Mengajar anak kenali anggota badan

Aqilah yang dah semakin besar semakin pandai.. Apa orang cakap semua paham.. suruh ambik itu dia ambik.. suruh buat ini dia buat.. cuma Aqilah belum pandai cakap je lagi.. Ohya, Aqilah jugak dah kenal anggota badan dia tau u all.. bila tanya rambut ke, kaki ke tangan ke hidung ke, dia tunjuklah.. dekat bawah ni ada video yang saya rakam... Tapi tu la, mula2 je Aqilah layan pertanyaan saya, lepas tu kakak kacau, terus dia tak concentrate... Apa2 pun, u all tengoklah video bawah ni tau.. boleh tengok keletah Aqilah.. Alaa 50 saat je pun durasi dia.. (",)

video
Durasi 50 saat

Bagi saya, mengajar anak kenal anggota badan ni kira perkara asas.. dari mereka baby tu pun dah boleh ajar mereka.. time main2 dengan mereka ketika baby tu, kenalkanlah mereka dengan anggota badan.. bagitahu apa fungsi setiap anggota badan tu.. so, bila mereka dah besar sikit, automatik mereka dah tahu pasal anggota badan ni.. Teknik ni bukan hanya untuk anggota badan je.. apa2 sekali pun boleh je u all kenalkan time baby tu.. Kalau nak ajar Alif baa taa ke.. ABC ke.. apa2 je.. time baby tu u all dah boleh start.. alaa bukannya kita mengajar secara serius kan.. time siapkan mereka pakai baju tu ke.. bukan ke kita duk bergelak2 dengan anak2 ni.. ajar je la sambil happy2 kan diri.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Mengajar anak kenali anggota badan

{ 16 comments.. read them below or add one }

Sheila Salim Sheila Salim March 18, 2014
Assalamualaikum kak intan, wahh bagus ni.. hehe selamat pagi, sheila singgah sambil menabung sini ~~~
Maria Firdz Maria Firdz March 18, 2014
betull.. sy pun guna teknik mengajar sambil bermain.. dgn anak2 tak boleh serius mcm kita mengajar budak dewasa... kena gelak-gelak, geletek2... sebelum tidur pun boleh main-main dan mengajar secara tak formal.. ulang perkara yg sama setiap malam.. insha Allah.. diorg cepat ingat...
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ March 18, 2014
seronok layan karenah anak2...semua ni akan jadi kenangan bila mereka dah dewasa nanti...boleh tgk video ni...mesti dia akan tersipu malu nanti..
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah March 18, 2014
suka tgk blog design akak ^^

semoga anak-anak akak membesar jadi orang yang pintar dan solehah Aamin ^^
syawalsimpsons syawalsimpsons March 18, 2014
aqilah nampak bijak daro usia
IbuNoey IbuNoey March 18, 2014
betul tu,kak..dari bayi lagi memang kita dah boleh ajar.
shasha yacob shasha yacob March 18, 2014
wahh aqilaa dah pandai dah mungcung mulut hehehe. akak nye kacau eh. hehe. kak ina aqila umur brapa eh ? xsilap saya, saya ada baca satu buku nih, waktu umur budak 3 tahun, kat situ masa yang terbaik untuk ajar dorang membaca abc ke atau berzikir pun boleh. hehe *kalau xsilap saya lah. heee. peace yawrr ^^
Joanna Yunus Joanna Yunus March 18, 2014
pandai aqilah....
rupa mereka berdua berbeza kan
Haryati Faizal Haryati Faizal March 18, 2014
betul tu ina... semoga jadi anak yg cerdik ye
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra March 18, 2014
comel jer aqilah, adik solehah skang dah pandai tunjuk semua, bila org cakap 'buat mata" dia klik slow motion ja mata dia, hihihi
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ March 18, 2014
salam k.ina..

alolo..pandainyeeee..hihi..
comel.. alhamdulillah..bijak.. :)
Shida Radzuan Shida Radzuan March 19, 2014
sama mcm ank buah saya kak hehee..lucu tgk depa mgenal anggota sndri hehee..
Fiza Rahman Fiza Rahman March 20, 2014
Alaaaa...tak blh tgk video tu.
azizah :) azizah :) March 30, 2014
Kak.. sory jijah xle view video...huuu
QasehnyaRania QasehnyaRania April 04, 2014
betul tu .pndai aqilah.