Aqilah dah pandai turun katil

Aqilah si anak yang pandai... perkembangan dia serba serbi cepat.. Umur 9 bulan ++ dah pandai jalan.. & ketika 9 bulan ++ tu jugaklah dia dah pandai turun katil.. Padahal katil umah saya tu tinggi tau.. tapi dia takda perasaan takut malah gaya dia nak turun tu dengan penuh yakin!!

Actually bab turun katil ni, my dear yang ajar Aqilah... katanya, ajar sekali je tapi anak dia ni dah pandai... kikikii.. Patutlah sebelum ni saya nampak Aqilah buat gaya nak turun katil @ kaki turun dulu sambil tangan pegang cadar.. tapi time tu saya cepat2lah ambik Aqilah sebab risau takut dia terjatuh... sehinggalah bangun tidur tadi, my dear cakap jangan ambik tapi biar dia turun sendiri...

Saya yang was2 ni, duduklah tepi katil berjaga2 time Aqilah nak turun tu.. si Aqilah pulak siap hulur tangan ingat saya nak ambik.. sekali saya tak ambik.. so, dia pusing belakang & turunkan kaki dulu sambil tangan pegang cadar.. hihi.. Seronok je tengok + tak berapa yakin bagi Aqilah turun sendiri.. yela, katil tinggi, dia rendah... (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 16 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons August 30, 2013
seronok kan bila tgk anak dah tahu seseatu benda kan...sama la izz pon akob ajar turun katil...sekarang dah terrer..nak belajar panjat katil pulok
~aSHa~ ~aSHa~ August 30, 2013
mereka ni cepat belajar dan tangkap apa yang kita ajar
Noe Noe August 30, 2013
kira cepat lah perkembangan aqilah..dh pandai berjalan n turun katil...
Che Rosliza Che Mat Che Rosliza Che Mat August 30, 2013
hihihi mesti kelakar ina tgk gaya aqilah turun katilkan...
Ummu Muhammad Ummu Muhammad August 30, 2013
aqilh!!! alisha!!

intan nk ajk join dpt buku kt sini..
http://iryaniahmad.blogspot.com/2013/08/selamat-hari-lahir-1-tahun-sayang.html
Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P August 30, 2013
bagus biar dia eksplore sendiri, sebab kalau emergency dia sorang2 atas katil takdelah dia terus terjun kan.. lagi bahaya. sekurang nya dia tau cara nak turun. pandai Aqilah ! :)
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ August 30, 2013
Salam K.Ina..

tegarrrr aqilah ni la.. pandai dia berdikari sendiri.. :)
Mimi Azirah Mimi Azirah August 30, 2013
Wah eksited lak dpt tau aqilah dh pndai trun ktil
azizah :) azizah :) August 30, 2013
beraninya aqilah ni... cerdik bijak pandai!
Haryati Faizal Haryati Faizal August 31, 2013
biasanya perkembangan anak kedua memang cepat...tak sabar nak join abang@kakak dia....hihi
Cik Nur™ Cik Nur™ August 31, 2013
cepatnya dia belajar...tapi apapun kena pantaukan..
IbuNoey IbuNoey August 31, 2013
alalal,tomeinya aqilah..

dapat bayangkn gaya dia masa nak usaha turun dari katil tu..
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief September 01, 2013
cepat betol aqila belajar sesuatu hihi...bijak2
ayut ayut September 01, 2013
aqilah dh semakin membesar..kejap je dh dpt akal mcm2x :)
Deqla Manjew Deqla Manjew September 02, 2013
mmg cpt la perkembangan aqilah.. 9 bln dah pandai mcm2.. besar nanti mesti x gayat nih.. yela, turun katil tinggi pun dia cool je.. hihi
Mrs Velentine Mrs Velentine September 04, 2013
wah advanced adik ni tau..lasak.....hehe