Agar-agar sirap bersantan yang sedap & menyejukkan tekak

Rasa macam dah lama saya tak buat agar2.. Dengan cuaca yang panas sekarang ni, mulalah tekak duk membayangkan betapa sedapnya kalau agar2 yang sejuk2 dari peti ais tu lalu dekat tekak ni haaa... terasa macam air terjun jatuh... wah gituuu... muahhahah


So, pagi semalam saya terus masak AGAR-AGAR SIRAP BERSANTAN.. Nanti tengahari dah boleh makan... Nak buat dia tersangatlah senang.. macam biasa, saya kan suka yang simple2 yang susah ni pikir 10 kali pun belum tentu saya nak buat... Agar2 bersantan ni, semua orang boleh buat cuma nak tahu menjadi or tak, tengok samada ia menjadi 2 lapisan or tak... itu je...


CARA2 : SATU PAKET SERBUK AGAR2 + GULA (ikut kemanisan yang u all nak) + AIR (kalau ikut sukatan di bungkusan letak 1 liter tapi saya letak 6 + 1/2 mug tapi kejadian dia tetap jugak ok.. tak keras tak lembut) = KACAU SAMPAI LARUT... SEBIJIK TELUR + SEKOTAK SANTAN @ 250ML + SIRAP ROSE + GARAM = KACAU SEBATI... BILA GULA & SERBUK AGAR2 TADI DAH LARUT, TERUS MASUKKAN BAHAN2 YANG DIKACAU SEBATI TU + DAUN PANDAN YANG U ALL DAH SIMPUL KE DALAM PERIUK DENGAN API YANG PERLAHAN.. MASAK SAMPAI MENGGELEGAK... BILA DAH MENGGELEGAK, U ALL KUATKAN API & KACAU LEBIH KURANG 3 4 MINIT.. TUJUAN KACAU TU SUPAYA ADUNAN KITA TU TAK MELIMPAH KELUAR PERIUK... LEPAS DAH SIAP KACAU, TERUS MASUKKAN ADUNAN KE DALAM BEKAS ACUAN YANG U ALL NAK... SIAP..!!!

PESANAN @ TIPS

TULISAN DI BAHAGIAN CARA2 BUAT YANG SAYA HIGHLIGHT DENGAN WARNA UNGU ITU ADALAH TIPS UNTUK U ALL DAPATKAN AGAR2 SANTAN NI MENJADI 2 LAPISAN...!!


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 14 comments.. read them below or add one }

PERMATABIRU PERMATABIRU June 16, 2014
sy selalu terpikir mcm mn nak dapatkan 2 lapisan tu
Fariz Fariz June 16, 2014
wow, bestnya nampak,..Sementelah dah nak bulan puasa ni, elok cuba!!
SeputihSalju SeputihSalju June 16, 2014
sedap tu k.ina.. mkn taim cuaca pns nih.. fuhh nikmatnya..hehehe. sy tak pnh wat lg agar2 bersantan.. selalu buat yg agar2 biasa tu je.. nnti boleh cuba resepi nih pulak..
Unknown Unknown June 17, 2014
ahhhh sedapnyaa... terliur kak!
Fiza Rahman Fiza Rahman June 17, 2014
Sedapnya. Feveret saya ni intan. Tak pernah lagi pakai sirap. Selalu buat pakai pakai santan biasa & daun pandan. Ni yg rasa nak buat nih.
tifaanvar tifaanvar June 17, 2014
saya pn sll buat cara ni. Tunggu puasa lah nk buat agar2
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 18, 2014
salam k.ina..
oo..cma ingatkan kena buat bahan tu asing2.. rupanye sekali harung je.. bleh try ni..thanks share resepi ^^
shahdiana shahdiana June 18, 2014
sangat menarik..dengan kalernya pun menarik...ina ni rajin betoi...yana ni malas la ina...bukan malas apa..cepat penat...hahahah...kena minum epyhra ni...
Mimie Mimie June 19, 2014
oooo mcm tuh cara nak dptkn dua lapisan..bru tau
Maria Firdz Maria Firdz June 25, 2014
Slruppp sdp mkn time pns kn..
Syamimi Saad Syamimi Saad July 07, 2014
Sy teringin nk buat yng bersantan mcm ni. Tp mmng kna letak telur eh kak?..