Aqilah pun berminat untuk belajar macam kakak


Alhamdulillah, di usia 3 tahun ++ ni Alisha dah mula mengenal ABC walaupun bukan sepenuhnya lagi.. Semalam ketika saya temankan Alisha "study", si Aqilah ni sibuklah ambik jugak FLASHCARD yang tertulis huruf A sampai Z... saya pun ajarlah Aqilah, saya sebut A dia sebut A.. Saya sebut B dia sebut B camtulah seterusnya... Saya tak sangka yang Aqilah mampu sebut huruf2 tu... maksud saya ada bunyi sebutan huruf yang dia sebut tu... kiranya takdalah saya dengar dia cakap bahasa baby time saya ajar dia sebut huruf2 tu kan...

Yang buat saya lagi terkejut tu kadang2 sebagai contoh saya ajar Alisha ABC... saya sebut B so, Alisha akan sebut B la jugak kan... bukan setakat Alisha yang sebut tau u all, tapi siap dengan Aqilah pun sebut sama B... mesti anak2 u all pun sama macam Aqilah kan... Ni lah antara punca orang kata anak2 nombor 2 akan cepat pandai dari anak nombor 1.. Rasa nak penyet2 jadi lumat je Aqilah ni tau... kecik2 dah tunjuk minat belajar.. hihii.. Eh, nak tanya u all, kalau anak2 lelaki camna yer?.. Mereka sama macam anak2 perempuan jugak ke minat belajar camni? Ke minat belajar antara anak2 lelaki or perempuan ni bergantung pada asuhan parent? ke memang dah semulajadi seseorang tu rajin or tak belajar?...  Saja tanya sebab takda pengalaman dengan anak lelaki lagi tapi doa2kan saya moga anak dalam kandungan saya ni lelaki yer... (^_^)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 13 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown June 19, 2014
Anak perempuan mmg suka belajar...anak lelaki agak mencabar sikit..diaorg byk main..lagi2 kereta..lori...bas...tp time ajar kakak tu kita boleh ajak dia duduk sekali...bg dia denga jgk...walaupon smbl main dia akan ikut...ataupon bukak lagu abc utk dia...anak2 lelaki sy byk kenal abc dan alif ba ta dari lagu...hihi...
Unknown Unknown June 19, 2014
alhamdulillah.... pandainya alisha dan aqilah
syawalsimpsons syawalsimpsons June 19, 2014
mungkin pada asuhan...tgk pada izz..ada minat jugak, sebab abg dier suke nak menulis depan dier..tp berebut la..kikikiki...tp so far izz pandai sebut star je...huruf belom pandai lagi...sue rasa kalo anak2 laki ni agak lambat sikit minat dorang pada pembelajaran...lebey pada praktikal...tp kalo kiter dari kecik mengasah, tak salahkan..sebab org selaloo kata anak pompuan, lagi laju dari anak lelaki kan...once satu tahap anak laki akan cepat matured dari anak pompuan kan...
ayuzan ayuzan June 19, 2014
mak ayu kata. dak laki dia belajar masa main. banyak main sikit hehe..
lynndamya lynndamya June 19, 2014
Haa..haha adik sy rajin belajar sbb kakak dia ni haa yg ajarkan..buat homework sama2 lah gitu..dan masa tu, mak kena temankan..bagi semangat konon2 nya..haha :p kena ajar happy2...baru minat kot?
Unknown Unknown June 19, 2014
http://www.youtube.com/watch?v=kd7C9IVlr3U cuba buka youtube darwish darwisha .. belajar alif ba taa ..masa kecil lagi..mana tahu cept belajar huruf abc dn lain..semoga bermanfaat.
tifaanvar tifaanvar June 19, 2014
mnt belajar ni ade faktor mnt ank tu sndiri dan usaha parents yg ngajar. Tapi bg saya ank prmpn ni mmng lebih mnt nk belajar
shahdiana shahdiana June 20, 2014
PASAL MENGAJAR ANAK BILA DAH START SEKOLAH NI PENGALAMAN YANA BERLAMBAK INA TAPI TULA TAKDE MASA NAK CERITAKAN SEMUA..NANTI YANA ADA MASA YANA BUAT ENTRY SIKIT2 YE..AT LEAST DAPATLAH INA PENGALAMAN KAN...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 20, 2014
salam k .ina..
pengalaman cma sendiri, mmg ada beza laki dan pempuan,, seri minat belajar dia tinggi..kalau faiz kurang..die lebih kepada main..
tp tak pastilah..lain2 pengalaman kan..
Mimie Mimie June 22, 2014
hahhh xdapek nak nolong sbb sy xde ank laki
Unknown Unknown June 22, 2014
nak tau jugak anak lelaki macamner..hihihi
Maria Firdz Maria Firdz June 25, 2014
Hehe... Kes sama... Tak tahu la minat cmne.. Tapi kalau tgk anak2 sdra bergntung kpd ibu bapa juga la...
Syamimi Saad Syamimi Saad July 06, 2014
Mcm mak sy jga ank orng. Lelaki. Umur thun ni dh 4thun. Maknya ckgu. Tp bila kita suh dia belajar dia xnk. Asik dgn upin ipin, boboiboy je..