Jangan cakap yang negatif tapi guna perkatan yang positif..

Saya kurang suka bila dengar orang2 sebut anak2 kecik ni NAKAL or BUAS.. Tak kisahlah walau yang dikata tu bukan anak saya pun.. tapi saya lebih suka sebut sesuatu yang positif.. Kita ibu2 ni pun sama lah jugak.. jangan duk cakap anak kita tu buas ke.. anak kita tu nakal ke...

Lenkali kalau orang kata anak u all tu buas or nakal, u all cakap.. ANAK U ALL BUKAN BUAS TAPI AKTIF... Kalau dari kecik kita dah terbiasakan sebut anak2 tu buas, anak tu nakal.. takut nanti sampai besar duk buas or nakal.. Bila dah besar, kalau orang kata anak kita tu buas.. maksud dia berbeza dengan orang kata anak kita buas masa kecik kan?..

So, sebutlah anak kita tu aktif.. at least dah besar, adalah jugak boleh dikatakan aktif bersukan.. hihii Banyak lagi perkataan sebenarnya yang u all boleh positifkan.. kalau anak 10 kali duk suruh u all ajar benda yang sama. jangan sebut b_d_h tapi sebutlah "kamu ni anak yang pandai, 10 kali tanya benda yang sama.. lepas ni boleh jadi pakar..".. (^_^) Ni antara contohlah.. yang lain u all boleh pikir sendiri.. 

JIKA KITA DAH BIASAKAN DIRI KITA MENYEBUT PERKATAAN YANG BAIK2 JE KETIKA BERSEMBANG DENGAN ORANG SEKELILING PASTI KITA TAKKAN TERKELUAR PERKATAAN YANG TAK ELOK DI DEPAN ANAK2.. (",)

P/s : Bukan satu kebanggaan jika anak2 petah bercakap macam orang besar tapi guna words :Ba_i.. guna words Bo_d_h or apa2 je dengan rakan2 time bergaduh... 

P/s : Apa2 pun ia bergantung pada niat kita tapi bagi saya, tak salah jika berubah untuk guna perkataan yang lebih baik kan.. (^_^)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 16 comments.. read them below or add one }

Ayu Zan Ayu Zan August 27, 2013
biasa la budak2 aktif.. kan kak?
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief August 27, 2013
perkataan yg kita guna tu juga kdg2 melambangkan diri kita kan..better guna pkataan yang elok2
Cik Matahariku Cik Matahariku August 27, 2013
betul tu, biarlah yang positif mendahului yang negatif, insyallah sgl urusan hidup akan jadi mudah..:)
lizz lizz August 27, 2013
Betultu setuju sangat2...saya kadang kalo marah mulalakan nak menyinga jerkan bila baca entry ina terus rasa motivasi sikit..tq ina...yang penting kita perlu sabar dan sabar ngan anakanak kita..
azizah :) azizah :) August 27, 2013
ok boleh di guna pakai nanti..
sYiRa LoKMaN sYiRa LoKMaN August 27, 2013
jom join segmen ni ! ^_^ http://syiralokman.blogspot.com/2013/08/segmen-merdekaraya-by-syira-lokman.html
zety zety August 27, 2013
setuju 200% dgn ina :)
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ August 28, 2013
Salam K.Ina..

setuju dgn ni..
seri, walaupun kami dlm keluarga TIDAK pernah marah dgn perkataan negatif2 mcm tu..

tp tu la..agaknya risiko bila hantar kat nursery.pernah sekali dia cakap BODOH kat adik adik dia mase rebut2kan brg....tak pasal2 nk bertukar jd resaksa gorgon >_<

cma tanye byk2 kali,mana akak belajar..?ummi tak ajar ckp benda2 mcm ni.. tak elok..

lama tu dia cakap "ayu boleh ckap,kenapa kakak tak boleh cakap" (ayu merujuk pda kwn yg lg tua setahun dari dia di nurseri)

cma tergamam.. :(
Che Rosliza Che Mat Che Rosliza Che Mat August 28, 2013
kadang2 budak2 nie..cukup sensitif kalau kita marah dia...dan guna perkataan yg bukan2...
Nora Karim Nora Karim August 29, 2013
setuju!! positive words, banyak membantu perkembangan anak2... so sebutlah perkataan yang positif, tak rugi pun!
Mrs Velentine Mrs Velentine August 29, 2013
bila baca entry ni...kadang2 kita terlepas cakap mcm Bodoh bila tengok TV..then semalam My wani tegur .."mama nda boleh cakap begitu tak bagus.."MV cakap kat dia ok mama salah...terus wani pukul mulut mama sebab dia cakap mulut ni jahat..hehe///MV cakap kat dia jangan ikut tau..nnt orang tak suka..
Deqla Manjew Deqla Manjew August 29, 2013
sgt setuju.. lagipun mulut ibu ni kan doa.. kalo sebut yg baik2 , baiklah jadinya.. kalo selalu sebut bodoh, malas, kurang ajar, mmg terdorong la budak tu ke arah tu.. pas tu nk slhkan sape? huhu..
Fiza Rahman Fiza Rahman August 29, 2013
Betul tu. Setiap perkataan yg keluar dari mulut seorang ibu itu adalah doa. Sbb tu kena sebut yg elok2. Saya klo marah saya suka guna perkataan yg berlawanan. Klo dorang malas nak kemas, saya akan guna perkataan rajin instead of malas.
IbuNoey IbuNoey August 31, 2013
ha'ah,kak..mak mertua dia tak suka cakap cucu dia nakal..dia cuma cakap aktif je..