Kereta Kuda Princess di Batu Buruk

Ketika kami balik Terengganu hari tu, kami ada bawak anak solehah berdua ni pergi ke Pantai Batu Buruk, memang hajat di hati nak bagi mereka naik KERETA KUDA PRINCESS... Sorry yer, nama kereta kuda ni tak tahu nak panggil apa, tapi sebab cantik sangat so, saya tambah sendiri perkataan princess dekat belakang tu.. hihii.. Masa mula2 sampai, kami pergi ambik2 gambar pantai tu kejap tapi tak lama pun u all.. tak sanggup saya nak berdiri dekat situ lama2.. dengan angin yang kuat, jenuh saya nak cover diri ni dengan bag tau... tau je la bila angin bertiup kena badan ni, habis terbentuk semuanya... macam saya ni lagila... dengan "membukit" dibelakang, dekat depan ni lagilah atas bawahkan.. ishhh rasa buruk benor membayangkannya... dah rasa macam saya pakai baju ketat plak... malu pun ada... terus saya gerak ke area kereta kuda tu.. 

So, u all layanlah gambar2 yang my dear ambik ni yer...


Ini antara kereta kuda princess yang ada di Batu Buruk... Actually banyak tau kereta kuda princess dekat sana... tak pasti berapa tapi lebih dari 5 la.... Bukan setakat kereta kuda, kuda pun ada kalau u all or anak2 nak naik... gambar2 yang dekat bawah ni adalah kereta kuda princess yang kami naik... kereta kuda yang kami naik ni rasanya yang paling besar kot kereta dia tu....






Saya kene naik sekali sebab nak pegang Aqilah... risau gak kot dia terjun dari kereta kuda princess tu kan.. hahha.. Gambar ni kene tempek sebagai bukti kami dah naik kereta kuda princess.. hahhaha... Ohya, bayaran RM5 untuk dewasa & RM3 untuk kanak2... tapi saya naik 3 orang, kene bayar RM8 sahaja.. maybe Aqilah dia tak kira kot... Lepas ni boleh bawak lagi budak bertuah 2 orang ni naik kereta kuda... pantang nampak gambar kuda, asyik duk menyebut je "kuda.. kuda"... hihii.. tapi okla, sekurang2nya si Aqilah tu dah kenai camne rupa kuda yang sebenar...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 19 comments.. read them below or add one }

ayunidati ayunidati June 16, 2014
wah best nyer... terasa macm princess pulak kan... hihihi... aleeya mesti suka...
Nora Karim Nora Karim June 16, 2014
Wah seronoknya... double A tu lagi seronok la kan?! Heheh
Masya Masya June 16, 2014
terujanya tgk .. hr tu adeq sy pg sana pun dpt naik kereta kuda ni jgk.. sy jer x dpt naik.. sbb x pg pantai batu buruk pun huhuhuhu
cahayahidupku.blogspot.my cahayahidupku.blogspot.my June 16, 2014
Memang cantik lah kereta kuda tu IB.. kalau anak dara akan dua orang ni tengok mesti teruja sama nak naik tu :)
nurains nurains June 16, 2014
comel tu kereta tu hehe
Unknown Unknown June 17, 2014
eeeh comelnyaa kereta kuda princess ni.. excited nak naik jugak kalau berpeluang ni
mama lynn mama lynn June 17, 2014
bestkan. next time nak naik lg.. hehe anak2 pun suka
QasehnyaRania QasehnyaRania June 17, 2014
mak aii cntiknya lahai.. kereta kuda tu
Fiza Rahman Fiza Rahman June 17, 2014
Cantik tu keta kuda. Fefeeling Cinderella ☺
tifaanvar tifaanvar June 17, 2014
cantik nya kereta kuda ni. Blh feeling2 berada d negara arab zaman dolu2. Hihihi
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 18, 2014
salam k.ina..

hihi..kereta kuda berhias kot nama dia..
ni pun salah satu tempat pemes di terengganu.. hehe.. akak dah cma tak tau bila nk pegi..huhuhuu
shahdiana shahdiana June 18, 2014
bestnya ina...arap2 lepas ni ada rezeki yana nak bawak anak2 berjalan jauh ke sana... :D n yana nak pegi semua tempat yang ina suggest ni...
Mimie Mimie June 19, 2014
feel ala ala cinderella plak
lynndamya lynndamya June 24, 2014
Salam, haaa hari tu sy g kelantan, berhenti jap kat situ, makan...ada nampak jugak kereta kuda ni, mmg rasa nak naik, tp xsempat sbb kejar masa nak g kelantan nuu~~ uhuk2 sedih...
Syamimi Saad Syamimi Saad July 07, 2014
Bestnya dpt naik kereta kuda.. :)
AnonymousAnonymous February 21, 2015
salam ada x no.cntct org tu..nak buat utk mjlis kawin hujung tahun nie..
IntaNBerliaN IntaNBerliaN March 02, 2015
@Tanpa Nama

W'salam.. mintak maaf, saya takda no contact mereka
IntaNBerliaN IntaNBerliaN March 02, 2015
@Tanpa Nama

W'salam.. mintak maaf, saya takda no contact mereka