Hotel Rosa Passadena Cameron Highlands

Sebelum kami pergi Cameron Highlands ni... saya duk mengadap komputer je baca review orang pasal hotel2 dekat Cameron Highlands... Saya duk baca review dekat Agoda & Booking.com... Harga kalau kita booking hotel melalui 2 website ni jauh lebih murah dari harga booking dengan hotel tau... Tapi tu la, nak kene guna kredit kad la plak... nak kene bagi no kredit kad bagai... My dear taknaklah benda2 camni... so, my dear suruh saya call hotel sendiri... tu yang saya tahu harga 2 website ni lagi murah dari booking direct dengan hotel...

Dalam saya duk search2 hotel tu, saya terjumpalah Hotel Copthorne yang dulunya nama Hotel Equatorial.. Tengah buat promosi.. Satu malam RM180++ rasanya... kalau nak bilik lain, RM200++... tak sampai RM220 pun siap dengan sarapan lagi... Saya memang berkenanla dengan Hotel ni... Tapi my dear pulak tak nak... katanya naik atas nanti baru pilih hotel, banyak lagi hotel murah... Penat saya duk mengadap komputer mencari hotel.. itu jawapan dia... haihhh... saya cakaplah, harga hotel pada hari yang kami nak pergi tu, semuanya sama... RM100++ semuanya... walaupun sekadar hotel bajet... Dah my dear cakap camtu takpala kan...

Bila kami dah naik atas, kan sepanjang jalan banyaklah banner yang promote hotel masing2 kan... Sekali my dear cakap, "Kita duduk Hotel Copthorne la... telefon tanya ada kosong tak"... Pulak dahhhh... hari tu nak booking taknak.. bila dah naik atas, tengok sendiri Hotel Copthorne, mula nak jatuh cinta bagai dekat hotel copthorne tu... saya yang memang dah nak duduk di Hotel Copthorne ni, hati berbunga2la kan... hihii... Bila call, katanya "Bilik untuk katil kelamin dah penuh... yang ada hanya bilik dua katil single"... Huwaaa.... Frust mak buyung ni tau... baru berangan nak tidur dekat Hotel 4 bintang... hahhah.. Takda rejeki... takpalah lenkali.. ekkeke

Last2 saya call Hotel ROSA PASSADENA... Alhamdulillah ada kekosongan... Hotel ni betoi2 dekat Pekan Brincang... Belakang dengan KFC & Stesen Minyak Shell dekat Pekan Brincang tu...


Bilik yang kami pilih bilik DELUXE.. ada 1 katil kelamin & satu katil bujang... Satu malam RM188 termasuk sarapan untuk 3 orang..



Bilik dia takdalah luas sangat tapi bolehlah setakat kita nak solat & tempat melepak anak2 saya makan biskut kering cicah air tea.. (",)



TV kat sana guna siaran Astro... channel pun banyak yang mereka sediakan... Ohya, WIFI pun ada tau dekat dalam bilik kami...


Peralatan untuk bancuh air pun ada... yang ni harus ada ni... untuk anak saya yang kuat makan tu.. semedang je nak minum air..


Yang paling best dalam bilik mandi ada tab mandian yang menjadi tempat kesukaan anak2 saya lebih2 lagi Alisha.. (",) Kalau kita nak order makanan hantar kebilik pun bole tau... Ohya, lupa nak cakap, receptionist mereka pun peramah tau.. memang bestla duduk dekat Rosa Passadena ni.. selesa je.. Jadilah kan, pengubat hati mak buyung tak dapat duduk dekat Hotel Copthorne... (^_^)

Haa nak cakap jugak... kami kan tiap2 tahun memang pergi bawak anak2 bercuti.... buat pertama kalinya tahun ni, kami holiday guna duit dari hasil saya berblog + berbisnes tau... Kiranya saya ambik sedikit dari duit "pendapatan berblog + berbisnes" la... Eh, bayaran hotel je la... yang lain2 tu my dear punya duit la.. hihii


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 14 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous May 23, 2014
rossa ni pun ok jugak cuma memang sempit.. kalau ada rezeki lagi bolehlah try duduk copthorne tuh.. :D
syawalsimpsons syawalsimpsons May 23, 2014
alhamdulillah hasil berblog kan...alhamdulillah....seronok jalan2 kan
zachflazz zachflazz May 23, 2014
sedapnya dipandang mata hotel itu jer. tapi mengapa sebuah wajah ditutup coba? hehe
budakbandunglaici budakbandunglaici May 23, 2014
dah lama tak pergi cameron highland. nanti nak pergi cameron boleh tito hotel akak review ni.

nice review job
tifaanvar tifaanvar May 23, 2014
skali dngn breakfast kalo oklah tu xlah mahal sngt
Maria Firdz Maria Firdz May 24, 2014
Boleh tahn... Insha Allah.. Perkongsian mnarik.. Blh la sy try jika nk g CH nnt...
Nora Karim Nora Karim May 25, 2014
lama dah akak tak pi cameron... last pi tahun 2004 ke 2005 dulu... haih!
Rizziela Rizziela May 26, 2014
bestnya..dah lama teringin nak naik CH..tapi x dpt2 sampai sekarang..huhu
Unknown Unknown May 26, 2014
best2... dah lama tak tido hotel.. cameron langsung xpernah jejak!
Masya Masya May 27, 2014
dapat jgk kongsikan hasil berblog dgn bercutikan.... murah rezeki ina x kisahlah walaupun byr hotel jer. janji ada syer disitu...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 27, 2014
salam k.ina..
wah..best ni.. kira ok la harga tu sekali dgn sarapan..
ok..simpan link.. mmg ingt nk pegi cameron lagi tahun ni.. hehehhehe
Puan Kutu Puan Kutu May 28, 2014
seronok ina duit hasil berblog dh bley byaq hotel.lama dh tak ke cameron.hajat ati ada cuma budget xmeriah.hehe
Unknown Unknown May 28, 2014
Dlu pernah duduk gk kt hotel ni..hotel dia not bad...fascilities sme ok. Nk gi pasar mlm tu pn dkt..walking distance je. Yg paling best..steamboat dia sedaaapppp...dh nama pn cameron kn..mmg byk sayur la dlm steamboat tp tetap sedap sbb sme fresh... =)
Fiza Rahman Fiza Rahman June 04, 2014
Berpatutan gak harga dia sbb masuk bfast 3 org.