"Aiskrim" buatan Alisha

Alisha... seorang anak solehah yang saya perasan sekarang ni dia menjadi seorang yang kreatif... dia selalu menzahirkan apa yang bermain di minda dia tu...


Macam baru ni haaa... pandai pulak dia create sikat rambut + sapu tangan pastu dijadikan "aiskrim"... Time tu dia main dalam bilik sorang2.. bila saya masuk bilik, Alisha terus cakap dekat saya.. "Ibu, tengok ni ibu... kakak buat aiskrim".. Haaa terkejut saya, kreatifnya Alisha ni... ada je idea dia... Saya sendiri tak pernah terpikir benda2 camni, sebab saya memang bukan seorang yang kreatif...!! 


Lepas dah tunjuk dekat saya tu kan, dia buat2lah makan "aiskrim" tu tau... Eh, jap, sebelum dia makan, lepas dia tunjuk dekat saya tu, dia ambik "aiskrim" dia tu simpan dalam almari coklat bersebelahan dengan dia tu... konon2nya macam peti ais la kan... bila dah keras, baru Alisha keluarkan & makan... Apa yang perlu saya buat untuk Alisha boleh terus tingkatkan kreativiti dia tu?.. Alisha minat melukis, saya plak tak reti nak melukis... Alisha cuba nak jadi anak yang kreatif, saya plak yang tak kreatif... adehhh... Saya nak bagi galakan tapi apa cara dia? apa yang saya boleh bantu Alisha ni ek?..

Alisha ada mintak mainan PLAYDOH tau u all... Playdoh kan ada sekali dengan acuan dia... Mula2 saya ingat nak beli yang macam ala2 playdoh.. pastu my dear cakap, alang2 nak beli, beli yang brand PLAYDOH terus.. so, saya pikir akhir bulan ni or awal bulan depan bolehlah beli kan PLAYDOH untuk Alisha.. InsyaAllah.. harap2 dengan playdoh tu dia dapat kembangkan kreativiti dia tu lagi..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 14 comments.. read them below or add one }

Saya Disini Saya Disini June 19, 2014
la ingtkn buat aiscream sendiri td
Masya Masya June 19, 2014
alisha ni mmg pandai bdknya, terlbh kreatif...
ayuzan ayuzan June 19, 2014
dari kecil kena gilap bakat tu kak. macam adik ayu, dia masa sekoah rendah dah boleh tiru lukisan pemandangan arwah abah. abah ayu memang pelukis. tp dia lukis guna oil paint. adik ayu follow lukisan tp pakai pensil warna.
shahdiana shahdiana June 19, 2014
budak-budak bila otak tengah berkembang tu ina memanglah...macam2 perkara yang kita tak expect dia akan buat....

beli playdoh betul lagi baik..takda toksin kan..lebih selamat untuk anak2..

mana tau rupa rupanya aqilah pun kreatif jugak nnati...
Unknown Unknown June 19, 2014
kreatifnye...main sorang2 pun jadi
syawalsimpsons syawalsimpsons June 19, 2014
kuat imaginasi alisha kan
lynndamya lynndamya June 19, 2014
Salam, haaa memang creative ! bestnya ! rindu nak jadi mase kecik semula, main lukis2 dgn abah..haha

playdoh pun okay kak, mmg menjana kreativiti ! chewahh :D bestnya beli yg brand Playdoh tu...mahal dan best !! bgus Alisha, sy sokong ! haha :D
tifaanvar tifaanvar June 19, 2014
cuba belikan puzzle utk bdk 2org tu. Puzzle blh meningktkan daya menyelesaikan masalah dngn bjk
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 20, 2014
salam k.ina..

hihi.. mmg kreatif la alisha ni..
alhamdulillah.. boleh jer beli playdoh ataupun pasir magnetik tu..
Mimie Mimie June 22, 2014
baru nak cadangkan kak ina beli playdoh..ok tuh kak ina...memg elok sgt bg dia main playdoh..bleh kembangkan kreativiti alisha
Unknown Unknown June 22, 2014
mesti alisha ni punya imaginasi yang kuat ni.. dia boleh pikir jauh.. kreatif n inovatif alisha ni
Maria Firdz Maria Firdz June 25, 2014
Wah.. Kreatif...kalau anksy masukkan bongkah kayu dlm stokin.. Hehe
Syamimi Saad Syamimi Saad July 06, 2014
Kuat berimaginasi. Mknanya dia seorang yng bijak.. Insyaallah.. Kak klau dia suka melukis, belikan buku lukisan tuk dia..