Komen doktor pakar berkaitan tempurung kepala adik saya yang kembali kemek..

Alhamdulillah saya dah selamat kembali ke Sungai Petani... Semua entry saya sebelum ni dari hari Khamis hingga Selasa adalah entry auto publish yer... Untuk entry hari ni, saya mulakan dengan entry berkaitan adik saya... U all ingat tak sebelum ni saya pernah buat entry bagitahu pasal tempurung kepala adik saya yang kembali kemek tu...? Kalau tak ingat, baca semula entry tu di SINI...

Semalam abah saya bawak adik saya pergi appoiment dengan doktor pakar.. Ohya, lupa nak cakap, semalam @ 09/06/2014, genaplah SETAHUN ADIK SAYA KEMALANGAN... Untuk entry ni saya nak cerita pasal apa doktor pakar tu cakap berkenaan tempurung kepala adik saya yang kemek tu...

Doktor kata, Ianya adalah NORMAL... ADA SESETENGAH ORANG YANG OK & ADA SESETENGAH ORANG YANG TAK OK.. DENGAN KATA LAIN, AKAN KEMBALI JADI KEMEK MACAM ADIK SAYA TU LA... IANYA DISEBABKAN OLEH PENGECUTAN TEMPURUNG KEPALA... adik saya ni pakai tempurung kepala original... tak sangka plak saya rupanya tempurung kepala ni boleh mengecut yer.. emmm kalau macam tu, bagi mereka yang pakai tempurung kepala tiruan, mereka takkan ada masalah tempurung kepala kembali kemek la ek?

Doktor pakar tu jugak cakap KALAU UNTUK TUJUAN "KECANTIKKAN", BOLEH JE KALAU NAK KEMBALI OPERATE KEPALA ADIK SAYA TU & MASUKKAN TEMPURUNG KEPALA TIRUAN TAPI IANYA LEBIH BERISIKO DARI SEBELUM NI..!! Nampak tak?? doktor dah bagitahu awal2 pembedahan tu berisiko... so, mustahillah untuk kami suruh adik saya tu dibedah lagi sekali kan.... kalau bedah, mesti doktor tu kene buang kembali tempurung yang ori yang dah kecut tu pastu masukkan plak tempurung tiruankan... oh tidakkkk... berapa jam plak nak bedah tu... dekat otak tu u all.. tak sanggup dah saya nak hadapi ketakutan menunggu depan pintu bedah... Lagipun doktor cakap KALAU NAK BIARKAN KEPALA ADIK SAYA CAMTU PUN TAKDA MASALAH... DAH CEK DALAMAN KEPALA ADIK SAYA TU OK JE... TAKDA NANAH OR APA2 YANG MERISAUKAN.. PENDEK KATA, HANYA KEMEK TU JE.. KALAU BEDAH PUN HANYA SEKADAR UNTUK "CANTIK"...

Nak dijadikan cerita, ketika dekat hospital tu.. ABAH SAYA BERSEMBANG DENGAN SEORANG HAMBA ALLAH NI... DIA BAGITAHU DIA PUN JADI MACAM ADIK SAYA JUGAK SEBELUM NI.. KEMEK MACAM TU JUGAK, TAPI DIA DISYORKAN UNTUK MINUM "UBAT".. ALHAMDULILLAH DENGAN TAKDIR TUHAN, TEMPURUNG DIA TU KEMBALI "MENGEMBANG" LEPAS MINUM 3 BOTOL.. SEBOTOL ORANG BAGI & LAGI 2 BOTOL DIA BELI SENDIRI... KEPALA DIA SEKARANG DAH OK.. DAH TAK KEMEK... HAMBA ALLAH TERSEBUT KEMALANGAN 4 TAHUN YANG LEPAS... "UBAT" YANG DIA MINUM TU, KALAU TAK SILAP SAYA ABAH SAYA BAGITAHU... EH, APA DIA YER... ALAMAKKK LUPA PLAK DAH NAMA DIA... TAPI ADA PERKATAAN HERBA LA... PETANG SEMALAM JUGAK, ABAH SAYA PERGI BELI "UBAT" TERSEBUT UNTUK ADIK SAYA... RASA DIA MENURUT HAMBA ALLAH TU PAHIT SIKIT.. INSYAALLAH TUNGGU SAYA BALIK KAMPUNG AKHIR BULAN NI OR AWAL BULAN DEPAN, SAYA AMBIK GAMBAR "UBAT" TERSEBUT... BOLEH PULAK LUPA NAMA "UBAT" TU TIME TAIP ENTRY NI...

Abah saya ada jugak cerita yang ketika abah saya bawak adik saya pergi checkup tu kan, abah cakap ramai lagi insan2 lain yang lebih teruk dari adik saya... ABAH KATA ADA SORANG TU,  DIA ALAMI KEMALANGAN MACAM ADIK SAYA JUGAK TAPI DIA DAH OK, DAH BOLEH SEMBANG, TAPI DENGAN TAKDIR TUHAN, DIA BOLEH TERJATUH, AKIBAT DARI DIA TERJATUH TU, TERUS DIA TAK BOLEH BERCAKAP... DIAM JE... ADIK SAYA NI DIKIRA BERTUAH LA JUGAK SEBAB BOLEH BERSEMBANG WALAUPUN TAK BERAPA NAK CLEAR + ADIK SAYA DAH BOLEH GELAK2 NAMPAK CERIA... SAMPAI ADA YANG TEGUR CAKAP ADIK SAYA NI NAMPAK CERIA JE BERBANDING ADIK DIA YANG SEBALIKNYA... LAGI SATU PULAK, ABAH SAYA BAGITAHU ADA YANG DAH KEMALANGAN SETAHUN LEBIH MASIH LAGI PAKAI PAMPERS & TAK TAHU NAK BUAT APA2... NAMPAK TAK, BILA KITA RASA KITA SUSAH, SESUNGGUHNYA MASIH ADA LAGI YANG LEBIH SUSAH DARI KITA... ALHAMDULILLAH ADIK SAYA DARI BULAN 2 OR 3 HARI TU MEMANG DAH TAK PAKAI PAMPERS, DAH BOLEH BERCAKAP SIKIT2 & TANGAN KAKI PUN DAH AKTIF... TAPI ADIK SAYA MASIH LAGI TERLANTAR LA... NAK DUDUK MASIH LAGI ATAS BANTUAN ORANG... APA2 PUN ALHAMDULILLAH DAH UNTUK PERKEMBANGAN ADIK SAYA NI...

Doa saya moga adik saya cepat2 sembuh... & moga "ubat" yang hamba Allah tu cadangkan dekat abah saya tu serasi dengan adik saya & kepala adik saya akan kembali kepada bentuk asal... insyaAllah..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Komen doktor pakar berkaitan tempurung kepala adik saya yang kembali kemek..

{ 27 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown June 11, 2014
InsyaAllah ina...moga adik awak sembuh seperti sedia kala...mmg x sanggup kan nk suh operate lg sekali...moga apa yg diusahakan oleh ina dan family di permudahkan...insyaAllah...
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit June 11, 2014
Walau belum sembuh betul tapi betul kata Ina bersyukur kerana ada yg lebih teruk nasibnya kalau nak dibandingkan... moga adik dan keluarga Ina terus berusaha dan berdoa utk kesembuhan adik Ina...
syawalsimpsons syawalsimpsons June 11, 2014
kiter sebagai hamba merancang dan allah swt yang mentukan segalanya...moga smeua perjalan dan urusan adik ina dan ina sekeluarga di permudahkan..aamminnnn///
need need June 11, 2014
semoga allah mudahkan usaha keluarga IB untuk adik pulih seperti sediakala..insyaallah..
need need June 11, 2014
semoga allah mudahkan usaha keluarga IB untuk adik pulih seperti sediakala..insyaallah..
Time Traveller Time Traveller June 11, 2014
Moga adik sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat amin..

Itu lah betul kata abah tu.. kadang2 ada orang yg lebih teruk dari kita.. apa kene bersyukur kita masih hidup itu antara nikmat besar.. sbb boleh teruskan amal ibadah.. :D
Bukan Bidadari Bukan Bidadari June 11, 2014
tak sabar nak tau nama ubat tu.....
Izwa Kamaruddin Izwa Kamaruddin June 11, 2014
Allahukabar!

Saya doakan adik awak kembali sihat seperti hamba Allah tu walaupun lambat mana sekalipun saya akan tetap doakan..

saya gembira dgn perkembangan adik yg makin positif mgkn kerana org disekeliling dia semua bersikap dan bersifat positif..alhamdulillah :)
mila mila June 11, 2014
insyaAllah sis..kita hanya usaha ape yg mampu kan? semoga baik2 aje.
lynndamya lynndamya June 11, 2014
Salam..owh Alhamdulillah masih normal..kalau sy pun, sy xbgi buat bedah untuk cantik tu..xpelah, lagi penting nyawa dpd kecantikan tu..hmm..yup, seberat2 dugaan kita, tetap ada yg lebih berat dugaannya dpd kita.. semoga adik akak cepat sembuh :) nanti share psl ubat tu tau..hehe
Unknown Unknown June 11, 2014
Insya Allah..moga adik Ina kembali sembuh seperti sediakala.

Tak salah ikhtiar..bahkan mmg kita digalakkan pun ikhtiar dan baru tawakal pada Allah.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 11, 2014
Salam K.Ina..
oo..tempurung kepala boleh mengecut jgk ya..? cma pun baru tau ni.. alhamdulillah.. keadaan itu tak mnyebabkan apa2 yg negatif pada adik akak..
semoga adik akak semakin sembuh
Unknown Unknown June 11, 2014
herba yer.. tak salah kita mencuba kan kak.. nak harapkan perubatan hospital pon xboleh.. bukan kata xbagus.. tapi kita pon boleh cara2 tradisional.. moga2 itu yg terbaik..
shahdiana shahdiana June 11, 2014
inshaa allah nazren akan ok ina..doa byk2..apapun atas kehendaknya...
tifaanvar tifaanvar June 12, 2014
btl tu Na. Kalau kita fikir masalah kita besar tentu ade org bermasalah lebih besar dr kita. Alhamdulillah smga dk ina terus sembuh
Maria Firdz Maria Firdz June 12, 2014
Alhamdulillah.. Seronok dgr adik kak ina, dh hmpir pulih wlaupuntak 100% kan.... Moga terus di pelihara Allah...
Nora Karim Nora Karim June 12, 2014
Alhamdulillah... mujur ia perkara biasa... kalau x risau jugakan...? Moga ubat tu juga serasi buat adik ina... amin...
Mimie Mimie June 12, 2014
Mudah mudahan adik akak ina cpt smbuh..
Fiza Rahman Fiza Rahman June 17, 2014
Alhamdulillah. Mana tau ada perubahan lepas mkn ubat tu kan.
Masya Masya June 17, 2014
alhamdulillah ada perubahan .. moga akan kembali boleh bercakap dgn berborak mcm biasa...
Unknown Unknown January 31, 2015
Salam akak boleh tak kongsi nma ubat tu
aizataizat June 04, 2015
boleh tak kak ina tolong cari kan nama ubat tu? saya pun jadi mcm tu ni,sedihnya😢
amalinaamalina June 04, 2015
insyaallah kembali seperti asal
IntaNBerliaN IntaNBerliaN June 10, 2015
@aizat

Adik akak minum ubat tu tp naik secoet je.. stop dh minum ubat tu.. adik akak nak operate ltk tempurung palsu je lps ni
Kak R'baahKak R'baah June 11, 2018
Assalamualaikum Sis, camana keadaan adik sis selepas pembedahan tempurung palsu?. Akak harap sis dapat kongsikan bersama.
Unknown Unknown September 08, 2018
This comment has been removed by the author.
Unknown Unknown September 08, 2018
Bole bagitaw tak ape herba atau ubat tuh? Saya nak cube sebab ade kemek sikit