Suasana sedih menyelubungi di hujung minggu

Adik & maklong.. PEACE dari adik saya.. (",).. Nampak kan adik saya semakin sihat sekarang..

Buat pertama kalinya saya balik hujung minggu ke Chemor, perasaan saya seolah2 nak balik beraya.. Rasa excited sangat.. Lebih2 lagi adik saya pun ada dekat umah parent saya... Hampir 9 bulan, baru adik saya jejak ke rumah parent saya... Dalam perjalanan kami balik Chemor, time tu baru sampai Kuala Kangsar tiba2 mak saya telefon gtau adik saya nak cakap...Adik saya tanya, bila nak sampai.. dia dah ngantuk.. tapi dalam dia duk ngantuk tu, sempat lagi pesan kalau saya dah sampai, kejutkan dia... Ya Allah, terharunya saya time ni.. dapat rasa yang adik saya jugak merindui kami, seperti mana kami merindui dia... Itu cerita hari Khamis malam...

Ni cerita pagi Jumaat tu plak.. betoi2 dah rasa macam suasana hari raya... Actually pagi tu, ada wakil rakyat nak datang umah parent saya.. so, abah saya ajaklah adik beradik dia datang umahkan... Ketika adik beradik abah sampai umah parent saya pagi tu kan, adik saya salam & terus menangis.. bukan sekadar menangis keluar air mata tapi siap suara sekali tau... Nampak tak, betapa adik saya rasa terharunya & sedihnya dia... Saya tak tahu nak explain apa perasaan adik saya waktu tu.. Tapi kalau u all nak tahu, u all cubalah letakkan diri u all di tempat adik saya... 

Selain dari tu kan u all, antara ayat yang keluar dari mulut adik saya yang buat saya rasa sebak.. Bila setiap kali kami tolong adik saya seperti angkat dia letak atas katil, angkat letak atas kerusi roda, mesti adik saya akan cakap "Terima kasih semua".. Ya Allah Ya Tuhanku.. Rasa perit tekak saya time tu nak jawab sama-sama...

___________________________________________________


Ohya, di entry semalam, ada yang komen guna word "dendam".. Bagi saya sebagai seorang kakak yang membesar bersama adik saya tu, Saya tak rasa adik saya seorang pendendam.. Bukannya jenis yang suka membalas kembali.. Bagi saya, seorang pendendam ni, mesti mempunyai sifat yang keras hati, takda nak menangis2 bagai ni... Tapi adik saya bukan macam tu.. Actually, kalau dalam kategori lelaki, adik saya ni boleh dikatakan "cengeng" la jugak lebih "cengeng" dari wife dia.. hatinya lembut... Tengoklah, dia nak bagitahu kami yang kawan dia tak tolong dia semasa kejadian pun, dia boleh menangis... Saya paham maksud tangisan adik saya tu, sebab kalau saya pun pasti saya menangis.. menangis bukan pasal marah tapi menangis sedih, kecewa.. kenapa kawan baik sanggup biarkan kita ketika susah bersendirian.. 

Kalau pasal adik saya kata tak nak tengok muka kawan baik dia tu, maybe sebab adik saya masih belum bersedia.. Yela, baru lagi kan.. Lagi satu, dari perbualan adik saya & abah tu tak nampak pun yang adik saya marah... Kalau marah or dendam, mesti cakap dalam nada marah kan.. tapi adik saya cakap dalam nada sedih.. siap menangis lagi... Haaa lupa nak gtau, actually, petang Jumaat tu, kami ada keluar umah jugak tau, sebab adik saya nak g umah maklong saya..  Tau tak, ketika melintasi rumah kawan baik adik saya tu, adik saya tengok jugak rumah kawan baik dia tu tau u all... Ya Allah.. sedih la plak rasa... mana taknya, pagi Jumaat tu, adik saya cakap, tak nak keluar rumah sebab takut nampak muka kawan baik dia tu.. tapi bila kami bawak dia keluar, dia sendiri plak yang duk tengok ke arah umah kawan baik dia tu.. Apa maksudnya tu u all...?.. Nampak tak, kalau kita betul2 benci, mesti tak nak tengok langsung kan... 

Ermmm pasal nak suruh saya pujuk adik saya maafkan kawan dia tu, rasanya lebih afdal kalau kawan dia sendiri yang datang mintak maaf dengan adik saya.. barulah nampak keikhlasan.. Lagipun kalau adik saya maafkan kawan dia tu pun, mesti jauh di sudut hati dia tu, mengharapkan penjelasan dari kawan dia tu kan.. Buat seketika, cuba kita letakkan diri kita di tempat adik saya...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 19 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown March 04, 2014
Alhamdulillah seronok akak baca dan lihat wajah adik intan... mungkin akak salah seorang yang menggunakan ayat dendam tersebut bukan akak bermaksud dendam cuma akak ada pengalaman dalam hal sebegini, maaf kalau ina terasa...

Sheila Salim Sheila Salim March 04, 2014
Assalamualaikum kak intan. sedih sheila baca ni kak.. macam-macam perasaan campur aduk. takpelah, kita doakan mereka berbaik semula. sheila faham sangat apa yg adik kak intan rasa... sahabat dia tak teman masa excident. memang kecik hati sangat dengan situasi yang dah berlaku tu. semoga adik kak intan cepat sembuh ya...
Ruse Sulaiman Ruse Sulaiman March 04, 2014
Alhamdulillah nampak semakin sihat. Cerita apa pula tu ttg kwn. Bg akak normallah terasa hati. Kita pun kdg terasa juga. Tp bila dh sedar kita cool sendiri ;) merajuk lebih tepat :)
Sya Sya March 04, 2014
sedih bc pasal adik kak ina ni..cb bygkan kita dlm tempat dia, apa perasaan kita? kwn baik sendiri buat mcm tu?sya pnh kena mcm ni,so sya fhm..
Unknown Unknown March 04, 2014
alahai..sedihnya ina.. mesti adik ina terkilan dengan kawan baiknya tu.. tapi mungkin juga kawan dia panic ke.. saya rasa kawan dia pun rasa bersalah.. apa pun.. alhamdulillah dah makin sembuh.. mmg miracle..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI March 04, 2014
moga adik akk kuat hadapi apa yg terjadi skg..
Ibu Lala Ibu Lala March 04, 2014
Mudah mudah adik ina cepat sembuh ye.
Fiza Rahman Fiza Rahman March 04, 2014
Alhmadulillah...banyak perkembangan yg positif.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 04, 2014
salam k.ina..

hihi..alhamdulillah..suka tgk adik akak semakin sihat.. peaceeee jgk kat adik akak :)

Rizziela Rizziela March 04, 2014
semoga adik semakin sihat
syawalsimpsons syawalsimpsons March 04, 2014
seronok tgk adik ina makin pulih...insyallah moga lepas ni ada la rasa sifat ingin minta maaf kawan adik ina tu pada adik ina..kiter sama2 doa je la
Unknown Unknown March 04, 2014
dah lama queenpink tak singgah sini..semoga adik cepat sembuh.amin.
Mimie Mimie March 04, 2014
bg sy bile bace entry kak ina semalam sy tak rase pun adik kak ina berdendam..cume rase sedih n terkilan memg ada sbb org yg kite rapat tak bantu bile kite dlm musibah mcm tuh..msti kite tertanya tanya kan
Tie HT Tie HT March 04, 2014
Alhamdulillah, adik ina semakin pulih..
moga kawan adik ina tu terbuka hati untuk minta maaf sebagai seorang kawan..selebihnya kita serah kepada Allah..take care
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit March 04, 2014
Setiap kali ina buat N3 tentang adik Ina sebenarnya kakak mengikuti.. sebak dan sedih tetap menyelubungi.
Perkembangan yg baik nampaknya. Apa pun teruskan doa kita semua moga adik Ina terus sembuh.

Hal kawan dia tu terpulang pada dia fikir.. Allah kan ada..
Anizz Annisa Anizz Annisa March 04, 2014
alhmdlillah.. nampak lebih shat adk sis.. somege cepat sembuh..aminn.. :)
shahdiana shahdiana March 04, 2014
alhamdulilah sangat tengok keadaan nazren dah bertambah baik..semakin sihat dah...
Nora Karim Nora Karim March 05, 2014
sabarlah nazren... akak cuma doakan kamu segera sembuh...
Puan Kutu Puan Kutu March 06, 2014
sy dpt faham bagaimana prasaan kecewa seorang kawan.tak perlu letakan diri pada situasi adik ina.meletakkan diri sy pada tempat ina dah cukup buat sy sebak..