Hari tu saya dah buat entry pasal kad raya kan.. tapi yang tu diterima sebelum raya.. hari ni saya nak update kad raya raya yang saya terima selepas saya balik dari beraya di kampung... (",) Terima kasih tau u all... saya hargainya sangat2... tahun depan insyaAllah jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki pasti saya akan bagi jugak kad raya... (",)
Yang warna pink tu kad raya dari ECA.. handmade tau.. jeles betoi dengan orang yang tangan dia berseni ni... saya ni, takdanya nak berseni2.. tulisan pun buruk mengalahkan budak darjah 1... heheh..Yang lagi satu tu, kad raya dari Yana... siap bagi duit raya untuk Alisha lagi.. alahaiiii segan saya.. ramai jugak blogger yang bagi duit raya untuk alisha... apa2 pun saya ucapkan terima kasih tau... (",)
Kad raya yang warna hitam + kuning ni pulak, dari adik ain.. ain pun bagi duit raya jugak dekat alisha... ain ni student lagi.. katanya ain ada untung jual tudung.. tu yang dia bagi dekat alisha duit raya... Ohya, nak bagi backlink dekat ain pun tak boleh sebab link blog ain private... kami contact pun melalui emel.. apa2 pun, akak doakan ain berjaya dalam pelajaran... (",)
Yang sebelah kad raya ain tu.. kad raya dari dylla.. handmade jugak ni... pandai dylla lukis gambar ketupat tu yer... saya takdanya nak jadi cantik camtu.. mesti nampak keras je macam guna pembaris... hihii..
Saya ucapkan terima kasih tau pada semua yang bagi kad raya untuk saya.. InsyaAllah tahun depan saya bagi dekat u all pulak... (",) Ohya, tak lupa jugak pada LYA sebab bagi duit raya jugak dekat Alisha tau... murah rezeki alisha... setakat ni duit raya alisha adalah lebih kurang RM300 lebih secoet... dah selamat masuk tabung haji... (",)