Alisha dah ready tidur bilik berasingan?



Ni kisah time dekat Hotel Rosa Passadena hari tu... Saya ambik hotel yang ada 1 katil besar & 1 katil kecik... Mula2 masuk bilik tu, my dear cakapla suruh Alisha tidur atas katil bujang tu sorang2... tapi alisha cakap "Bukannnnn... abah tidur sini (sambil tunjuk katil bujang), kak isha tido katil tu dengan ibu (sambil tunjuk katil kelamin)"... punya dia taknak tido katil bujang... banyak kali kami tanya, itu jugak jawapannya...

Tapi entah macamana, petang tu dia dah rasa seronok kot baring2 atas katil bujang tu... last2 Alisha cakap "Ni katil kak isha (merujuk kepada katil bujang)... ibu dengan abah tidur atas katil tu"... hihii.. Time ni lah saya rasa Alisha ni dah besar... Rasanya dah boleh kot pelan2 ajar Alisha tidur bilik asing lepas ni.. Bila nak ajar tu tak pasti la plak.. tahun depan kot.. hahah... bukan pe, nak kene kemas dulu bilik tengah yang penuh dengan mainan tu haaa... pening kepala tengok bilik yang penuh dengan mainan.. Tu pun mak dorang ni ada hati lagi nak beli mainan lain... haihhh.. Ohya, u all ajar anak u all tidur berasingan umur berapa tahun yer?


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 14 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons June 03, 2014
sue tak ajar lagi..egat nak ajar..sebab rasany syawal dahok kot tidoq sowang..tp make sure kiter kena ada sebelah la..dah nyenyak baru bangun..tp tu la umah sue tak da bilik kosong..semua penuh..tak tau macam mana...
lynndamya lynndamya June 03, 2014
Salam..wahhh dah rasa nak tidur asing lah :D bagus2...
sy dulu masa sekolah rendah tidur sebilik dgn adik lelaki sy (beza 5 tahun)...
then dalam darjah 3 mcm tu, dah kena tidur sorang2..cara mak sy ajar sy tidur sorang2 dlm bilik..mmg pelan2 lah sbb takut gak tidur sorang..

Jadi, mula2 tidur tak pyh tutup lampu..
then, dah biasa tidur sorang, baru leh tutup lampu, tp pintu bukak sikit supaya cahaya msuk...
pastu dah boleh tutup pintu terus, tp dlm bilik pasang lampu comel yg cahaya dia redup2 tu je..
then teruslah biasa...sampai tak rasa takut lagi..
haha..
eh yg akak maksudkan tidur asing tu, tidur sorang lah kan? Ke sy dah lari tajuk ni? Haha :p
PERMATABIRU PERMATABIRU June 03, 2014
saya rasa 4 tahun tu dh boleh tido asing kot..
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit June 03, 2014
Memang dah boleh ajar Ina. Budak perempuan senang sikit kakak rasa. Anak kakak dulu 3 tahun dah asing sebab anak kakak jenis tidur tak bangun malam... sesekali bangun adatlah..
cahayahidupku.blogspot.my cahayahidupku.blogspot.my June 03, 2014
Akak mula2 ajar dorang tido bawah dulu tak tido satu katil dengan akak.. pastu pelan2 baru ajar tido bilik asing.. mula2 ajar bilik asing tu jgn tutup lampu IB nanti dorang takut.. pastu baru pasangkan lampu tido pulak.. anak2 tido asing pun umur sekolah rendah jugak IB..
Unknown Unknown June 03, 2014
seingat zee, time yang sulung dulu umur die dalam 3 tahun plus kot..terus ajar tido asing skali ngan yang tengah..time tu yang tengah baru 1 tahun plus jer.. alhamdulillah la dorang okey sampai la sekarang..adik jer blom lagi..maybe kena tunggu nak dapat adik baru dulu kot baru dier nak tido ngan abang2..
Unknown Unknown June 03, 2014
boleh dah tu tido berasingan.. nak2 dengan aqilah..hehe
buat bilik mainan n bilik tido dorang sekali kak.. penat2 main terus tido :)
Mimie Mimie June 03, 2014
Blum ajar lg kak ina...kalo diorg tido kt blek diorg tjaga bantai cri saya tak pun abi diorg..thn dpn dua dua dh nk taduka kne ajar tido asing kak kan
emarieys emarieys June 03, 2014
sampai sekarang tidur satu bilik lagi..dulu pernah kakak tidur bilik satu lagi...sekali dia terjatuh dari katil sampai bengkak kepala..tu pasal ajak dia tidur bersama balik...lagipun bilik tidur ada dua jer..
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 04, 2014
Salam K.Ina..

hihi..petah bercakap..
err.. cma masih lagi tido sebilik dgn anak2.. masih dlm proses..
Fiza Rahman Fiza Rahman June 04, 2014
6 tahun dah start ajar. Tapi tu lah, nak tido gak dgn mak abah dia.
Maria Firdz Maria Firdz June 04, 2014
lpas dh putus susu mula ajar pelan2... tak tido dekat2 lagi...
tifaanvar tifaanvar June 04, 2014
blhlh start asingkan k. Isya tdr bilik lain. Nnti ade adk muhammad lg brsesak2 nk tidur sebilik
shahdiana shahdiana June 11, 2014
yn kan dok asing ngn suami...kalo kat umah yn...budak2 ni mmg tido ngn yn la...tp bila blik umah suami dulu2 tido ngn ank2 jgk..mak pak kepit anak2 je ...pastu yn just baring ngn diorg..tgu tido n yn msuk bilik tidu ngn abg...lme2 bila biasa just bentang tilam n ckp tido semua...yn pun trus msuk bilik tido...diorg fhm trus je ina...syakira umur 3 tahun ni mmg dah fhm tido ngn abg dia je kt luar....hihihihi...