Soya baik untuk kulit tapi TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN


Saya ada dapat satu komen dari Iman dekat entry berkaitan soya sebelum ni.. Nak baca, KLIK SINI yer... Saya rasa saya PATUT SHARE dengan u all pasal komen iman ni, sebabnya ia adalah PENGALAMAN PERIBADI IMAN TENTANG SOYA...!!

Dekat entry sebelum ni, saya dah tulis yang soya mampu meningkatkan kanser payudara, tapi saya tak pasti so, saya suruh siapa yang ada pengetahuan pasal ni, boleh share dekat entry tersebut.. Akhirnya Iman share pengalaman dia sendiri...

Iman cakap, SOYA BERSIFAT AKTIF KANSER... IMAN AMALKAN MINUM SOYA SAMPAI TAK MAKAN NASI DAH BCOZ DAH KENYANG... LUMP BREAST MEMBESAR DENGAN CEPAT, DALAM MASA 2 MINGGU DARI 0.5CM KE 3CM... Sekarang ni, iman dah buang lump tersebut.. kulit iman memang cantik walau tanpa mekap...  Iman cakap, nak minum boleh, tapi jangan selalu.. So, bagi saya, siapa yang penggemar soya tu, kurang2kanlah yer minum... bukan apa, kalau nak kulit cantik, better makan buah oren ke.. buah kiwi ke.. semua tu kaya dengan vitamin c... berbanding soya, kulit cantik tapi dapat penyakit.. takkan kita nak macam tu kan?? 

Ohya, lagi satu kan, orang kata, kalau kita minum soya time mengandung, kulit anak akan cerah kan... bila lahir maybe cerahlah tapi sedar tak kita yang ada ketikanya kulit anak kita tu jadi sensitif??.. gatal sana gatal sini.. sian anak tergaru2...

Macam saya, masa mengandung Alisha, memang saya minum tau.. tapi sejak saya tau pasal ni, saya memang dah kurang minum, rasanya baru 3 4 kali kot sejak dari lepas bersalinkan alisha.. Yang pasal hati tu pulak, saya memang langsung tak makan dah.. Yela, otak selalu disogok yang HATI boleh naikkan HB @ HEMOGLOBIN TIME PREGNANT... please la... saya boleh dikatakan time mengandung Alisha, duk hadap hati je... tapi HB, takdanya nak melepasi 12...!! Time Aqilah, saya memang tak makan hati langsung tapi amalkan habbatus sauda.. HB saya 12 ke atas & 13 ke atas je...

Nabi pun tak galakkan kita makan... Apa kata kita makan kambing.. makanan feveret nabi tu.. hihii.. Haaa bab kambing ni pun satu gak.. otak kita disogokkan kambing tu TINGGI KOLESTROL PADAHAL KAMBING TU KOLESTROL PALING RENDAH... Sama gak macam kopi, omputeh hari2 duk hadap kopi kat tangan dorang, tapi dorang kata kopi tak bagus.. kita pun  duk anggap gitu la kan.. tapi kita terlupa yang kopi tu adalah minuman kegemaran nabi kita.. Bila nabi kita suka, itu maknanya ianya elok untuk kita (^_^)

P/s : Thanks untuk Iman sebab sudi kongsi pengalaman dia & moga iman dikurniakan kesihatan yang baik.. take care! (",)


UPDATE :-

DR ZUBAIDI CAKAP : AIR SOYA OR MAKANAN BERASASKAN SOYA, BUKAN ANTARA PENYEBAB KANSER PAYUDARA.. KLIK SINI

{ 21 comments.. read them below or add one }

eiela eiela May 08, 2013
saya suka soya tapi takde la kerap sangat minum soya tuh.
ida =) ida =) May 08, 2013
Suka kambing! Faveret.

Pregnant kan adam dulu, x pernah minum soya. Avoid semua kacang sbb takut angin. Masa tu morning sickness teruk. Sampai 3 trimester masih mabuk.

Tapi, keluarnya, anak putih gebu juga =). Sensitive skin juga :(

Jadinya, kita berpada-pada la kot makan. Mana2 yang terbukti tak elok, hentikan. Yang sunnah tu, gerenti la baik
Unknown Unknown May 08, 2013
Dear, setiap makanan tu kalau berlebihan mmg akan jadi mudarat. Kita mmg kena selalu bersederhana. Saya setuju ngan pendapat Ina, tapi tengok gak cara soya tu diproses sebab tempe dan kicap pun dari soya jugak. Kita mmg selalu kena cari ilmu kan :) Dalam apa2 perkara yg kita buat juga kena tau baik & buruknya :)
Dylla Abas Dylla Abas May 08, 2013
bagus info ni kak..dulu pun sy suka sgt minum soya..mmg mengenyangkan..tp bila dah tahu kesan sampingannya,terus sy kurangkan..sekarang ni minum sebulan sekali pun payah..baik minum susu je..bagus utk kesihatan tulang..huhu :)
AnonymousAnonymous May 08, 2013
Nice sharing!
Lama dah tak minum soya ;)
syawalsimpsons syawalsimpsons May 08, 2013
eh mcm panggil nama sue je..kakakaka...yela sue pon mmg tak penah amalkan soya ni, sesekali boleh la...tapi akob mmg suke makan hati ayam..mmm..camno nak buang habit makan hati ayam tu
Ann Ishak Ann Ishak May 08, 2013
sebenarnya lebih baik kita amalkan memakan mengikut sunnah Nabi, banyak kebaikannya :)
Unknown Unknown May 08, 2013
perkongsian yg baik.. tak sangka ada tak baiknya psl soya ni... thanks ina sudi berkongsi...
Unknown Unknown May 08, 2013
thanks sbb kongsi..
aziazib aziazib May 08, 2013
SY PENAH ADA LUMP KAT BREAST. TP DH OPERATE. TAK TAHU PULAK SOYA BOLEH BUAT LUMP MAKAN MEMBESAR.
Mimie Mimie May 08, 2013
saya tak suka air soya tp bile mengandungkan aina saya suke minum air soya..mse lahir memg kulit aina cantik putih gebu tp skang dh nmpk kesan die..kulit die snsitif..kne gigit naymuk skit dah tgl bekas kudis...auni lak sy tak sntuh lgsg pun soya,alhamdulillah memg ok je kulit auni...bab hati ayam tuh memg sy tak mkn kak ina...pendek kata porgan dalaman nih memg sy tak pernah sentuh pun sbb sy pnh bace nabi kita tak galakkan makan organ dalaman nih...mcm dging kambing memg bagus cume sy pulak alah pd dging kambing...kalo mkn kompom sy demam...
Masya Masya May 08, 2013
ina soya yg minum tu mmg dah tahu x elok.. mcm mana pulak yer dgn esp yg shaklee tu.. soya jugakkan.. maklumlah tgh berjinak² nak mencuba ni.. ramai kata bgs.. tp bila baca berunsur dr soya terbantut dibuatnya nak beli dan minum...
kurus kurus May 08, 2013
soya akak ada dgr juga ..
tapi x konfirm sbb x amalkan ..
tapi hati @ bhn2 dlm ayam dan lembu memang x elok makan .. elok elakkan
sbb tempat kotor , nak2 ayam bandar huhuh ..
kalau ayam kampung ok sbb dia original , x makan banyak dedaq dan xtive ;)
haryati haryati May 08, 2013
betul tu ina, sbb kita selalu disogokkan ngan ha tu tak bley makan sbb bla bla bla... yg ni pun je bley... padahal yg tak bley tu la yg banyak khasiat.... kena buat research jugak kot tntg satu2 benda ni...
Unknown Unknown May 08, 2013
betul tu kak..soya mmg untuk anak kulit cerah tapi bila anak keluar nanti..kulit dia akan jadi sensitif n kering..kesian ke aanak.. nasib sepanjang pregnant ni jijah xminum soya..
Ibu Lala Ibu Lala May 08, 2013
Kalau organ dalaman tu mmg x pandai makan. Mmg x sukampun.

Tq ina for sharing the info. Akk br tau..
Mrs Velentine Mrs Velentine May 09, 2013
kebetulan baca ni MV pregnnt...ops tak mau minum air soya lah..sebab Wani dulu mmg mv minum...patutlah kulitnya sensitif
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 09, 2013
Salam K.Ina..
huhu.. soya ni ada kebaikan dan keburukan..
huhu..seram plak bila dpt tahu..
tenkiu for sharing kak :)
QasehnyaRania QasehnyaRania May 11, 2013
a`aa betul tu.. sbb tu masa saya kena darah rendah saya tak makan hati walaupon doktor suruh.sya makan bayam merah.

betul tu mat salleh kan nak kita umat islam hancur sbb tu apa yg diamalkan nabi mreka kata tak elok sedangkan mereka yg amalkan.
tgokla skrg perlbagai jenis minuman 3 in 1 kan..

org tua2 dulu pon minum kopi je.. alhamdulillah
ecadwinkyasha ecadwinkyasha May 22, 2013
ex-housemate dlu minum soya 1semester..mmg teman baik susu soya la..tapi akhir semester.breast dia tmbh besar.kakakaka.