Terus terang cakaplah.. saya bukan jenis seorang ibu yang rajin sangat nak mengajar alisha membaca.. bukak buku ajar ABC 123.. Tapi tak bermakna tak ajar langsung cuma kurang.. sementelah alisha sendiri pun tak pandai cakap lagi.. bahasa German tetap menjadi bahasa rasmi.. muahhahah.. TAPI, alisha seorang yang sangat2 sukakan buku.. setiap hari dia akan ambik buku & pen.. so, bermulalah aktiviti menyonteng sambil membelek2.. hihii.. Takpala, at least saya tahu, sedikit sebanyak, aktiviti tu menambahkan ilmu dia jugak (",)
Saya ni sebenarnya lebih suka mengajar alisha apa yang ada di sekeliling.. saya bagi dia guna barangan kaca, saya bagi dia mengacau makanan ketika sedang masak atas dapur & lain2... Senang cakap, saya suka mengajar sesuatu yang buat otak dia berpikir... (",) Ohya, kadang2 apa je yang saya ajar or bagi keizinan bukanlah sebab saya yang nak ajar benda tu tapi alisha yang jenis nak buat so, saya pulak jenis ibu yang tak suka nak sekat2 perkembangan anak, so, saya bagi je lah... (^_^)
Yang terbaru, semalam, saya dah izinkan dia guna gunting... sebelum ni, ketika umur dia belum lagi 2 tahun, dia memang ada je nak main2 gunting tu tapi saya bagitahu "Tak boleh sebab gunting tu bahaya, nanti terkena tangan luka..".. so, dia tak main lah kan.. tiap2 bulan, dia asyik tengok saya guna gunting tu je... saya tahu, dia berminat nak buat apa yang saya buat tapi dia tahan je sebab ibu dia tak bagi.. hehhehe
Sampailah semalam, selepas saya dah siap buat semua nombor cabutan bertuah untuk Mini Giveaway #7, Alisha cepat2 ambik gunting tu.. saya yang ada dekat sebelah ni, tengok je gelagat dia.. kali ni saya tak melarang.. lagipun alisha dah berumur 2 tahun & dia pulak kadang2 nampak matang.. tu yang saya bagi tu... (",)
Surprise hokay..!! tanpa saya ajar, dia tahu guna gunting tu macamana... dia pegang kertas di bahagian hujung & dia gunting kertas yang bahagian yang jauh dari jari dia tu.. so, takdalah tergunting jari dia kan... Good girl!! (^_^)
Lepas dah gunting, dia letak hasil guntingan dia tu atas cpu... hihi
Cuba u all tengok gambar atas ni... tengok kertas yang paling kecik.. see.. betapa keciknya kertas yang alisha mampu gunting.. hehehhe
Ohya, tengah2 alisha gunting tu kan, saya bangun jap pergi dekat meja.. alisha ni pulak datang dekat saya sambil pegang tangan & cakap "Aduh.. aduh"... saya pun tanya alisha.. "kenapa jari alisha, terkena gunting ker?".. Saya tengok takda apa2 pun yang berlaku dekat jari dia tu... sekali alisha boleh tersenyum.... hahahhah... adehhhhhh.. Alisha berlakon... kenakan ibu dia... hihii.. Ni mesti dia nak bagitahu yang dia dah pandai guna gunting... tak luka pun jari dia seperti yang ibu dia ni duk cakap2 sebelum2 ni... hehehheh
INGAT.. WALAU APAPUN KITA MENGAJAR ANAK, MESTILAH SENTIASA DI BAWAH PEMANTAUAN..
P/s : BE ke 21 (RB Veet Off 1) & 22 (Libresse Barometer) telah singgah di Blog IntaNBerliaN GA & Contest... (dah sah2 takkan sampai RM1.. hihii)
habis la Alisha gunting kertas2 lepas ni..