Respon berkaitan Rempah gulai & rempah masak Cap Bunga Ros

Sebelum ni saya ada share resepi masak gulai guna REMPAH CAP BUNGA ROSE... Saya jugak ada belikan untuk mereka2 yang kirim dekat saya masa balik Terengganu hari tu... Bagi saya rempah tu memang mabeles la kan... bau dia harum semerbak...!! 

Antara keratan entry Mimie... 

Semalam MIMIE ada PM saya & ada jugak buat entry bagitahu pasal GULAI AYAM YANG DIA MASAK GUNA REMPAH CAP BUNGA ROS... Komen Mimie berkaitan rempah ni positif la kan... Saya yang baca entry dia tu pun rasa berbunga2... bukan apa, sebab rasa seronok bila orang lain dapat rasa jugak rempah yang saya makan tu.. & mereka pun kata sedap... kira tak sia2 lah saya promote kata sedap kan.. Risau gak kot saya sorang je kata sedap, orang lain kata tak.. (^_^) Tapi memang ramai yang komen gtau pasal kesedapan rempah cap bunga rose ni...

Ohya, sebelum ni saya ada tanya u all kalau saya jual REMPAH CAP BUNGA ROS ni ok ke tak kan... Ramai gak yang suruh saya jual... Tapi tu la, bila saya pikir2 balik, rasa macam kos pos lagi mahai dari harga rempah... Yela, rempah sebungkus dengan berat 205g RM4.50... Kalau guna pos laju tak ke dah RM6 + RM4.50.. Kalau normal pos, RM3.++.. Kalau beli 2 bungkus, pos laju RM6 jugak.. tapi kalau beli 3 bungkus, harga pos laju dah berubah la kan sebab maksimum untuk RM6 pos laju hingga 500gram je... Tu yang buat saya rasa terbantut nak jual rempah cap bunga ros ni... Lain la kalau ada yang tak kisah kos pos camtu kan... 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 16 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons June 27, 2014
sue punya dah sampai ina...sue lupa nak ucap terima kasih kat ina..murah rezeki ina...sue tak try lagi...mak sebok guna dapur buat kuih banyak2..mmmm..insyallah 1st ramadhan sue try yee
Masya Masya June 27, 2014
saya tak masak lg, tp rempah dah sampai dah ina.. tq sangat² tau.. tak sabar nak masak .. tp masih belum ada kesempatan...
Mar Mansor Mar Mansor June 27, 2014
baca entri mimi teruja pulak..
Mimie Mimie June 27, 2014
eh eh msuk dh dlm blog kak.ina
Fiza Rahman Fiza Rahman June 27, 2014
Tak sabar nak try. Dah sampai tau ina ☺
juelee juelee June 27, 2014
kalau betol sedap xsalah beli kan.. mahai pun xpe... lama tak jengah blog intan hihihi selamat menyambut ramadhan ye
tifaanvar tifaanvar June 27, 2014
btl kata2 ina. Bila kos pos lbh mahal dr barang kene pikir berkali2 utk beli online
Maria Firdz Maria Firdz June 27, 2014
Lama tak jmpa jenama tu...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 27, 2014
salam k.ina..
hihi..mmg bau rempah ni wangi..lain dari yg lain..cma belum masak lagi..ingat start puasa nnti nk rasa.. nyum3.. :)))
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ June 27, 2014
salam k.ina..
hihi..mmg bau rempah ni wangi..lain dari yg lain..cma belum masak lagi..ingat start puasa nnti nk rasa.. nyum3.. :)))
Unknown Unknown June 28, 2014
kalau kak betul2 berniaga.. jijah nak yer.. nak try kesedapannya ni
Pondok Usang Pondok Usang June 29, 2014
Salam Ramadhan.. syukur masih diberi peluang...
Myra Jay Myra Jay July 02, 2014
Kalau kat pasaraya ke takdak jual ke rempah tu Ina..?

Nak gak try buat..

sebab bulan posa ni adalah thn pertama dok sendiri, sebelum ni dengan mak.. so memang kena 'rajin' masak la untuk berbuka dan bersahur ;)
IntaNBerliaN IntaNBerliaN July 03, 2014
@Myra Jay

saya tak pasti lak myra sbbnya saya tak pernah jumpa selain di trg
Syamimi Saad Syamimi Saad July 06, 2014
Ada terbaca di entry blog kak mimi..