FREE DIAPERS : Aqilah dah pandai bagitahu bila nak masuk tandas


Saya start ajar Aqilah FREE DIAPERS ketika 21/03/2014 @ ketika usia Aqilah setahun 4 bulan... Sekarang ni Aqilah dah berusia setahun 8 bulan... Dalam tempoh 3 bulan mengajar Aqilah FREE DIAPERS, Aqilah ada kucil merata gak tau... Bila dah kucil baru dia bagitahu saya.. Buang air besar pun sama jugak... Lepas tu saya stop kejap, bagi dia pakai pampers.. kejap tak kejapla.. sebulan la jugak..... haaa nampak tak, perangai malas nak mengajar dah mula menerjah... ni tanda2 dah terpedaya dengan hasutan setan la ni... haihhhh...

Nak dijadikan cerita, minggu lepas bahagian tuttt & vontot Aqilah jadi merah2 & luka sikit tau.. so, dia rasa pedihla bila terkena air kencing dia tu kan... Saya kesian tengok dia, terus saya bukak pampers dia semula... time ni lah saya mula rasa bersalah sebab ajar Aqilah sekerat jalan je free diapers... Malam kejadian tu, Aqilah tak nak pakai pampers lah kan... So, saya cakap dekat Aqilah, "Kalau Aqilah nak kencing or verak bagitahu ibu"... lepas tu my dear sambung ayat tu cakap "Kalau tak nak bagitahu, nanti abah bagi pakai pampers"... 

Dengan takdir Tuhan, pandai je malam tu dia bagitahu saya bila nak kucil.. Tapi time dia tido tu, saya bagilah dia pakai pampers kan... Itu bab air kecil, hari ni pulak, dia nak buang air besar tau.. pandai je dia bukak seluar & bagitahu saya "nak yak.. nak yak"... Saya terus bawak masuk tandas, memang betoi pun dia buang air besar... Alhamdulillah... syukur sangat2.. nampaklah tanda2 Aqilah semakin faham berkaitan FREE DIAPERS ni... Saya percaya, walaupun anak kita masih kecik, tak pandai cakap, kalau kita ajar, InsyaAllah pasti berjaya... cuma 1 je, JANGAN WUJUDKAN ALASAN DALAM DIRI KITA... Eh, Aqilah tido masih lagi pakai pampers... siang tu tak pakai la pampers.. Saya ajar Aqilah FREE DIAPERS secara berperingkat macam kakak dia sebelum ni (",)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 10 comments.. read them below or add one }

lynndamya lynndamya June 24, 2014
Salam, haaa tahniah~tahniah kak...nanti ada anak, sy refer balik lah blog akak ni as my guidance..hehe :D
Maria Firdz Maria Firdz June 24, 2014
Alhamdulillah.. Tahniah buat aqilah...
ayuzan ayuzan June 24, 2014
bagus ni, ilmu bekalan masa depan.hehe
tifaanvar tifaanvar June 24, 2014
pandainya aqilah. Yelah x lama lg nk jadi kakakmalulah pakai pamppers lagi
QasehnyaRania QasehnyaRania June 24, 2014
alhamdulillah dh pandai dh bgtau ibu kan..
amga dipermudahkan buat aqilah.. hrap2 sebelum adik lahir aqilah dh blh biasakan dir.aamiin
Unknown Unknown June 24, 2014
ok2.. hakimi setahun lebih nanti nak try ajar potty train
QasehnyaRania QasehnyaRania June 26, 2014
alhamdulillah.semoga dipermudahkan buat qailah sblm baby lahir nnti.. senang ibu nak uruskan :)
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 27, 2014
salam k.ina..

alololo...sweetnye aqilah..alhamdulillah...
lepas ni dh blh totally free diapers
Syamimi Saad Syamimi Saad July 06, 2014
Bkn mudah nk ajar ank ni kn.. Cuma kna usaha lebih la kn..
Mimie Mimie July 13, 2014
ajar slow slow mesti berjaya kan kak