Ladang TEH BOH Sungei Palas, Cameron Highlands


Kalau u all dari TANAH RATA nak ke LADANG TEH BOH SUNGEI PALAS ni, senang je... Bila u all ternampak je sebelah kiri u all tu PAPAN TANDA TAMAN LEBAH yang besar macam gambar atas ni, u all terus je belok kanan tau.. Kalau tak perasan, boleh terlajak ke depan gak ni... 


Dari Simpang tu jugak, perjalanan sejauh 3.5km baru u all akan sampai ke ladang teh boh ni... U all tahu tak, serius kecut perut lalu jalan nak ke teh boh ni... jalan hanya muat untuk satu kereta pastu dengan takda penghadangnya... alahaiiii risau je saya tengok curam2 kat tepi jalan tu haaa... nak kene main hon, sebab takut tak perasan ada kereta lain dekat depan..


Nampak tak bangunan yang dekat depan tu haa... Tu kira macam tempat yang kita boleh tengok dorang proses teh la... tapi time kami sampai tu kilang ni dah tutup.. bukak dari pukul 9 pagi hingga 4:30 petang..



Tau tak, time kami pergi sana, hujan selebat2nya tau u all... Lama jugaklah kami tunggu dekat parking nak tunggu hujan reda sikit... Bila dah reda sikit @ renyai2, kami terus redah dari parking sampai ke Cafe Teh Boh Centre tu... lebih kurang 200meter la jugak nak sampai ke destinasi.. Penat mak buyung ni dukung Aqilah.. tapi gagahkan diri jugak.. semangat berkobar2 la katakan.. hihii




Disebabkan hujan, semua pakat duk berehat sambil makan2 dekat cafe..







Suka sangat tengok pemandangan TEH BOH ni.. Cantik sungguh..!! Lebih2 lagi pemandangan selepas hujan... dengan berkabusnya... dah rasa macam kat obersea... hihii.. Ohya, disebabkan cuaca yang tak elok tu jugak, tak dapatlah kami nak bergambar dengan pokok teh tu haaa... nak jugak bagi Alisha & Aqilah pegang pokok teh tu kan.. bagi mereka kenal daun teh... tapi takpala, panjang umur murah rezeki, lenkali boleh pergi lagi.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 12 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown June 10, 2014
lama dah akak tak pergi CH ni... last pergi masa umur sumaiyyah 4 tahun sekarang dah 10 tahun...
ecah khalili ecah khalili June 10, 2014
tapi cameron dah tak sesejuk dulu..dulu masa kecik2 menggigil kalau pakai baju tebal pon..sekarang pakai baju lengan pndek pon still boleh bertahan lagi..maybe sebab banyak pokok dah kene tebang kot..dulu tiap2 minggu pergi cameron sbb dekat dengan rumah..skrang dah jarang..
QasehnyaRania QasehnyaRania June 10, 2014
best kan tapi tu la kecut perut bila nk sampai ke destinasinya.. tp comfirm pegi lagi..
saya ada la juga 2,3 keping gmbo kt sana.sbb time pi panas terik.. tu pon gigih juga nak bergambar.hahahah
inazamri inazamri June 10, 2014
akak kalau pi CH..tempat BOH ni selalu tak pi sbb tak penah nampak belah mana.Biasanya pi ladang teh yg satu lagi tu
lynndamya lynndamya June 10, 2014
Salam...ya Allah cantik betul kan ladang teh ni...haihhh kalau lah sy dapat duk sana, kerja ladang teh pun sanggup sbb segar betul kalau kat sana..sihat sejahtera gitu~ hehe
syawalsimpsons syawalsimpsons June 10, 2014
sesekali kan terasa macam obersea ok gak..kikikiki
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 10, 2014
Salam K.Ina..

huhu..time cma pegi dulu tak sempat dtg sini sbb dah tutup..
suka tgk suasana menghijau tu walaupun tgk dari jauh mcm tompok2 hijau.. hihi..lepas hujan mesti lagi sejukkk kan... ^^
Unknown Unknown June 11, 2014
jijah balik ke semenanjung nnti.. jijah nak g cameron n langkawi.. bestnya view..cantik!
Maria Firdz Maria Firdz June 12, 2014
Hijaunya pemandangan...