Cara saya CERAI SUSU BADAN Aqilah


Perceraian susu badan dengan Aqilah bagi saya sedikit mencabar berbanding Alisha... Mencabar tu bukan apa tapi disebabkan diri saya sendiri yang tak kuat..!! Bagi saya kalau kita nak cerai susu badan dengan anak, kita sebagai ibu ni harus buat persediaan mental... Yela, HATI KENA KERING...!! Sebab ketika proses perceraian susu badan ni, macam2 ragam anak yang akan kita lalui... menguji kesabaran kita.. bila hati kita kering, InsyaAllah senang untuk berjaya tapi bila hati kita lembut, itu yang susah... macam kes saya & Aqilah ni haaa... 2 BULAN BARU BERJAYA CERAI SUSU BADAN SEPENUHNYA... Ianya mengambil masa yang lama disebabkan oleh saya sendiri yang tak tegas @ tak sampai hati...

Percayalah sesungguhnya saat nak bercerai susu badan dengan anak adalah saat yang teramat susah untuk dilalui... Ketika nak cerai susu badan dengan Alisha dulu pun saya menangis, dengan Aqilah kali ni pun, saya tetap jugak menangis.... Ya Allah... sungguh tak sanggup rasanya bila lihat anak kita menangis nak kan susu badan kita... hakikatnya mereka bukan dapat minum susu sangat pun walau hisap tapi mereka lebih kepada nak mengombeng... Ketika Alisha dulu, proses perceraian susu badan, saya hanya ambik masa tak sampai 2 minggu pun, terus berjaya... berbanding Aqilah 2 bulan baru berjaya... Walaupun macam tu, proses selepas perceraian susu badan dengan Alisha tu yang sedikit mencabar berbanding Aqilah yang lebih senang selepas berlaku perceraian susu badan tersebut...

Cara saya cerai susu badan dengan Aqilah sama je dengan cara saya cerai susu badan dengan Alisha dulu... SAYA SAPU ASAM JAWA DEKAT NIPPLE... Masa Alisha dulu, saya sapu asam jawa dekat nipple, dia macam ingat yang rasa nipple tu masam tau, so, dia terus tak nak, berbanding Aqilah, dia tahu & ingat rasa nipple tu masam tapi dia buat2 tak reti... buat2 tak tahu pasal rasa masam tu... itu yang jadi masalah... dekat sinilah saya perlu lebih memainkan peranan... sebab tu saya kata saya perlu jadi HATI KERING... tapi tu la, bukan senang kita sebagai ibu yang penuh dengan kelembutan ni nak "membentuk" sifat hati kering dalam diri kita tu... Sebab tu saya jadi "lemah" bila Aqilah nak hisap nipple.. saya bagi jugak walaupun tak sampai 5 minit...

Saya start bulan 4 cerai susu badan dengan Aqilah.. dalam tempoh bulan 4 hingga awal bulan 5, saya sendiri dengan rela hati bagi jugak Aqilah menyusu tau walaupun takda susu... tapi disebabkan saya dah mula rasa tak selesa sangat2, saya start dari awal bulan 5 tu, hari2 saya sapu asam jawa dekat nipple... so, bila Aqilah nampak nipple ada asam jawa, dia tak nak lah hisap kan... tapi dalam tempoh tu jugak, bila waktu malam, kalau Aqilah terjaga dari tidur, saya bagi jugak hisap..  last sekali akhir bulan 5 saya memang terus tak bagi dah... time ni saya betoi2 tekad..!! Bila Aqilah merengek nak hisap susu je, saya terus bagi dia minum air.. Start awal bulan 6 je, memang Aqilah terus tak mintak susu dah... dah takda nak merengek2... Aqilah pun dah nak minum susu formula dia tu... Selain tu jugak, Aqilah jadi seorang yang sangat2 senang nak tidur sendiri...!! Bila mengantuk je, dia sendiri yang akan cari port & terus lena... tak kira samada tidur siang atau malam... (",) 

Alhamdulillah syukur sangat2 Tuhan permudahkan segalanya.. Jika u all nak baca pengalaman 2 orang anak solehah saya ni cerai susu badan, u all boleh baca entry di bawah label PENGALAMAN CERAI SUSU BADAN..

UPDATE : Secara rasminya Aqilah cerai susu badan ketika umur SETAHUN 7 BULAN + HAMPIR 2 MINGGU


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 21 comments.. read them below or add one }

Mama Safiy Arfan Mama Safiy Arfan June 12, 2014
excited sy bace..pengalaman ni bakal sy alami x lama lg..skrg anak dh 1thun 2bln...taun dpn nk kne cerai susu da..arapnye hati sy kuat la.huhu
Azi Azi June 12, 2014
cerai susu badan ni memang hati kena kental. klu lembut mmg xjadi wlpn kita guna apa cara sekali pun nak nak anak yang cerdik pandai. reti pulak dia nak buang2 kotoran kat pimple tu... adus...
nur anis nur anis June 12, 2014
alhamdulillah..dah besar aqilah..:)
mama ka0ri mama ka0ri June 12, 2014
memang mencabar kan?? sy dulu pon camtu jugak..amirul sampai demam seminggu..kesian dia..kita memang kena kuat..huhu..

yang anak no 3 ni tak tahu lagi nak buat cemane..huhu..
CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) June 12, 2014
Memang kena kuat IB.. sebab bila BF ni dia punya ikatan kasih sayang tu kuat.. masa menyusu tulah kita belai2 dia .. tengok wajahnya.. borak2 dengan dia kan :)
CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) June 12, 2014
Memang kena kuat IB.. sebab bila BF ni dia punya ikatan kasih sayang tu kuat.. masa menyusu tulah kita belai2 dia .. tengok wajahnya.. borak2 dengan dia kan :)
Mimi Azirah Mimi Azirah June 12, 2014
Bila nk cerai susu bdn tuh yg memg saat yg sukar kan kak ina
Mrs Velentine Mrs Velentine June 12, 2014
betul tue cerai susu badan ni hati kena kering n kuat..huhu
babYpose babYpose June 12, 2014
lama aunty tak komen, tengok pic Aqilah nyenyak tido tu rasa nak komen plak :) Alhamdulilah Tuhan permudahkan cerai susu ni kan..
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ June 12, 2014
Salam k.ina..

huhu..mencabar sungguh..
tahniah aqilah dan jugak akak ye..
good girl aqilah..!
tifaanvar tifaanvar June 13, 2014
alhamdulillah aqilah dh cerai susu. Ketiga2 ank saya akn otomatik x nk bf lps 2bln. So, ank saya x prnh alami cerai susu
lynn kamarul lynn kamarul June 13, 2014
nak buat macam mana kan ina sebab ina sekarng tgh preggy. kalau x dpt la menyusu badan sampai umur 2 thn. mudah2an adik aqilah nnt dpt menyusu lama skit ..
Maria Firdz Maria Firdz June 13, 2014
Alhamudulillah.. Berjaya gak akhirnya... Itulah kena hati kering... Dan kita sbg ibu kna redha dan rela...
azizah :) azizah :) June 14, 2014
itu la masalahnya kan kalau anak myusu badan.. kesian nak lepaskan.. tp nak buat cmner kesihatan kak pon nak kena jaga
Fiza Rahman Fiza Rahman June 17, 2014
Alhamdulillah. Senang jer nak cerai susu. Mcm qhalif ni agak susah lah. Nak candu jugak. Kalau nak tido malan saya bancuhkan susu memang dia tak nak minum. Pernah buat tak tau jer ngan dia, merengek nangis sampai terlelap sendiri. Ksian plak tu :-(

Skang ni bagi jer lah selagi dia nak.
Masya Masya June 17, 2014
nak jadi kakak kan .. mmg kena hati kering sikit klu nak bertegas dgn ank ni...
Junaida Watie Junaida Watie December 09, 2014
Saya bakal menceraikan susu badan dengan ank sy yg skrg sudah 2tahun...mentaliti nk kena kuat dulu. Baru sy fhm perasaan nk cerai susu camna..moga2 sy diberi kekuatan..huhu
mamayaya mamayaya February 25, 2015
huhu sy tak hati kering lagi nk wean off
fisya fisya April 20, 2015
Harapnya sy kuat utk pisahkan anak dgn susu bdan.Dah masuk 2 tahun sbln anak tapi masih blm berjaya ceraikan susu bdan.
Norsalmi Ramli Norsalmi Ramli July 27, 2015
Anak saya dah nak cukup 2 tahun bulan 9 nanti...... macam2 cara dah cuba. Akar seruntun @ batang wali yang pahit tu pun x mampu halang dia untuk bf.... huhuhuhu
ziezie August 03, 2015
Saya pun dah cube mcm2 cara tp xberkesan...saya pernah guna sirap..asam jawa..batang wali...n skarg ni saya gune bawang putih sapu dibahagian payudara bkn dkt nipple ye..hihi....ank saya mmg xnak sbb bau kuat bwg putih tp bile lame sgt die srh pegi basuh....huhu...hrp dpermudahkan urusan saya