Lukisan pertama Alisha

Semalam ketika saya tengah duk melipat baju dalam bilik, tiba2 Alisha dari depan TV tu berlari ke arah saya sambil jerit "Ibu, tengok ni ibu... kakak lukis"..


Suara Alisha memang nampak yang dia sangat gembira tau... dah gaya macam exam dapat semua A... hahaa.. Dia datang tunjuk lukisan dia tu dekat saya... Time tu, serius saya tak dapat tangkap apa yang Alisha lukis tapi saya tetap cakap "Wah cantiknya... pandai kakak lukis"... Bila saya dah cakap camtu, tiba2 Alisha cakap "Ni hidung ada 1"... What?? Hidung??... Thats mean Alisha lukis muka orang kan... so, saya terus ambik white board tersebut & tengok gambar tu secara sengetkan whiteboard tersebut..


Bila saya sengetkan whiteboard tu... Ya Allah memang betoi la u all... adalah jugak iras2 wajah muka... Terus saya ambik gambar lukisan tu... Teruja hokay..!! Maunya tak... first time tau Alisha excited camni & first time jugak Alisha lukis camni... Tak kisahlah walaupun tak cantik tapi ia dah buat saya rasa seronok... sekurang2nya ada jugak bentuk muka tu kan u all...


Alisha siap explain dekat saya mana mata (mata tu ingatkan anak rambut... tapi takpa, pikir positif, rambut panjang sangat so, mata tertutup... hahah ) mana hidung mana rambut mana mulut (mulut tu siap smile lagi) mana telinga... Ya Allah... terkejut tau... tak sangka anak saya ni mempunyai imaginasi camni & lukis imaginasi tersebut dekat whiteboard dia tu... Yela, selama ni saya hanya anggap anak saya ni hanya pandai conteng je... tak reti nak lukis2 bagai ni.... tapi lukisan ni membuktikan yang sebaliknya... sungguh tak sangka di usia 3 tahun lebih ni alisha mampu berpikir muka orang & lukis dekat whiteboard.... 

video

Ini video Alisha explain dekat saya pasal lukisan dia tu.. Ni yang buat rasa tak sabar nak hantar Alisha sekolah ni... mesti dekat sekolah lagi banyak yang dia belajar... Pasal lukisan ni, saya pun tak tahu dari mana dia belajar sebab saya memang tak reti melukis malah tak pernah pun lukis dekat Alisha... Petang semalam saya siap nampak Alisha gayakan seolah2 seorang pelukis tu... Alaa yang stail pelukis guna water colour tu haa... Ada minat melukis agaknya Alisha ni.. tapi yang pasti bukan ikut saya.. ikut abah dia kot... eh, tapi kalau sebelah saya, parent saya memang pandai lukis, lebih2 lagi abah... siap boleh lukis potret wajah kita lagi....


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 14 comments.. read them below or add one }

cheekychubbycutegirl cheekychubbycutegirl June 13, 2014
comey je dia lukis..tersenyum sorang2 sy baca entry ni..hehe
tifaanvar tifaanvar June 13, 2014
chaiyook!! Bagi galakkan utk dia melukis.
lynn kamarul lynn kamarul June 13, 2014
takpe ina take it slow. lama2 mesti lagi cantik hasil lukisan alisha... hehe semangat kan tgk anak buat sesuatu yg dibanggakan
Ema Johari Ema Johari June 13, 2014
kakak pandai.... baru dengar suara ina...
Nurul Faiz Nurul Faiz June 13, 2014
hihi. comel je lukisan Alisha. biasanya budak2 akan lukis mengikut imaginasinya sendiri. setiap apa yang dilukis mempunyai maknanya yg tersendiri.

p/s : kalau hadiah sampai nanti sy inform ye. terima kasih tau :)
SeputihSalju SeputihSalju June 13, 2014
kalu tengok secara senget mcm gmbar 1st tu dah nmpk mcm lukisan bentuk muka.. pandai lah alisha lukis.. :-)


Maria Firdz Maria Firdz June 13, 2014
Good job alisha... Bgus imiginasinya..
Mimi Azirah Mimi Azirah June 13, 2014
Wah lukisan pertama alisha...boleh je kak.ina asalkan ada rupa kan
Narumi Leo Narumi Leo June 13, 2014
hahaha kelakar and comel je baca entry pasal Alisha ni. Ya Allah dah besar dah anak akk. nampak sangat saya dah lama tak tengok blog. Anyway good job buat Alisha saya bagi 1 LIKE XD
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ June 13, 2014
Salam K.Ina...
hihi..comel je alisha explain satu persatu.. rase nk cubit2 jer pipi dia.. hihi..
tahniah alisha.. mmg dah ade rupa muka tu.. ^^
azizah :) azizah :) June 14, 2014
dengan umur alisha ni pandai melukis.. mmg hebat.. asal nampak rupa sikit boleh da tu
lynndamya lynndamya June 16, 2014
Salam..haaa ini mmg akan buat semua ibu happy kot...lukisan pertama anak dia..haha nice2..mmg ade rupa orang tu..nanti boleh sediakan alat melukis dan mewarna utk dia..bg berkembang bakatnya, dan tau apa yg dia fikir dan rasa...sy suka lukisan kanak2, sbb lukisan diorg ikhlas, tntg apa yg dia rasa..hehe :) nice Alisha~
Fiza Rahman Fiza Rahman June 17, 2014
Bila sel2 sedang berhubung ☺