Pergaduhan adik-beradik


U all ingat tak sebelum ni saya pernah tunjuk gambar Alisha kene gigit dengan Aqilah berhampiran mulut... Kalau lupa, KLIK SINI... Lepas kejadian tu, ada jugak si Alisha ni gigit pipi Aqilah tau u all.. tapi saya lupa nak letak kat blog.. punca kene gigit tu pun saya dah lupa... Tapi saya nak jugak tempek gambar Aqilah kene gigit ni haa... bukan apa, nanti bila dah besar, biar sama2 tahu yang masing2 pernah gigit antara satu sama lain... kejadian ni berlaku awal tahun hari tu rasanya... Ohya, yang dalam gambar tu, Aqilah menangis bukan sebab kene gigit tau tapi sebab dia nak main, saya plak duk sibuk2 nak ambik gambar dia...

Inilah anak2 saya u all... time baik, jangan cakap... baik sungguh2... time gaduh, pening jugaklah kepala ni haa duk dengar mana sorang menangis... Si adik tu kalau gaduh kasar sikit... si kakak plak, bila si adik dah kasar, dia pun mulalah nak kasar jugak... tapi kadang2 je la... sebab Alisha ni dia jenis manja sikit... kadang bukan nak balas balik tapi dia boleh pulak menangis.. Tapi oklah kan sorang lembut sorang kasar dari 2 2 kasar, lagi haru dibuatnya... pakat tak mau mengalah lagi saya susah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 14 comments.. read them below or add one }

 Aisy Nasiha Aisy Nasiha June 05, 2014
Alahai.. samalah kat rumah ni pun. Dua2 ada masanya baik sangat tapi ada masa lain pula saling nak gaduh. Mujur jenis budak berdua ni mudah berdamai. Anggap je adik beradik mesra macam itu.
Maria Firdz Maria Firdz June 05, 2014
wah.. truk juga tu.. ank sy masih bby lagi si adik tu.. tak tahu la klau dh besar gane gaya nye
inazamri inazamri June 05, 2014
ada stamp lak kt pipi.mesti makan hari gak tu nk ilang bekas gigitan.sama la mcm anak2 akak kalau tgh baik bukan main lg dorg tp bila gaduh tu..pening akak.padahal dah besar2.tghari td balik rumah ingat nk buat kari ayam tp bila dorg gaduh bertekak bingit telinga..sudahnya akak goreng ikan pekasam je kt dorg heheh
Izwa Kamaruddin Izwa Kamaruddin June 05, 2014
hehehee..kdg-kdg ini yg buat kiter tersenyum kan :)
Mummydearie Mummydearie June 05, 2014
Anak saya dua-dua lelaki. Beza 5 tahun. Kalau bergaduh, hiruk pikuk rumah. Abang kerap mengalah, Adik jangan haraplah!
mila mila June 05, 2014
alahai berbekas tu....kesiannya.. bab gigit2 ni lah risau ni...tambah2 kalo anak org gigit anak kite atau anak kite gigit anak org..adoii..mintak2 anak sy buakn jenis mcm tu..stakat ni lom ada lagi kne gigit
aziazib aziazib June 05, 2014
sama je ngan akem dan pia. time baik maknya pn dia nak kenakan time gaduh tak ingat apa...
Akupenghibur.com Akupenghibur.com June 05, 2014
biasalah tu ,memang masa kecil2 bergaduh itu biase.. dulu acik dengan abang siap bertumbuk-tumbuk lagi
tifaanvar tifaanvar June 05, 2014
hihihi.. Ragam ank2 yg x habis2
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 05, 2014
Salam K.Ina..

huhu..anak2 dan gegetan tak dapat dipisahkan.. kalo cma, si faiz tu yg kuat mengigit.. habis berdarah tapak tangan kakak seri.. huhuhu
PetakBunga PetakBunga June 06, 2014
ank dara ni... gaduh main gigit ek..
QasehnyaRania QasehnyaRania June 06, 2014
hihi.adat le fu kan.baru meriah rumah tu :)
Mimie Mimie June 07, 2014
Samalah ngan aina auni kak ina...time baik baik sgt time gado adoiii...slalu auni memg kasar sme mcm aqilah....bile adik dh kasar kakak pun smala kan
Unknown Unknown June 08, 2014
hehehe macam2 yer kerenah anak.. ada masa suka.. ada masa gadoo