Saya tak tahu nak ucapkan terima kasih dekat siapa.. nama pun takda nak bagitahu.. link pun tak bagi.. so, saya tak boleh nak balas kembali jasa baik awak yang sudi singgah + baca entry di blog saya... (",)
Saya nak tanya awak.. tulisan di blog saya ni ada mengata awak ke yer?.. ada menyinggung hati awak ke yer?.. 10 jari saya susun mintak maaf jika saya dah lakukan kesilapan tanpa saya sedari.. Saya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan...
Saya berblog untuk catatkan aktiviti anak saya.. aktiviti saya.. apa yang saya tahu saya nak kongsi dengan semua... Rasanya semua yang tertulis dekat blog ni adalah cerita saya.. takda pulak cerita orang lain.. tapi tak tahulah jika tanpa sedarkan... Emmm rasanya dalam blog saya ni, tak pernah pulak saya mengata orang... Apa2 pun saya mintak maaf sangat2.. saya manusia kerdil.. jika awak sudi, boleh je jadi kawan saya... saya lagi2lah sudi jadi kawan awak... (",)
P/s : Entry khas untuk TANPA NAMA & sewaktu dengannya....