Apa cara atasi anak yang penyegan or penakut

Saya tak tahu nak cakap Alisha ni penakut ke penyegan ke manja ke.. tak tahu nak definisikan sebagai apa... Tapi Alisha ni kalau dengan orang yang dia tak kenal, dia memang ambik masa sikit nak mesra.. duk la berkepit dengan saya ni je haaa.. Kadang bukan dengan orang tak kenal je, dengan kaum kerabat yang jarang2 jumpa pun macam tu jugak... naik risau saya.. dah la tahun depan nak sekolah..

Nak cerita kejadian hari Sabtu minggu lepas... time tu kami dekat Taman Permainan tau... Alisha tengah main satu permainan ni, tak tahu nama dia apa tapi jenis yang nak kene enjut2 tu... tengah2 dia main tiba2 datanglah sorang anak solehah yang lebih kecik dari dia.. maybe sebaya Aqilah agaknya... anak solehah tu peganglah mainan Alisha main tu sambil pot pet pot pet maybe bagitahu dia nak naiklah kot... Si Alisha ni boleh pulak terus berlari sambil menangis ke arah saya... Alahaiiii.. padahal bukannya anak solehah tu buat dia pun... anak solehah tu just macam nak main sama2 je... tapi Alisha ni memang jenis camtu... kalau orang tak kenal, cepat benor nak menangisnya.. ataupun maybe dia ingat anak solehah tu marah dia kot..

Lepas pada kejadian tu, Alisha main macam biasalah kan... baru Alisha nak pergi main papan gelongsor tau... dia berdiri dekat tangga... sekali adalah anak solehah sorang lagi ni... umur dia maybe sebaya Alisha je kot tapi badan dia jenis kecik... Bila anak solehah tu nak naik tangga tu, dia cakap dekat Alisha "Tepilah sikit..!".. Nada suara anak solehah tu memang tinggi sikitlah kan... sampai abah dia pun tegur cakap "main elok2, orang lain pun nak main jugak"... Disebabkan anak solehah tu cakap camtu, tak pasal2 lagi sekali Alisha menangis... haihhh... rapuh sungguh hati anak dara saya ni... Lepas pada tu, terus Alisha tak nak main... dia duk main buai dengan Aqilah je...

Risau saya tau u all... nanti dekat sekolah macam2 peel anak2 ada kan... kalau ada anak2 yang berkasar sikit dengan dia, tak mustahil dia akan menangis... U ALL ADA TAK APA2 PANDANGAN OR IDEA UNTUK ATASI MASALAH NI YER..? NAK BAGI ALISHA NI "KUAT" SIKIT.. JANGAN PENAKUT OR JANGAN MANJA SANGAT...

Ketika Alisha masih kecik, saya memang nak anak yang baik2 camni... maksud saya, kalau orang buat kita takpa... kita jangan buat orang... jangan balas... Tuhan memang makbulkan apa yang saya nak tu... cuma tu la, manja plak dah gayanya.... Macam Aqilah plak, dia pun jenis yang tak buat orang.. kalau orang buat dia takpa dia tak balas... walaupun camtu... Aqilah ni jenis kebal.. dia macam takda perasaan... orang buat kat dia pun no hal... Opsttt itu kalau dengan orang luar la yer... tapi kalau Alisha & Aqilah, macam biasalah bergaduh adik beradik... mesti ada yang nak tunjuk kuat...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Apa cara atasi anak yang penyegan or penakut

{ 15 comments.. read them below or add one }

Masya Masya June 25, 2014
kes alisha ni macam kes amir dulu masa usia 3 4 tahun gitu .. lg² saya hantar rumah pengasuh .. dunia dia dgn anak² pengasuh dan kwn sekitar lorong satu taman.

Saya nekad masukkan dia kat nursery bila usia dia 4 tahun dan kebetulan pengasuh tak sihat .. masa memula hantar nursery dia mmg alami kejutan sgt²... tp alhamdulillah bnyk perubahan kat situ ...

sebenarnya ina kena biasa dedahkan alisha dengan dunia yg ramai orang .. mmg kena rajin bawak pergi playground, waktu ptg kalau blh bg pendedahan kat dia keluar rumah.. tak kisah sekitar depan rumah pun takpa.. janji dia boleh nampak dunia luar.. bagi dia teroka .. bg dia bersosial.. insyaallah berjaya.. mmg amik masa sikit.. tp masih belum terlambat lagi sebelum masuk tadika tahun dpn, sebab tkt nanti dia takmoo sekolah pulak sebab takut bergaul.

good luck yer ... ina mesti boleh.. pendidikkan sosial anak mmg penting, dan ina kena salu cerita suasana sekolah macam mana.. tunjuk dia sekolah kat mana nanti .. harap membantu awak.
Masya Masya June 25, 2014
kes alisha ni macam kes amir dulu masa usia 3 4 tahun gitu .. lg² saya hantar rumah pengasuh .. dunia dia dgn anak² pengasuh dan kwn sekitar lorong satu taman.

Saya nekad masukkan dia kat nursery bila usia dia 4 tahun dan kebetulan pengasuh tak sihat .. masa memula hantar nursery dia mmg alami kejutan sgt²... tp alhamdulillah bnyk perubahan kat situ ...

sebenarnya ina kena biasa dedahkan alisha dengan dunia yg ramai orang .. mmg kena rajin bawak pergi playground, waktu ptg kalau blh bg pendedahan kat dia keluar rumah.. tak kisah sekitar depan rumah pun takpa.. janji dia boleh nampak dunia luar.. bagi dia teroka .. bg dia bersosial.. insyaallah berjaya.. mmg amik masa sikit.. tp masih belum terlambat lagi sebelum masuk tadika tahun dpn, sebab tkt nanti dia takmoo sekolah pulak sebab takut bergaul.

good luck yer ... ina mesti boleh.. pendidikkan sosial anak mmg penting, dan ina kena salu cerita suasana sekolah macam mana.. tunjuk dia sekolah kat mana nanti .. harap membantu awak.
Mummydearie Mummydearie June 25, 2014
Anak sulung saya jadi anti sosial sikit sebab semasa kecil takda rakan sebaya dan semua yang besar-besar ni manjakan dia amat. Bila masuk sekolah, sikit-sikit nak menangis kalau nampak Mommynya. Apa pun kawan-kawan buat, semua pun dia beralah waima dengan budak perempuan sekali. Cakap pun jenis yang manja-manja ni. Bapaknya suruh ajar berdikari jangan dimanjakan lagi sebab anak lelaki. Sekarang ni dah oklah sikit tak macam dulu.
Mimie Mimie June 25, 2014
peel alisha mcm aina aje kak ina..adehhh
Mimie Mimie June 25, 2014
peel alisha mcm aina aje kak ina..adehhh
tifaanvar tifaanvar June 25, 2014
alisya sama mcm ank dara sayalah ina. Ank saya si ashiqa ni dngn makcik pakcik dia dan atuk nenek dia(my mum dad) kuat sentap. Smpaikan kalau blk kg ashiqa kurang ckp. Tp sjk dah ade sepupu dia mmng ank saya kuat cakap. Tapi sjk msk tadika dh kurang sikit sifat kuat sentap tu. InsyaAllah alisya pn akan jd mcm tu. Agaknya ank yg dh biasa dngn mak sjk lahir mcm ni kot perangai dia.
lynndamya lynndamya June 25, 2014
Hmm, susah jugak kalau nak ke sekolah klw mcm ni..sbb mmg ade pengalaman budak kecik mcm ni, adik sy sendiri..dia mcm lemah semangat, penakut, senang betul menangisnya.. mak sy minta air dgn ustaz2...minta air utk kuatkan semangat adik sy ni..lepas tu, mak sy selalu bacakan surah apa entah (sy xingat pula), sambil dudukkan adik sy kat riba dia, lepas tu dia baca surah tu, bila dh habis, mcm tiup kat ubun2 adik sy dlm 3x kalau xsilap..maybe akak leh tanya yg lebih pakar kot..mak sy pun dh lupa gaknya..hehe :) adik sy lama jugak nak okay, tambah pulak dia kena buli kat sekolah..tu yg jadi balik penakut dia tu..
Unknown Unknown June 25, 2014
mungkin alisha jarang bergaul kot kak.. jadi dia mcm penakut sikit.. kak kena galakkan dia main2 kat luar la kot.. bagi bercampur dgn budak2 lain.. hihihi
emarieys emarieys June 25, 2014
agak susah nanti.. bila dah masuk sekolah, takut menangis tak nak pergi sekolah.. Biasanya lama-lama dah ada kawan dia akan okey.
Maria Firdz Maria Firdz June 25, 2014
Ok kot gak penyegan dan amik masa utk sesuaikan dri dr terlalu berani dgn sesiapa shja..
fieda fieda June 26, 2014
dia pemalu la tu ina..sama je mcm dgn maira..kfieda pun risau msa dia nk sekolah tadika aritu..tp sebaliknya tau..dia tak nangis pun dn pandai bwk diri..kalau dlu sebelum sekolah saudara mara dtg umah dia nk nyelit je kt kite..takut kt org plk..
QasehnyaRania QasehnyaRania June 26, 2014
la pulak.
kena biasakan alisha dgn keadaan sekeliling la.cer ina cakap dgn alisha..

tapi mmg betul bila mask sklah nnti mcm mcm peel ada.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 27, 2014
salam k.ina..
huhu..alamak..cma tak de petua or pengalaman.kena tanya mereka2 yg berpengalaman dlm hal2 mcm ni..
Myra Jay Myra Jay July 02, 2014
Rasanya sebab dia membesar dengan mak nya sendiri, jadi agak manja la..

Sebab anak2 sedara myra pun gitu gak susah nak mesra pada awalnya sebab dah biasa dengan mak sendiri kan..

Takpe Ina pelan2..
Syamimi Saad Syamimi Saad July 06, 2014
Adk sy dulu mcm tu jgk.. Pstu dia masuk drjh 3 ke atas terus ada keberanian sndiri bila dia dh pndai bergaul.. Skrng ni dh hbis sekolah.. Elok je dia.. Xde pmlu2 dh..