Orang lain dah habis tempek gambar raya.. saya baru nak tempek.. hahha... Nak buat camne, kabel kamera tertinggal kat kampung.. redha je lah.. hihii... Actually gambar raya, saya tak ambik banyak pun.. menu pagi raya pun tak ambik.. maklumlah, mak buyung bila jumpa makanan, selagi tak habis merasa semua yang terhidang, jangan harap dia nak bangun dari kerusi... muahhahhah
Pagi raya kami semua berkumpul di kampung arwah opah.. Ohya, ni lah gambar family saya tau.. adik beradik saya 3 orang je... 2 perempuan seorang lelaki.. (",)... Opsttt Alisha takda dalam gambar.. time kami semua ambik gambar family, dia boleh pergi tidur pulak... maklumlah, bangun pukul 5 pagi tolong opah masak katakan... tu yang si kecik tu mengantuk sangat... hihii
Ni gambar mak & abah saya. ..
Ni pulak dah sah2 la gambar saya & my dear... hihii.. Opsttt muka my dear ditutup.. katanya dia pemalu... hahhahah... sebenarnya my dear tak suka gambar dia letak dekat blog, thats y muka dia kena tutup.. hihii
Yang ni pulak gambar adik lelaki saya bersama dengan isteri dia..
Ni adik saya yang bongsu.. belum kahwin lagi.. masih study.. tu yang dia takda geng nak bergambar berdua tu.. hehheh
Raya kami tahun ni meriah sebab semua adik beradik abah berkumpul dekat rumah arwah opah.. menu pun banyak.. parent saya sediakan nasi minyak + kurma kambing + ayam masak merah + acar + biskut raya... maklong saya pulak sediakan laksa + lemang + rendang + nasi impit + kuah kacang + biskut raya.. maksu saya pulak sediakan mee kari.. kiranya kami masak dekat rumah masing2 lepas tu bawak pergi dekat kampung opah.. (",)
Ohya, lemang tu my dear yang bakar tau tapi tu la, time bakar tu saya tak ikut pulak.. kalau tak boleh buat kenangan my dear bakar lemang... hehheheh... Ayam masak merah + acar tu pulak, hasil tangan alisha + opah dia... opah bangun pukul 5 pagi nak masak, alisha pun bangun jugak.. tidur dengan opah dialah katakan.. ibu & abah alisha, tengah sedap tidur lagi time tu... adehhh buat malu dengan alisha je.. hihii