Hari ni dah hari ke 5 Aqilah FREE DIAPERS... Harini ada 1 cite, akhirnya saya terleka jugak bab poo poo Aqilah...!! Aqilah dah buyak kat tepi meja.. Actually tadi selepas saya bagi Aqilah buang air kecil, kami keluarla dekat ruang tamu kan... Time tu Alisha tengah duduk atas basikal, my dear tengah main hp, saya tengah mengadap komputer... Nampak tak, semua orang tengah ralik masa ni...
Tiba2 Aqilah datang dekat saya sambil tunjuk seluar yang dia pakai sambil keluarkan suara macam orang takut.. My dear cakap "Aqilah berak ke?".. Terus saya terpandang najis dekat kaki Aqilah... rupa2nya Aqilah dah terbuyak, najis terjatuh dari seluar ke atas lantai.. So, Aqilah rasa macam takutlah sebab tiba2 dia rasa ada sesuatu dalam seluar dia... hahhah.. Time ni sempat lagi saya & my dear gelak...
Saya pun cepat2 bersihkan Aqilah, bagi mandi bagai.. pastu "kurung" Aqilah dalam bilik dengan my dear & Alisha sementara saya bersihkan tempat buyak Aqilah tu... Bila dah siap semua, saya jenguk Aqilah dalam bilik.. Aqilah dah selamat dipakaikan pampers oleh Abah dia... Nampaknya Aqilah sampai pukul 2 petang je la tanpa pampers hari ni.. takpala, dah my dear yang siapkan Aqilah. kalau saya yang siapkan, saya bagi pakai seluar je.. Esok sambung semula free diapers yer Aqilah.. (",)
hehe..cabaran tu..
chaiyok2 :)