Fahamilah apa itu maksud HUTANG

Pernah tak dalam diri u all wujud orang yang berhutang dengan u all janji nak bayar tapi bertahun2 tak bayar jugak lagi?... Saya kadang2 heran dengan orang camni tau... Yela, hutang tu kan WAJIB di bayar.. kita suami isteri ni pun kalau dah dari awai2 gtau nak pinjam duit, WAJIB bayar balik.. Lainlah kalau cakap nak duit tapi takmau bayar balik.. tu lain la cite... Terpikir jugak saya, mereka2 yang berhutang ni, tak malu ke jumpa kita yer... yela, dah berhutang dengan kita tapi bila jumpa buat macam tak bersalah je... alahaiiiii...

Bila mereka susah, kita ni sanggup keluarkan duit simpanan nak tolong mereka... tapi bila kita ni susah, takda pulak mereka tu tergerak hati nak membayar... lagi satu, rasanya kalau berhutang bayar sikit2 setiap bulan pun, akhirnya habis jugak hutang tu kan... ini tak nak bayar... emmmmm....

Bagi saya, dalam hidup ni, ukurlah baju di badan sendiri yer... Jangan tak mampu tapi nak tukar tu tukar ni.. nak nampak mewah tapi meminjam... kita yang susah ni punyalah simpan duit... sebab tu lah dalam kehidupan kita ni, pengurusan kewangan tu sangat2 penting... tak perlu nak malu dengan orang.. kalau kita beli orang tu yang bayarkan bulan2 tu takpa jugak... kita on je kan beli bila2 masa.. hihii... harap2 mereka2 yang berhutang tu, cuba2lah faham sikit apa maksud hutang tu yer... dah pinjam bayarlah walaupun pinjam beribu tapi bayar rm10 bulan2... sekurang2nya nampaklah jugak yang diri tu nak membayar... sejuk sikit hati yang memberi pinjam ni haaa... kenelah ingat jugak kan... kita pinjam duit orang sebab kita terdesak tapi tak terpikir ke orang yang memberi pinjam tu ntah2 pun dalam keaadaan terdesak jugak satu hari?... Yang memberi pinjam ni pun, kadang2 ada sifat malu jugak nak mintak hutang walaupun duit sendiri.. so, siapa2 yang berhutang tu... pikir2kanlah yer....

P/s : entry ni berbentuk umum yer... Saya takda maksudkan sesiapa.. takda tulis nama pun kan... (^_^)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Fahamilah apa itu maksud HUTANG

{ 11 comments.. read them below or add one }

tifaanvar tifaanvar June 17, 2014
walau hutang anakberanak ke suamiisteri ke selagi x dhalalkn selagi itu wajib bayar blk. Kalau tiba2 meninggal pn x tenang rohnya
Unknown Unknown June 17, 2014
haha.. setuju sgt.. dorg x reti malu nak pinjam org.. tp kite lak malu nak mintak dorg byr balik.. betul2 terbalik nih.. deqla penah berhutang ngan ida..yelah time2 duit xde lam tgn mintak ida byrkan dulu ke ape ke kan.. walaupun bff sejak skolah yg mmg xde rasa segan dah tapi tetap jugak deqla cpt2 nk byr duit dia.. yg ida pulak jenis x ksh..apepun byr je dulu.. kalo btl dia halalkan tu lainlah citer..maybe sbb tu hubungan pershtbn kami masih kekal smpai sekrg.. yelah kan, duit ni boleh buat renggangkan sesebuah hubungan jugak..so baik berhati-hati psl duit walau dgn ahli keluarga dab kwn baik sendiri..
syawalsimpsons syawalsimpsons June 17, 2014
SUE SOKONG DENGAN APA YANG INA CAKAP NI
Syira Lokman Syira Lokman June 17, 2014
HUTANG DAN PINJAMAN BERBEZA MAKNANYA :)
Unknown Unknown June 17, 2014
samelah kite,kwn xnk byr hutang..kwn ke cmtu?huh. kwn sy tak balas lgsg msj saya tau, masa nak pinjam dulu yeye kata nak bayar bulan berikutnya tp skrg xdgr pape berita dah.almost a year.
syiela syiela June 17, 2014
betul..kekadang kita pula yg malu nk meminta huhuhu
Unknown Unknown June 17, 2014
kadang kadang yang memberi pinjam pulak rasa macam dia mintak sedekah nak mintak balik duit sendiri... ish ish.. tak patut sungguh..
Unknown Unknown June 17, 2014
emm hutang ni tak boleh main2.. di tuntut tu.. sedangkan bila mati pon kena bayar hutang...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 18, 2014
salam k.ina..
huhu..ni lah manusia yg suka berhutang...
dah berhutang,pulak tu punya la susah nk bayar.. kadang2 kita sendiri yg malu bila nk kutip hutang..
grrrr.... tak suka tak suka..
Mimie Mimie June 19, 2014
setuju ngan kak ina
Maria Firdz Maria Firdz June 25, 2014
Tak tng hdup dlm hutang...cmne la org blh berhutang byk2..