Jangan percaya pada gambar.. (^_^)


Semalam saya dapat komen dari Sue dekat entry sebelum ni.. Sue tanya saya apa rahsia saya muka berseri2... Adehhh... buat malu saya je... takdanya nak berseri2 ni... anak pun dah nak masuk 2... hihii.. Emmmm maybe seri ibu mengandung kot yang sue maksudkan tu... 

Takda apa rahsia sebenarnya sebab saya pun bukannya jenis yang suka berahsia.. hahhahah... Emmmm rasanya semua orang ada seri masing2 (",) Tapi kan, saya nak story dekat sue pasal 2 perkara yang memang dah sebati dalam diri saya.. Tak tahulah ianya ada kaitan dengan 'seri' yang sue maksudkan or tak.. tapi takpalah sekadar nak berkongsi kan... hihii

Untuk pengetahuan sue or siapa2 lagi yang belum tahu, sejak dari tahun 2004 lagi saya TAK MINUM AIS.. kalau saya makan dekat luar pun, yang saya order adalah air yang berbentuk suam... tak kiralah air tomato suam ke.. fresh orange suam ke.. apa2 je la.. yang pasti bukan ais.. jika pelayan hantar minuman tersebut letak ais, saya akan bagitahu mereka suruh tukar kembali kepada yang suam... sekali pun time tu matahari terik atas kepala.. air berbentuk suam tu jugak yang saya order...

TAPI... saya akan minum ais dengan kata lain TERpaksa apabila pergi kenduri kawen ke.. pergi rumah orang ke... kadang tu habiskan air kaum kerabat... hahah...  tu pun saya akan pastikan dalam gelas saya hanya masuk air.. ais tidak akan memenuhi gelas saya tu.. tapi air dah sah2lah sejuk jugakkan.. sebab sebelum tu dah kena ais... tapi biasanya keadaan ni berlaku dalam setahun tu, boleh kira dengan jari je la..(",)

Saya start tak minum ais apabila saya terbaca satu artikel yang wartawan tanya AMY SEARCH apa petua dia nak kekal AWET MUDA.. dia jawab salah satunya tak minum ais.. so, saya yang memang berkeinginan nak jadi awet muda ni, apalagi.. sejak tu terus saya ikut petua amy search... hihii.. dah hampir 8 tahun meninggalkannya... (",) Tapi tak tahulah pulak kot u all tengok umur saya ni macam 39 tahun walhal umur saya 29 tahun... kalau nampak macam 39 tahun tu, nampaknya petua tu tak sesuailah dengan saya.. heheh (^_^)

Lagi satu, saya jenis seorang yang suka tersenyum.. walaupun gigi saya tak cantik.. bertindih2.. tapi saya tetap senyum nampak gigi... ahhahhahha.. sebab tu kalau u all perasan, semua gambar saya takda satu pun senyum yang tutup mulut.. saya tak reti nak senyum tutup mulut.. hihi.. Ohya, pada pendapat saya.. sebuah senyuman yang ikhlas dari hati, seri dia akan terpancar dekat wajah.. cewahhh... *uwekkk... ;p... 

Kadangkan u all, walaupun saya ada masalah.. tapi saya tetap gak senyum... malas nak layan perasaan yang saya rasa akan merosakkan mood saya... normally, kalau saya tak senyum disebabkan ada masalah, mesti tak sampai 24 jam.. lepas tu saya dah boleh senyum macam biasa.. (",)

P/s : Jangan percaya pada gambar sebab gambar kadang2 boleh memperdayakan mata kita... termasuklah gambar saya.. takdanya nak berseri bagai.. kulit pun hitam.. muka pun tak licin.. hehheh tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada.. (",)


{ 52 comments.. read them below or add one }

sal ya sal ya September 10, 2012
seri ibu mengandung la tu ina. tak minum ais ek? sekarang ni kalau kat rumah sendiri akak letak air tu dalam peti je bagi sejuk.
Gen2Merah Gen2Merah September 10, 2012
yelah kak Intan, saya memang setuju dengan Sue... muka akak memang nampak awet muda dan berseri2.... rupanya petuanya tidak minum ais yaa... (",)

nanti lah saya cuba2... hhehehe. mana lah tau wajah saya pun berseri2 macam alisya... ehehehe (",)
lynn kamarul lynn kamarul September 10, 2012
entri ttg petua jugak ni. hehe ina even kt sebaya awk nmpk lebih muda. hehe =) sy ni addict ais. nak try la jauhkan diri dr ais tp take time kot. effect minum ais ni sy selalu muntah2 dan semput. senyum tu mmg fav sy jgak. hihihi.. tension pun sy ley senyum
Lynn Lynn September 10, 2012
Salam Ina...

K.lynn pun samalah jugak macam ina..mesti nak senyum..org selalu tanya rahsia..tapi sebenarnya k.lynn ni sedar diri..kalau tak senyum..memang muka k.lyn masam ya Allah..so tak nak bagi org menyampah dan kata sombong..k.lyn akan cuba tersenyum..tapi kat ofis ni kawan2 selalu cakap..kalau k.lyn marah..memang jelas terserlah kat muka..wa...kalau boleh tak mau la org perasan k.lyn marah ke bermasalah ke..biar org sentiasa nampak kita berbahagia walau hakikatnya sedang terluka..hehe
Mira Adzlia Mira Adzlia September 10, 2012
sy sgt suke minum ais..klu air tu xsjuk, mmg lah xley nk minum...huhu
ieyra ieyra September 10, 2012
urmm . petua yg bagus . lepas nie kena lah cuba tinggalkan ais . sy pon nak berseri mcm akak jugak nnti :)
kakcik kakcik September 10, 2012
Tapiiiii... kakcik memang suka minum ais! :(
Zie Zie September 10, 2012
wah bagusnya ina.... tak minum ais...tapi tak tahanlah tak minum ais... memang ina nampak berseri2.. kat luar pun.. serius tau...
Kakzakie Kakzakie September 10, 2012
Kata org tua-tua kalau semakin cantik masa mengandung baby yg dikandung mungkin perempuan tapi jgn percaya sebab Intan memang dah cantik sedari belum mengandung lagi..
izan mama mia izan mama mia September 10, 2012
seri terbit dari dalam..aura tuu..hiih
syawalsimpsons syawalsimpsons September 10, 2012
ya betoi..kalo selaloo senyum tu la yang buat kiter berseri-seri ni
Riena Haiqal Riena Haiqal September 10, 2012
sama saya pun tak minum minuman yang berais.. kecuali dah terpaksa... (^_^)
Nurul Husna Mohd Hassan Nurul Husna Mohd Hassan September 10, 2012
saya suka ais, camne nak awet muda ni. hehe
pinky pinky September 10, 2012
ya ker??? petua tu ssh tau intan nak amal....hehehhe...
Mrs Velentine Mrs Velentine September 10, 2012
29 tahun muda lagi 2...hehe...tapi seri org mengandung ni mmg lain
Saya Disini Saya Disini September 10, 2012
sy plak..pntng tengok ais..nak aje..
fiza fiza September 10, 2012
Ok...lpas ni nek elakkan minum ais.
Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P September 10, 2012
ais kalau ikutkan memang tak elok kan, tapi kalau pekena masa panas2 lalu kat tekak, sejukkk je :)
Yana pun dah kurang2 kan minum ais ni
shidaR shidaR September 10, 2012
kak seri2 pembawak budak kan hehheee.. :)
MamaEma MamaEma September 10, 2012
senyum tak perlu kata apa-apa.. ada betulnya tak elok minum ais..tp akak ni jenis yg kuat minum ais..wajib kena kurangkan lepas ini
Wanieys Wanieys September 10, 2012
seri ibu mengandung tu...tp betul la muka kak ina nampak seri dan licin...kak ina pakai produk apa yer...wani pun sedang kawal dr minum ais tu pun sebab sakit tekak muahahaha
nur anis nur anis September 10, 2012
saya ni memang pantang kalau tak dapat ais..huhu
Nedi Arwandi Nedi Arwandi September 10, 2012
wajah yang selalu dihiasi senyum akan membuat sejuk suasana hati orang-orang disekitarnya,
kalau bakhil senyum tentu tak nyaman pandangi wajahnya, nampak yak sedap...he.he.he..
syiela syiela September 10, 2012
seri ibu mengandung sama tu hehheh

akak tak leh nak menahan la dari minum ais.. tetap nak juga :)
Rai Rai September 10, 2012
adess..ais memang susah nak tinggal.. tapi berazam gak.. lepas bersalin nanti nak pantang ais.. hehehe..
eza miza eza miza September 10, 2012
rahsia awet muda yang paling utama sekali sentiasa tersenyum.. hehhe.. itula penyeri wajah yang sebenarnya... thats make me soo cute... hahaha..eza sooo perasaaan..
Pn. Sheila@CC Pn. Sheila@CC September 10, 2012
wa bags la petua ni... akak nak try amalkan la... hehe... kasi awek muda skit...
:: Mrs.Eady :: :: Mrs.Eady :: September 10, 2012
org yang manis dan petua yang bagus nih! :)
shahdiana shahdiana September 10, 2012
minum ais memang tak baik untuk kesihtan....tapi bula dah panas berpeluh-peluh mulalah tak ingat pantang dah...huhuhuhu
ieda ieda September 10, 2012
selalunya seri ibu mengandung macam tuu lah ...

faktor x minum ais tuu sgt2 akk setuju sbb akk sampai skrg jarang2 sgt ais menyapa mulut nie ;)
Myra Jay Myra Jay September 10, 2012
Adeh, kalau myra tak tahan minum tanpa ais + tak sanggup..

Patutla body Ina mantain je, tapi betullah muka Ina nampak berseri je ;D
Masya Masya September 10, 2012
seri ibu mengandung lain sikitkan.... hihihihi...

suami sy suke minum ais tp sy heran org selalu dok cakap umur dia lg muda dr yg sebanrnya tau... cuma badan dia mmg berisilah hihihihi
Masya Masya September 10, 2012
seri ibu mengandung lain sikitkan.... hihihihi...

suami sy suke minum ais tp sy heran org selalu dok cakap umur dia lg muda dr yg sebanrnya tau... cuma badan dia mmg berisilah hihihihi
lizz lizz September 10, 2012
ooo itu petuanyer ek..saya ikut mood kekadang minum ais gak la tak tahan tgk kengkawan minum ais terliur terutama jus mesti nak minum ngan ais...
Sally Yatiey Sally Yatiey September 10, 2012
Tak suka Minum ais kecuali terpaksa. Hee :D
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda September 10, 2012
owh... br tau rahsia Ina, hehe...
alamak..sy nie dh la kaki minum ais.. aishe, kne tukr tabiat nie...
[sutera kasih] [sutera kasih] September 10, 2012
lepas ni nk try xnk num ais lg la..nk awet muda jgk hehe
Haryati Faizal Haryati Faizal September 10, 2012
ohhh...ni la petua awet muda ina, ermm...bagus gak...bley diamalkan...
ShimaSalleh ShimaSalleh September 10, 2012
memang tak elok pun minum air ais2 nih... sedap lagi air masak biasa tuh.. kdg2 tu minum la juga bak kata ina boleh dibilang dgn jari tgn sebelah je hihihi....
Shima dah ikut suami shima tak minum ais langsung sejak berkwn dgn dia :)
Gigi shima pun lapis2 jugak hihihi
Che Rosliza Che mat Che Rosliza Che mat September 10, 2012
Sokong gan izan...Amalkan minum air masak...Seri datang dari hati nurani yg ikhlas...hihihi
fieda fieda September 10, 2012
hihi..mmg berseri seri pun...kak fieda pun cuba gak kawal minum ais ni tp kalau mkn kat luar mmg tak terkawal..huhu..kat umah ni ok la..
azizah :) azizah :) September 10, 2012
seri ibu mengandung tu kak... :)

adoi..kena kurangkan ais la cam gini..hehehe
Deq's Qienz Deq's Qienz September 10, 2012
ok la tuh ina seri ibu mengandung..hikhik..
eita eita September 10, 2012
seri ibu mengandung...
eita eita September 10, 2012
seri ibu mengandung...
9n0L4 9n0L4 September 10, 2012
minum ais pun mudah gemuk. tapi atas idividu jugak. lain org lain metabolisme badan kan. ;)
Nora Karim Nora Karim September 11, 2012
hehehe nak cilok la petua ina ni :P
QasehnyaRania QasehnyaRania September 11, 2012
ya setuju dgn petua amy searchn ina tak minum ais.rumah su xda ais sbb kami laki binik tak minum ais..
minum yg panas or suam je..hehe
kalau nk minum yg sejuk juga, su bancuh siap2 n simpan dalam peti sejuk b4 minum..'',

tp mak penah tegur, mak kata minum ke tak minum buat simpan je.mana tau tetamu dtg nk minum...cmno?
buat la juga..

done click'',
izz iizza izz iizza September 11, 2012
banyak persamaan juga la kita ni..sy pun jarang minum ais..sejak bersalinkan anak pertama lagi...senyum dh tentu sy akan senyum ngan sesapa yg sy jumpa..dan dah tentu la kena ikhlas kan..

dan sy juga jarang menunjukkan yg sy dalam bermasalah didepan orang..tapi selalu jer duk luah kat blog..hihi
Puan Kutu Puan Kutu September 12, 2012
untunglah org kata berseri2,ucap terima kasih sudah!haha

sy tak minum ais pun tak berseri.camno?haha
suhaina laui. suhaina laui. September 12, 2012
pantang ais...dalam pantang je ina.... tupon xsampai 100 hari sue pantang....hihihi....skrg dh kurang skit dgn ais2 cuma air yg sejuk dlm peti tu je blum lagik...hihihi....myhubby pon ais xbley di pisahkan....my mil slalu bising la kalo kami minum ais...nk2 bulan puasa hari ti....nt sakit urat kata nye n badan cepat lemah ;)..