolehla try yer... hidangkan untuk kawan2 datang rumah ke.. cewahh.. hihii.. Ohya, nak jugak tunjuk kat u all komen dari SUE pasal masakan saya ni.. hihii
Hihii.. malu pulak baca komen sue ni.. tapi nak jugak perasan.. muahahha..
SIAPA KATA PEREMPUAN YANG TAK PANDAI MASAK SEBELUM KAHWIN AKAN TETAP TAK PANDAI MASAK SELEPAS KAHWIN... (^_^)
ohhh kak ina..lenge tu bijan la..hihi..bijan putih..kat kampung zee pon panggil lenge jugok..