Actually ketika saya balik cuti beraya di Chemor lagi saya dah beli BABY TRAINER TOILET SEAT ni.. Beli dekat Giant.. murah je RM9.90 je pun.. (",) Punca saya beli sebabnya Alisha dah mula pandai bagitahu saya yang dia nak buang air besar... tapi cara dia bagitahu, dia akan selak baju tunjuk seluar sambil cakap "wekkk wekkk"... hahahha...
Yang paling syok.. bila saya bawak dia letak dalam tandas.. dia bukannya nak buang hajat dia tu, tapi boleh pulak dia duk tersengih2 sambil goyangkan kaki dia yang tergantung tu... hahhahahha... Gigit baru tau budak nih!!... hihii.. Saya ni berialah buat muka orang meneran tapi dia gelak... ahhahhahah... Last2 hajat dia tu, dia tak buang dalam tandas pun tapi buang dalam pampers jugak.. adehhh... lawak tengok muka ibu dia kot... muahhahahhahha
Semalam punya cerita, Alisha ni normally kalau dia nak buang air besar, dia mesti akan ambik tuala siap2.. so, semalam dia ambik lah tuala bagi saya.. saya tanyalah.. "Alisha dah berak ke".. saya cek2 takda apa2 pun.. ok je... Tapi Alisha ni cakap "Kencing".. sambil dia kepit bawah dia tu guna tangan... siap sampai macam "terketar2" akibat menahan kencing... hahahhahahha... bila dah macam tu, dia boleh pulak pergi tarik tangan saya, suruh kepitkan bawah dia tu... hehheh... adehhhhh..
Saya si ibu yang agak malas pada masa tu, bagitahu Alisha suruh kencing je dalam pampers, lagipun pampers memang dah basah..(",).. Sekali, bukan setakat air kencing yang dia keluarkan, siap dengan najis dia lagi... ahhahahah.. patutlah anak saya ni beria bagitahu.. rupanya 2 in 1... hihiii
P/s : Terima kasih buat Anna sebab buat entry khas untuk akak... sungguh terharu... (",)