Pengalaman mengundi kali pertama

Jangan risau yer.. saya takkan sesekali cemarkan blog saya berkaitan politik..!! Saja nak tulis pengalaman saya masa pertama kali mengundi.. hihii.. Excited saya nak g mengundi.. bersiap awai.. belum pukul 8 pagi dah gerak.. hahah.. 

Saya mengundi dekat Tanah Hitam dekat umah parent saya.. time saya sampai tu, orang dah ramai... Saya duk dekat saluran 5... Bila saya dah masuk bilik mengundi tu, mereka check nama saya dekat ic & tengok jari saya samada dah ada kesan dakwat ke tak.. lepas tu, dia sebut nama & no ic saya kuat2.. lepas tu, orang sebelah dia, terus calitkan dakwat dekat jari telunjuk kiri saya...  Yang paling best, lepas calit, saya terus nak gerak ke tempat pangkah undi tanpa ambik kertas undi.. hahhah Lepas tu, dia panggil saya suruh ambik kertas.. hihii.. nasib baru 2 3 langkah gerak... Dia cakap, takpa, first time mengundikan... (^_^)

Bila dah sampai dekat tempat nak pangkah tu, tiba2 pulak saya jadi blank sekejap samada nak pangkah ke or nak "tick" je.. boleh plak tepikir gitu... tapi saya pangkah la akhirnya... (",) Ohya, terlupa lagi satu, sebelum masuk bilik undi tu kan.. boleh pulak saya ni duk berdebar2 macam nak masuk bilik exam.. ahhah Time nak umum keputusan tu pun berdebar2 jugak.. (",) Apa2 pun pengalaman yang menyeronokkan (",)

P/s : Kurang seronok bila blogger pemes bercakap pasal politik... lebih suka jika tak tunjuk diri kita ni di pihak mana2... (^_^) 

Pengalaman mengundi kali pertama

{ 25 comments.. read them below or add one }

Dylla Abas Dylla Abas May 07, 2013
hee..bila brcakap hal politik..ada la yg mula nak emo kan..apa2 keputusan dh dibuat..suka ke tak suka..kena terima dan kita tengok je sejauh mana mereka memimpin kita :)
syawalsimpsons syawalsimpsons May 07, 2013
kalo dah femes..semua nak cakap kan..mmmm..sue malas nak cakap pasal politik ni, semua tak betoi..ada je nak tembak org..adoii
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 07, 2013
hihi,samalah kt pestime..hihi..
tau xpe..dah pemes, syik isu politik je..malas dah nak jenguk..huhu
Sally Yatiey Sally Yatiey May 07, 2013
Seronoknyaaa walaupun berdebar2 ;D hee
Rai Ourkizuna Rai Ourkizuna May 07, 2013
ramai yg first time mengundi kali ni kan..memang rasa cam raya..
Fiza Rahman Fiza Rahman May 07, 2013
Tahun ni kali ketiga saya mengundi. Pon masih rasa berdebar2. SAya gi petang. ORg pon tak ramai.
Deqla Manjew Deqla Manjew May 07, 2013
wahh.. dah mcm nk amek keputusan SPM nmpk gaya tu..hihi.. rasanya deqla kenal sape blogger femes tu.. setuju dgn ina.. rasanya diam2 sudah la..skng ni undi bukan rahsia dah kan...huhuhu...
Anis Athia Anis Athia May 07, 2013
Anis pun baru first time mengundi :) rasa nervous sangat nak mengundi dan tunggu keputusan, tapi ngantok punya pasal, malam tu tido awal.. Esok pagi baru tahu siape menang.. Hehehe
Mama Vogue Mama Vogue May 07, 2013
Ina first time?
Saya dah kali kedua ni..hihi
Perasaan berdebar tu sama! Nape ntah kan..hahahaha
Shima Salleh Shima Salleh May 07, 2013
sama la 1st time jugak.. shima gi lambat sebab tau pepagi mesti kena beratur pjg hihihi.. masa kat pintu pun berdebar gk mcm nak amik pekse hihihi..
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ May 07, 2013
Salam K.ina..
hihi...excited punya pasal la ni ye..
tahniah dah berjaya menunaikan t'jwb sgb rakyat malaysia ;)
Mimi Azirah Mimi Azirah May 07, 2013
kak ina mcm sy ye kali pertama nak mengundi...huhuhu
lizz lizz May 07, 2013
seronok kan mengundi...meriah...ina sama ngan adik dia blur nak pankah ker nak tick sib baik dia pangkah...kalau tak pasal2 undi rosak kan,,,
Haryati Faizal Haryati Faizal May 07, 2013
alhamdulillah selamat dh semuanya...
deno deno May 07, 2013
kebanyakan blogger femes suka sgt bercakap pasal politik.. kdg2 kalah ahli pilotik yg bertanding.. deno mcm tahu je akak kata siapa "blogger femes" tu.. kdg2 kita ni, tak tahu apa yang salah apa yang benar, jgn sebarangan cakap sbb kalau ianya fitnah, selagi org percaya apa kita taip, selagi itulah dosa bertambah.. bayangkan dosa yang akan dapat.. nauzubillah..

sbb tu deno jarang2 ke blog blogger2 femes yg selalu ckp politik.. bosan, entrinya asyik salahkan org je,, btw, ada juga blogger femes spt MiaLiana deno suk.. kebanyakan dia bg info dan selau tlg bloggers ada masalah.. bila mcm tu, baru bagus kan akak...

p/s: akak, kenduri di Chendering tu berapa haribulan?
anitadiana anitadiana May 07, 2013
kak ita pun..walapun dah tua..baru kali ne mengundi..tu pun hubby yg suruh..kalu tak malas nak gi dekat nak 3jam juga lah..dari kul 12.30-3ptg..ramainya lah..kena gi bergilir2..coz malas nak bawa beby..
Fifi Nadhrah Fifi Nadhrah May 07, 2013
fifi sokong.. bersifat natural pon best..
Kesuma Angsana Kesuma Angsana May 07, 2013
dah ada pengalaman dah yer !
Azi Azi May 07, 2013
azi muda lg, so xleh mngudi... kih kih kih
Z ie Z ie May 08, 2013
akak plak terkedu sedikit sebak kejap masa nak pangkah tu..
azizah :) azizah :) May 08, 2013
bestnya dah ada pengalaman mengundi..jeless ok.. tunggu lagi 4tahun jijah balik mengundi..hee
Cik Nur™ Cik Nur™ May 09, 2013
sepatutnya gitulah..tak payah tunjuk kita berada dipihak mana....

senyap2 je kan..

tapi betullah kak..mmg berdebar time nak masuk bilik undi tu..hihih
Mrs Velentine Mrs Velentine May 09, 2013
samalah kita kak..MV punya excited smpi nak jalan dah masa dia nak check ic dengan jari..nak pangah pun bergegar tangan,..hahaha....oh ya perasan juga bila ada blogger tue yang dok asyik berpolitik...mak ai..siap mengutuk...kita 1 malaysia tak mau gaduh2
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha May 22, 2013
blogger mana tu cik kak oi..biasala,i byk ketinggalan dunia blog ne.hahaha
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha May 22, 2013
blogger mana tu cik kak oi..biasala,i byk ketinggalan dunia blog ne.hahaha