Actually dah lama saya nak buat entry ni, tapi tu la, mood merundum bila kamera rosak.. tu yang baru update.. hihii.. Nak catat kat sini, solid food yang Aqilah dah makan... Tapi tarikh dia makan semua solid food ni saya dah lupa.. (",)
Puri ubi kentang + buah kurma (rebus ubi kentang & kurma = blend)
Puri ubi kentang + kurma ni, Aqilah suka makan.. maybe sebab rasa manis2 buah kurma kot (",)
Aqilah pun dah start makan puri buah tau.. ni puri buah epal (rebus epal = blend = tapis)
Puri epal ni pun Aqilah suka.. tak dan saya nak suap, dia dah nganga mulut.. (",)
Selain dari puri epal, Aqilah pun dah makan puri buah pelam (buah pelam = blend)
Puri pelam lagilah Aqilah suka. sedap tu.. manis! (^_^)
Yang ni pulak, saya try bagi moi.. (nasi + sayur bayam + ikan = masak sampai jadi moi @ bubur = blend)
Yang ni Aqilah kurang suka siap menyembur lagi time makan.. Eh jap, kalau tak silap saya, nasi @ karbohidrat, kita boleh bagi baby makan masa umur 7 bulan ke atas kan? Ke saya silap ek.. bukan pe, saya try bagi moi sebab nurse suruh, kalau ikut nurse, nak suruh bagi yang bijik2 tu, takyah blend... ni pun saya try je bagi.. tapi Aqilah tak nak makan sangat.. takpala, tunggu cukup 7 bulan la baru saya bagi moi.. nak kene serasikan dulu dengan sistem dalam badan Aqilah ni...
Ohya, setakat ni, sepanjang Aqilah makan solid food, Aqilah tak pernah sembelit.. semuanya ok.. takda masalah apa2.. naik ruam pun takda, buang air besar pun tetap jugak hari2.. Alhamdulillah (",)